Friday, October 30, 2015

# Anything and Everything # Motivasi

Cikgu Bukan Lagi 'Lilin' Yang Membakar Diri!


Assalamualaikum!

Ya ... selama ni kita menganggap guru sebagai 'lilin' yang sedia membakar diri untuk menerangi orang lain. Metafora itu selalu terhasil dalam segala jenis puisi dan sajak demi menggambarkan nilai pengorbanan seorang guru terhadap anak didiknya. Namun, hari ini dalam sejarah ... seseorang telah mengubah paradigma tersebut!

Pesanan dari seorang penceramah motivasi terkenal di radio pagi tadi benar-benar memberi perspektif baru tentang penghargaan tertinggi buat insan bergelar guru. Perumpamaan guru umpama 'lilin' yang membakar diri demi untuk menerangi orang lain tu memang sudah tidak relevan dengan tugas dan tanggungjawab guru pada hari ini.  Paradgima inilah yang sepatutnya kita ubah!




Dalam slot motivasinya pagi tadi di Sinar.fm, Datuk Dr Mohd. Fadzilah Kamsah mengatakan bahawa guru tidak lagi boleh kita lihat sebagai 'lilin' yang membakar diri kerana perbuatan itu akhirnya mendatangkan kesengsaraan dan bila habis 'dibakar' maka ia tidak berguna lagi.

Anggaplah guru sebagai matahari yang memberi sinaran kepada semua tanpa ia sendiri perlu 'membakar' diri. Lebih kurang begitulah Datuk kabor tadi ....

Aku setuju sangat dengan stetmen tu! Dan seharusnya jugalah kita perlu mengubah paradigma dan perspektif kita terhadap nilai pengorbanan mereka sebagai guru. 

Selalu yang aku pesan pada anak-anak setiap kali pergi sekolah, hormati cikgu ... dan jangan sakiti hati cikgu dengan kelakukan yang tidak baik. Hargailah setiap ilmu yang dicurahkan mereka pada kamu. Jangan sia-siakan peluang yang diberi, sebaliknya manfaatkan setiap apa yang diajar dalam kelas. InsyaAllah, kamu akan beroleh redha cikgu dan keberkatan dalam kehidupan....


5 comments:

  1. dasyat ayt ibu paradigma smua kluar hikhik..betul tu ibu..kena respect cikgu..mcm respect mak pak juga kan

    ReplyDelete
  2. zaman sekarang, kesian kat cikgu..rasanya cikgu sekarang kena betul kental untuk harungi masalah2 pelajar.

    ReplyDelete
  3. kerjaya cikgu adalah kerjaya yg paling mencabar skrg ni

    Jemput singgah blog Nurfuzie.com
    Tinggal kurang 24 jam lagi berakhirnya Give Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000. Moh kita join
    Dan pencarian Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #2

    ReplyDelete
  4. betul..tak berkat kalau melawan cikgu , benci cikgu..kalau bukan cikgu siapa lagi yang sehari-hari nak hadap anak2 kita..kan??

    ReplyDelete
  5. Betol tu..
    Anak-anak harus menghormati guru untuk keberkatan ilmu dan juga mak ayah untuk keberkatan dunia dan akhirat..

    ReplyDelete

Apa kata korang?