Sanah Helwah Yang Ke 32!

Monday, November 30, 2015


Assalamualaikum!


Terkejut bila Pak Jelan bagitau pagi tadi yang pelakon dan pelawak Yus Jambu sudah meninggal dunia. Innalillahiwainnailaihirojiun .... salam takziah kuucapkan pada keluarga dan sahabat-sahabat seperjuangan arwah. Ye la, sakit takda apa takda tetiba dengar dah meninggal ... memang terkedu kejap rasa. Ada yang kata arwah sesak nafas, ada yang kata kerana jantung. Apapun, bila sudah tamat 'tempoh' kita dipinjamkan di atas dunia ini, maka pada Dialah kita akan dikembalikan. Moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ... al-fatihah ...




Alhamdulillah syukur aku masih dipinjamkan nafas dari Yang Maha Esa untuk terus berpijak di bumi yang nyata! Sekejapan je masa berlalu ... tau-tau je angka dah menginjak ke 32. Tahun ni dapat pegang payung, tahun depan entah sempat entah tidak .... huhu.

Tapi hari tu aku pergi buat lawak post gambar lepas tu cakap umur aku 33 tahun! hehe ... adehh. Mujur pengaruh rakan sebaya masih kuat di FB, baru aku sedar rupanya aku baru masuk 32 tahun hahaha. Suka-suka je advance umur sendiri 12 bulan kehadapan hehehe ....




Memang lawak bila aku baca komen ni berulang kali. Macam mana ko boleh lupa umur ko sendiri Nim??? Tapi takpela, bukan senang nak jumpa orang umur 32 mengaku umur 33 kan ... walaupun aku sebenarnya nampak macam umur 23 gituuuu .... ahahahaha :p

Apapun aku ucapkan banyak-banyak terima kasih pada rakan-rakan di atas ucapan dan doa yang baik-baik sempena hari ulangtahun aku kelmarin. Opkos tak lupa, jutaan terima kasih pada Pak Jelan yang jadi orang pertama ucap selamat hari lahir dan mendoakan aku tepat jam 12.01am 28 November lalu :)

Di usia yang makin meningkat ini, tiada apa yang aku harapkan selain doa-doa yang baik dari kalian. Dan selagi nyawa dan nafas ini masih boleh dipinjamkan, aku harap blog aku masih mampu menyumbangkan secebis kebaikan buat korang di luar sana. 

Tambah anak? InsyaAllah, moga doa kalian untuk aku dimakbulkan Allah. Sekarang umur pun dah 32, andai ada rezeki memang takkan aku tolak. Maklumla, umur sekarang ni memang molek dah kalau nak mengandung lagi kan ... kan kan kan :D

You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM