Wednesday, October 28, 2015

# Story Kenit

Bila Hati Dah Rindu Sangat ..!


Assalamualaikum!


Dah tak tertanggung rasanya kerinduan ni. Dan, secara rasminya kerinduan itu semakin kritikal dengan kejadian pagi tadi! Tak boleh dinafikan, aku semakin benci dengan kehidupan yang terpaksa aku lalui di KL ni. Tapi, nak tak nak itulah 'makanan' yang aku kena telan setiap hari! T__T

Hurmm ... rindunya aku padamu K.U.A.N.T.A.N. Dah cuba luahkan, tapi kerinduan itu masih tak dapat diubati. Aku tak puas! Kalau boleh discan, nescaya 1001 gambaran akan keluar dari segenap otakku ini..... 




Indahnya kehidupan di waktu itu. Walaupun gaji kecil, hidup aman ... hati tenang di negeri orang. Yang tak tenang bila air takda je hehehe.... :p

Kehidupan di Kuantan mengajar perantau seperti aku banyak benda. Aku ingat aku akan menangis pada malam pertama aku di sana. Tapi, keterujaan bekerja dan tinggal di tempat baru tidak menimbulkan sebarang ketakutan langsung! 

Dan episod bahagia aku bermula ...

Mana tak bahagia .... opis hanya 5 minit dari rumah kuarters! Dulu, tak jadi masalah kalau takda kenderaan nak ke pejabat. Hanya berbekalkan basikal pinjam dari jiran kuarters selama beberapa bulan pertama, aku bahagia mengayuh pergi dan balik kerja. Selepas itu, aku beli basikal sendiri dan begitulah rutin aku setiap kali pergi kerja. Hujan?? tak jadi masalah ... sebelah tangan pegang handle, sebelah lagi pegang payung? Kemana saja aku akan berbasikal ... ke Restoran Zaman, Restoran Kemira, Pok Mak Jaya Gading, ke pasar ...




Tanah tumpah lagi dikenang, inikan pulak tempat beranak. Subhanallah ... rindunya! Tengok wajah kakak dan adik pun tau dah memang time ni adalah momen terindah dalam tahun-tahun terawal kehidupan mereka ... dan opkos tahun-tahun awal kehidupan aku sebagai ibu :)

Tahu ... masa yang berlalu takkan dapat diundur kembali. Yang ada hanyalah kenangan terindah dan gambar sebagai pengubat di kala kerinduan. As much as I wanted to go work and stay there, aku masih punya tanggungjawab dan amanah yang perlu dilaksanakan di sini. Takkan nak pentingkan diri dan ikut kepala sendiri .... kan

Kalau pindah ke sana pun, momennya takkan sama lagi macam dulu.... hurmm

Bertabahlah duhai hati ...


1 comment:

  1. HOMESTAY MURAH DI KUANTAN ( 013-3604802 )..adalah .Ustaz Homestay Kuantan...... menawarkan penginapan sebuah rumah RM150 semalam....penginapan malam kedua RM 100 ( diskaun )...kami menawarkan penginapan malam keempat dan seterusnya cuma RM 50 semalam....TERIMA KASIH kerana anda membaca hebahan ini.

    ReplyDelete

Apa kata korang?