Pengajaran Dari Episod Bateri Kong!

Thursday, October 29, 2015


Assalamualaikum!


Walau secermat mana pun kita, benda kalau dah nak jadi memang tak boleh dielak. Begitulah kejadian yang berlaku pada keretaku pagi semalam. Dah mula rasa cuak bila alarm keta tak berbunyi seperti biasa bila ditekan. Terpaksa buka pintu secara manual menggunakan kunci.

Masukkan kunci dan try nak start ...assudohhhh takda repon pulak dahhhh! Lampu pada panel langsung tak menyala. Takkan bateri kot? Tak pernah jadi macam ni ... biasa kalau bateri lemah pun lampu pada panel masih menyala ... ini padam terus!




Kalau bukan bateri, mesti alternator yang problem! Tapi hari tu cek kat bengkel, elok pulak bacaan alternator tu. Dan bateri pun baru tukar! So, apa masalah sebenarnya??

Lama kami duduk termenung kat pondok blok tu huhu. Mencari idea macam mana nak buat ni ... dah la minggu ni kakak exam, payah dah nak repeat paper kalau tak datang satu hari. Orang nak datang menolong pun takda nampak batang hidungnya. Masing-masing dah cabut awal pagi pergi keje huhu. Bengkel kete pun tak buka lagi .. awal sangat.

Dipendekkan cerita, alhamdulillah masalah berjaya diatasi! Terima kasih kak Mas dan Cikali :D

Memula tak yakin dengan idea nak jump bateri tu, sebab tengok takda sapa pun yang lalu lalang kawasan tu, tapi tak salah mencuba kan. Tak lama lepas tu, abang ni parking lori dia kat sebelah, terus aku tak buang masa dah hehe ....

Alhamdulillah ... kete boleh start! Haihhh la kete ... jangan buat hal lagi boleh tak. Bila suami try cabut wayar alternator tu, ternyata kete masih 'hidup', so bukan alternator la masalahnya kan. Eh tu kalau tukar tu makan ratus jugak wehhhhh! Kami saspek bateri yang problem ... memang kena gi hantar balik ke kedai tu! 

So, pengajaran dari episod bateri kong kali ini ialah :

  • Jangan mengeluh dengan dugaan yang Allah beri, bersabar dan fikirkan cara terbaik mengatasinya
  • Istighfar bila ditimpa musibah samada kecil atau besar, kerana disebalik kesusahan itu terselit hikmah yang besar yang kita tak tahu tapi Allah Yang Maha Mengetahui
  • Bertenang, jangan mudah marah tapi bawa duduk dan bertenang kejap
  • Tanya pada yang pakar, atau kawan kita tentang cara macam mana nak setel masalah. Disinilah gunanya kawan dan sahabat kan. 
  • Sahabat yang baik tak semestinya yang selalu bagi kita harta benda dan kesenangan, tapi nilai seorang sahabat yang terletak pada idea dan buah fikiran yang boleh bantu kita ketika kita susah
  • Bila dah setel masalah, ucaplah alhamdulillah  

Last but not least,

  • Pergi tukar bateri baru! 

Haha .. sekian :D




You Might Also Like

7 pengomen comel

  1. Time kita diduga mcm ni lah kita mudah melatah kan..hehe

    ReplyDelete
  2. pernah jugak terjadi macam tu...hhoho

    ReplyDelete
  3. kawan sy ad prob bateri gak, tp x sure knpa dia xtukar2,,haha

    ReplyDelete
  4. samalah...sy ni baru last week betulkan break..ni air cond compressor plak kong..rm1k melayang

    ReplyDelete
  5. paling seram kalau benda2 ni terjadi time husband tak de hukhuk..i is pandai bawa kete je hahahahaha

    ReplyDelete
  6. ok.. part yang last tu paling win.. hehehe..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM