Budak Tunjuk Skil Main Gasing

Tuesday, October 27, 2015


Assalamualaikum!


Hari Ahad lepas baru berkesempatan bawa kakak dan adik gi main kat taman permainan. Hari Sabtu kena duk umah dulu, ulangkaji apa yang patut. Hari Ahad pun sama, pas brekpes aku 'halau' diaorang masuk bilik buat latihan dan baca buku. 

Tetiba si sulung mengadu lapar, aku pun buatkan le spaghetti goreng tuk diaorang. Ingat nak buat aglio olio tu tapi macam tak terer je hehe, so aku guna je perencah mamee chef tabur dalam spaghetti dan goreng. Eh ... menjadi pulokkk weh! haha. Sorry gambar takdo. Menambah-nambah pulak diaorang makan, lapar benar kot gamaknya walhal pagi tu habis roti Gardenia tu sebuku dikerjakan!



Petang punya cerita, lepas habis layan Upin Ipin aku bawa diaorang gi sini. Melepaskan rindu bermain, berlari dan melompat sambil bergayut hehehe. Cuaca pulak ok cerah elok, takda jerebu sangat, takla sesak napaih!

Sebelum tu singgah kedai dulu beli bekalan makanan yakni roti! hehe. Dua beradik ni bukan leh caya ... kang dia datang, "buu ..lapar la bu". Dah aku kena berlari ke kedai pulak membeli ... so kita beli awal-awal la, tak la semput ibu ni huhu.





Tengah dok melayan kakak dan adik makan muffin, ada sorang budak lelaki datang menghampiri dengan gasingnya. Sekali dia libas ..... prrrrrrrr prrrrrrr gasing tu hehehe. Sekejap je berdirinya, pastu terlentok ke tanah hehehe.

Tak puas hati ... dia lilit balik gasing tu dan kemudian libas lagi. Aku tengok pun tak puas, rasa nak amik je gasing dari budak tu dan tunjuk dia cemana main hahahaha. Eh, pernah ke aku main yek? Hurmm ... pernahhhhhhh ...... darjah 5 dulu la hahahaha!




Dia try nak amik pulak gasing yang sedang berpusing tu letak atas tapak tangan. Memang penuh stylo betul budak ni, tambah depan 'makcik' (aku la tu haha), memang kena tunjuk skil habis-habisan ni! hahahaha.

Berjaya ke dak gasing tu duk atas tapak tangan dia? Berjayaaa ... tapi tak sampai 3 saat, dia kabor, "aduhh..sakit sakit!" hahaha itu paku punya gasing memang tajam kan! :p

Oh, banyak pulak bercerita pasal budak gasing ni. Tau apa jadi pada kakak dan adik? Diaorang bukannya gi main, tapi gi berlari ke tong sampah buang plastik muffin dan ketika berlari balik, si kakak jatuh tersungkur astas jalan tar akibat dikejar adik!

Haihh .... bertanda pulak dah lutut tu. Maka, tamatlah kisah petang Ahad di taman permainan bersama anak-anak. Seronok tengok budak main gasing dan seronok dapat 'cenderahati' berwarna merah. Minggu sebelumnya adik dia lutut berdarah, minggu lepas dia pulak .... gitu laaaaaaa

Huhu ....



You Might Also Like

3 pengomen comel

  1. selalu jugak main gasing ni masa sekolah dulu, sekarang bila main gasing pusing jugak tapi paku menghala ke atas. Keterer-an tu sudah tiada huhuhu.. :)

    ReplyDelete
  2. Aduh.. tentu sakit lutut kakak tu anim..
    Konon nak bermain penyudshnya dpt sakit..
    Cepat baik ye kakak..

    ReplyDelete
  3. Haha..ada gaya budak ni main gasing

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM