Thursday, October 01, 2015

# Story Kenit

Sekolah Takda Air


Assalamualaikum!




Hurmm ...aku rasa kawasan sekitar PJ ni je yang kena. Sebab opismate yang tinggal kat Jalan Templer takda pulak masalah gangguan air ni. Dah la sekarang dengan jerebu .... ni masalah gangguan air pulak! Entah la sebab paip pecah ke ... senggara paip ke .....

Rumah pengasuh diaorang pun takda air sejak dari Selasa kelmarin. Dah la nak kena masak, guna banyak air. Budak-budak nak kena mandi pun guna air. Kena stenbai tangki besar ... dan ibubapa kena hantar juga tong air sendiri untuk kegunaan anak-anak, mana la tahu air tadahan kat situ tak cukup. 


Haihh ... kesian ke budak-budak je la. Tadi masa hantar Mira kat tadika, cikgu dia cerita semalam satu hari sekolah takda air. Budak-budak nak terkencing terpaksa suh tahan dulu, sebab dalam bilik air takda air! Aduhhh .... patutnya sekolah kena sediakan stok bekalan air tambahan manala tau kalau tiba masa kecemasan macam ni huhu. Dah la tu lori MBPJ pun tak mai hantar air! Aduhaiiiii ..... kesian budak-budak tu T_T

Pagi ni kami hantar satu tong air ke rumah pengasuh dan satu botol besar air ke tadika Mira. Tapi rasanya, petang nanti ayahnya nak amik dua beradik tu awal sikit dari rumah pengasuh. Tak sampai hati pulak nak suruh diaorang stay sampai kul 5pm di situ. Kesian ke pengasuh dan juga ke kakak dan adik. Dah la air terhad ... jerebu tebal pulak kat luar tu!


4 comments:

  1. Memang terseksa kalau tak ada air ni. Makan minum tak mengapa lagi. Kalau nak membuang air besar / kecil, tu yang payah tu

    ReplyDelete
  2. mujur dapat ibu bapa prihatin..hantar air ke tadika walaupun cikgu tak pesan..ibu bapa dah sedia maklum kot..kan??susah nya tak de air..saya ni klau tak de elektrik tahan lagi..tapi kalau tak de air..adoi..boleh menangis sorang2 tau..ahhaha

    ReplyDelete
  3. Syukur la ibubapa pun prihatain dengan masalah gangguan bekalan air ni

    ReplyDelete
  4. Kalau taska tak ada air jenuh berangkut air ke taska..dulu pulak rumah bertingkat-tingkat..naik muscle kat lengan

    ReplyDelete

Apa kata korang?