Bila Anak Dara Nak Belajar Menjahit ....

Tuesday, December 15, 2015


Assalamualaikum!


Alhamdulillah ... bahagia jadi orang Selangor hahaha. Eh tapi memang aku orang Selangor pun cuma tinggal saje di KL. Cuti yang dinikmati bermula hari Khamis sehingga Isnin baru-baru ni aku gunakan sepuas-puasnya untuk berehat dan melayan anak-anak di rumah. Blog pun aku jarang bukak kecuali hari Sabtu sebab ada Piala Malaysia, so sempat la aku update sikit hari tu. Hari Ahad pula ikut Pak Jelan meniaga car-boot sale di Kota Damansara. Haa yang tu nantila aku ceritakan ye.

Ni nak citer pasal semalam, tetiba anak dara sulungku request nak belajar menjahit huhu. Dari minggu minggu lepas lagi dia dah buat permintaan dah ... cuma time tu aku belum rasa dia cukup bersedia untuk pegang jarum. Then, semalam dia tanya lagi .... ok la ... kita cuba ok.




Oh, sebelum tu aku tertanya jugak dari mana anak dara sulung tu dapat idea nak belajar menjahit? Tetiba dengan tak semena-mena buat permintaan sebegitu? Nak kata ibu dia ni rajin menjahit tak juga .... haha. Bukan tak rajin, tapi jarang sangat nak nampak aku pegang jarum dan benang. Kalau seluar atau baju yang koyak pun ... ayahnya la yang jahitkan haha. Rupa-rupanya, dua beradik ni tengok kartun Shin Chan dok 'menjahit'! Hok alohhhhh ..... pengaruh betul Shin Chan ni tau!

So, ibu kata sebelum nak belajar menjahit kena belajar masukkan benang dalam jarum dulu. Kalau takda kesabaran, maka hanya sampai takat tu je la belajarnya hehe. Kalau bebai bebai ibu say good bye!




Bila aku dah tunjukkan cara masuk benang, kakak dan adik try buat sendiri. Dengan cemerlangnya, kakak berjaya masukkan benang dalam jarum untuk pertama kali! Ok, tunggu adik pulak .... 

"buu ... jarum ni takda yang lubang besar lagi ke bu?"

"takda ... yang ni je paling besar pun"

Haha ... nak belajar menjahit sangat kan. Tapi lepas tu adik berjaya masukkan benang dalam jarum! Syabas bete! Ok, jom start menjahit ....!





Mungkin terlalu awal nak suruh diaorang terus jahit baju kan. Ahh ... tak kisah la. Bukan kelas formal pun ... hanya nak bagi diaorang biasa pegang jarum dan benang. Jahit menjahit tu senget benget pun takpa untuk permulaan ni. Kang serius sangat benda jadi tak seronok.

Yang penting diaorang pandai biasakan jari pegang jarum dan kain. Tang mana nak cucuk, tang mana nak masuk jarum dan sebagainya. Lepas tunjukkan basic jahitan yang simple diaorang try buat sendiri kat baju diaorang yang koyak.




Ni hasil jahitan Mira semalam. Memang tak berapa sempurna lagi, tapi who cares! haha. Yang penting time tu dia rasa seronok menjahit. Faham-faham jela, budak kalau dapat pegang benda macam jarum memang eksaitednya terlebih. Tapiiiii ... mestilah ada pengawasan dari orang dewasa. Kalau nak tegah dia dari buat benda tu ... ini tak boleh pegang, itu tajam .... kang minda tak berkembang pulak huhu. Yang penting, ibubapa kena beri peringatan sebelum nak bagi anak-anak pegang benda tajam macam gunting dan jarum.



Ok la tu kan ... hehe :)


Tapi bila tanya Mira, nak belajar menjahit lagi tak dia cecepat geleng kepala .... haha. Cuma kakak je yang masih bersemangat nak teruskan belajar menjahit. InsyaAllah, nanti ibu carikan peralatan yang sesuai untuk kakak belajar menjahit dengan mudah k ;)


You Might Also Like

2 pengomen comel

  1. wah.. bagusnya... teringat lak zaman sy sekolah rendah dulu.. tnya mak nak jahit cmner.. mak jugak yg ajar.. skrg nih klu baju koyak ke nak otter yg simple2 ke boleh la buat sndiri...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM