iOli Malaysia Lancar Koleksi Pakaian Untuk Ibu Bekerjaya-Menyusukan!

Friday, October 23, 2015


Assalamualaikum!


Cabaran kaum ibu dalam dunia moden hari ini semakin hebat. Tanggungjawab sebagai ibu dan wanita bekerjaya seakan menjadi satu perhitungan yang besar bagi seseorang wanita tidak kira walau mereka berada di rumah mahupun di pejabat. Pun begitu, dalam amanah dan tugas seorang ibu yang menyusu tetap digalas dengan baik demi kebaikan anaknya.

Namun, tak banyak koleksi pakaian di pasaran tempatan yang breastfeeding-friendly dan mampu memberikan keselesaan kepada ibu menyusu yang bekerja. Dan, ini sedikit sebanyak menyukarkan si ibu untuk mengepam susu ketika di pejabat.




Untuk itu, iOli Malaysia telah mengeluarkan koleksi pakaiannya khusus untuk ibu bekerjaya-menyusu melalui satu majlis pelancarannya di Ruang, Subang Jaya pada 22 Oktober 2015. Majlis pelancaran yang meriah ini turut menyaksikan penggunaan elemen batik dalam koleksinya.



Puan Yan Lim, Pengasas iOli Malaysia


Sebelum memulakan peragaan koleksinya, Puan Yan Lim yang juga merupakan ibu kepada dua orang cahaya mata turut mengongsikan pengalamannya bekerja dan menyusukan anak pada masa yang sama. Pernah berkecimpung dalam dunia korporat sebagai PR & Advertising, beliau tidak mudah untuk berhadapan dengan cabaran kerja di pejabat serta tugas sebagai seorang ibu yang menyusu dalam masa yang sama.

Untuk itu, iOli Malaysia bukan sahaja ingin mengeluarkan pakaian yang breastfeeding-friendly tetapi mahu ibu-ibu yang bekerjaya tampil dengan busana yang cantik, elegan dan selesa! Barulah ibu-ibu akan berasa lebih yakin untuk menempuhi hari-hari mencabar mereka di pejabat.









Selain memperagakan koleksi pakaian, turut berlangsung meriah di majlis pelancaran iOli Malaysia ialah beberapa aktiviti menarik yang disediakan seperti cabutan bertuah! 




Tahniah pada yang bertuah! ^^


iOli Malaysia turut mengambil mengambil peluang menyumbang kepada masyarakat dengan mengumumkan program iOli Malaysia Giving-Back, dimana bagi setiap baju yang dibeli, iOli Malaysia akan mendermakan RM2 kepada Non-Profit-Organisations sebagai sumbangan untuk mereka yang memerlukan. Diharap, semua pihak dapat menyokong usaha murni iOli Malaysia ini.

Sesiapa yang berminat ingin membeli busana menarik dan breastfeeding-friendly ini, boleh layari :


Laman web : www.iolimalaysia.com
Instagram@iolimalaysia


Dan, bagi anda atau mana-mana NGO yang ingin berkolaborasi dengan iOli Malaysia untuk program iOli Malaysia Giving-Back, bolehlah emelkan sebarang pertanyaan ke ioli.malaysia@gmail.com


You Might Also Like

1 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM