Monday, October 26, 2015

# Beauty # Dataran Pahlawan Megamall

Jom 'Bawa Beg Oren Anda' Bersama Guardian!


Assalamualaikum!


Dua hari tak bersiaran di blog, sempena menyokong usaha murni anak dara sulungku mengulangkaji matapelajaran untuk peperiksaan akhir tahun bermula hari ini. Hari ni baru ada story nak kongsi ngan korang hehehe ....

Berapa banyak antara kita yang menyokong kempen kitar semula? Dan yang menyokong tu, adakah korang juga mengamalkan penggunaan beg guna semula ketika membeli belah? Haaa minggu lepas, aku berpeluang mengikuti rombongan ke Melaka untuk menyaksikan majlis pelancaran bersama Guardian. Jom aku kongsikan cerita ....





Dalam usaha menyokong Minggu Alam Sekitar Malaysia, Guardian Health and Beauty telah melancarkan kempen 'Bring Your Orange Bag' (BYOB) atau 'Bawa Beg Oren Anda' dalam satu majlis pelancarannya bertempat di Dataran Pahlawan Megamall, Melaka, minggu lepas.

Ya! aku ke Melaka minggu lepas hehe. Ini kali kedua aku menghadiri event luar dari kawasan 'jajahan' yang memerlukan aku menaiki bas hehe. Dan, yang menariknya ia dilancarkan di kampung halamanku sendiri, lebih menarik bila aktres Deanna Yusoff turut hadir di majlis pelancaran pada hari tersebut! Weeeeee :)




Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Pemasaran Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Christina Low. 

"Guardian benar-benar komited dalam usaha memelihara alam sekitar dan menjaga kepentingan masyarakat di tempat kami beroperasi. Kempen BYOB bertujuan untuk menggalakkan pelanggan kami bertukar dari beg plastik kepada beg guna semula Guardian. Kita semua haru memainkan peranan untuk memastikan alam sekitar dipelihara dengan baik untuk generasi yang akan datang," kata beliau.




Seperti yang ditunggu-tunggu, majlis pelancaran turut diserikan dengan kehadiran pelakon dan pengacara Malaysia, Deanna Yusoff yang berkongsi tentang amalannya menggunakan beg kitar semula sejak berumur 12 tahun ketika di Australia! Dan, amalan baik tersebut tetap diteruskan walaupun beliau telah bermastautin di Malaysia, namun tahap kesedaran dan penggunaan beg kitar semula di sini masih di tahap sederhana. 

Oleh itu, beliau amat menyokong usaha murni yang dijalankan oleh Guardian melalui kempen BYOB ini. 



Tanpa membuang masa, kemuncak majlis diteruskan dengan pelancaran kempen 'Bring Your Orange Bag' (BYOB) bersama Deanna Yusoff dan Christina Low.




Untuk makluman korang, ada 3 jenis beg guna semula yang dikeluarkan untuk kempen BYOB kali ini. Beg pertama yang akan dikeluarkan dinamakan Trust melambangkan kebolehpercayaan produk kesihatan Guardian.

Beg kedua, Passion, mencerminkan keyakinan dan kecantikan pelbagai rangkaian produk kecantikan eksklusif yang ditawarkan di Guardian. Melengkapkan koleksi, Inspiration, melambangkan keseronokan, kesejahteraan dan kehidupan positif yang datanggnya dari koleksi aksesori gaya hidup di Guardian.




Majlis pelancaran bertambah meriah dengan sedikit aktiviti permainan silang kata yang disertai oleh 10 orang peserta yang terpilih melalui peraduan empat hari Facebook BYOB mengambil bahagian dalam Cabaran Akhir Guardian di Melaka. Sebelum pelancaran, peserta Cabaran Akhir diminta meneka maksud bagi singkatan 'BYOB'



Ragam peserta menyiapkan cabaran silang kata



Penyampaian hadiah kepada pemenang


Penyampaian hadiah disampaikan oleh Deanna Yusoff, menyaksikan pemenang utama Cabaran Akhir Guardian dimenangi oleh Nur Shazana (tudung hijau) menerima baucar Guardian bernilai RM500, hamper bernilai RM200 dan beg cenderahati eksklusif.

Hadiah lain termasuk baucar membeli belah bernilai RM100 daripada Guardian dan beg cenderhati. Setiap finalis juga berpeluang untuk bergambar dengan Deanna Yusoff dan mendapatkan autograf ekslusif dari beliau!




Aku pun tak lepaskan peluang untuk bertemu dan bergambar dengan Deanna Yusoff! Siap request suh berdiri lagi, sebab nak tahu siapa lagi tinggi antara kami bhahahaha. Berani sangat ko ni Nim! Agak-agak korang sapa lagi tinggi?? Dalam gambar nampak sama tinggi kan, sebab Deanna Yusoff pakai high heels la. Boleh lagi dia berseloroh cakap, "of course you la tinggi, i pakai high heels ..." hehehehe.




Sebagai sebahagian daripada program pelancaran, semua cawangan Guardian di Melaka terlebih dahulu menerima beg Trust. Pengeluaran di seluruh negara akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh tiga minggu, bermula :

  • 29 Oktober hingga 4 November - Trust
  • 5 November hingga 11 November - Passion
  • 12 November hingga 18 November - Inspiration

Sejumlah 150,000 beg guna semula menanti pelanggan yang bertuah. Beg-beg ini akan diberi secara percuma dengan setiap pembelian berniali RM80 dan ke atas dalam satu resit, dan terhad kepada satu (1) beg setiap transaksi.

Pemegang kad CIMB layak mendapat keistimewaan, iaitu mendapat satu beg dengan setiap pembelian minimum RM60 dalam satu resit. Beg ini boleh didapati di semua cawangan Guardian di seluruh Malaysia.

So, korang tunggu apa lagi! Jom sokong kempen 'Bring Your Orange Bag' bersama Guardian dan jangan lupa terjah Guardian untuk dapatkan beg guna semula yang cantik dan besar ni!





Wait! ada satu lagi berita gembira untuk korang ni. Sempena pelancaran BYOB, Guardian turut menganjurkan satu lagi peraduan, dimana korang hanya perlu menghantar satu gambar selfie dengan mana-mana beg BYOB, dan letakkan hastag #GuardianBYOB dan ikuti @GuardianMalaysia di Instagram untuk menjadi salah seorang pemenang dari 80 pemenang gambar terbaik.

Gambar yang terpilih akan memenangi Sijil Hadiah Guardian bernilai RM80! Peraduan ini berlangsung dari 22 Oktober sehingga 18 November 2015.




So, korang jangan lupa ya dapatkan beg Oren dari Guardian yang cantik dan besar ni! Jom kita sama-sama menyokong kempen BYOB dan jadikan amalan menggunakan beg guna semula satu cara hidup yang sihat ke arah menjadikan alam sekitar terpelihara dan baik untuk kebaikan generasi akan datang.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh terjah 





7 comments:

  1. terbaik. aida ada baca pasal ni kat mana ntah.
    but dek krn jerebu, tak la berjalan ke DP.
    aida pun da start guna sepenuhnya woven bag utk shopping.
    mesti standby satu dlm kereta.
    kekadang tu terlupa, terpaksa la guna plastik hu hu hu...

    ReplyDelete
  2. buuu lain kali request kaler pink blh tak buuu hahahahaha..kt rumah mmg byk bag2 camni tp asyik terlupa jer bila stiap kali berjalan ari sabtu hihi..ari sabtu kan ari tanpa bag plastik..kena mnta retis sign kot baru tak lupa hekhek

    ReplyDelete
  3. Huaaa best ni. Nak join juga. Memang selalu beli barang kat Guardian.

    ReplyDelete
  4. menarik :)
    nk dptkn beg oren ni jgk (^_~)

    ReplyDelete
  5. Hasrat nk menyahut seruan tu dah lama ada..
    Tapi belum cukup tegarrr..
    Sokmo lupa nk bwk beg shopping sndr >-<

    ReplyDelete
  6. Owhh... Pertndingan selfie tu yg pnting tuu haha

    ReplyDelete

Apa kata korang?