Wednesday, December 16, 2015

# Cerita My Pearls

Boleh Dah Ni ....


Assalamualaikum!




Hurmm ... dah boleh diharap dah hat sorang ni. Panjang pun dah lebih kurang sama dah dengan kakaknya. Kalau pergi ke mana-mana, orang mesti tanya,"kembar ke ...?", sebab susuk tubuh pun hampir sama je dua beradik tu.

Perangai sentap dia masih tak habis-habis lagi. Cuma satu benda tu je la yang buat ibu pening hari hari, tapi dia jugaklah penceria suasana dalam rumah. Suka dan dah pandai mengusik aku dan ayahnya. Kadang-kadang, ada jugak kena marah sebab mengusik kakak dia huhu ... dah la kakak tu garang macam guru besar! haha ...

Bab tolong menolong, kalau kena dengan mood dia memang dialah champion! Serius, kalau aku tengah memasak di dapur dialah yang akan munculkan diri offer nak tolong sekali hehe. Tapi, dapur kami tu kecik, kalau dua tiga orang sekali masuk aku boleh jadi pening dan takda mood nak masak. Tapi, ada jugala kadang-kadang tu aku bagi juga dia tolong apa yang patut. Pecahkan telur .... kacau tepung ... petik suis blender ... yang senang senang je la.

Kelmarin aku nekad nak lipat baju yang sudah menggunung! Adehh ... bab lipat melipat ni cukup aku 'penyegan' sungguh laaaaa hai ..hehe! Mujur ada bantuan anak-anak dara ibu yang sudi membantu hukhuk.... 

Sebak pulak rasa bila tengok anak-anak dah membesar ni .... T_T


4 comments:

  1. Tu untungnya kalau dapat anak darakan..cepat ajer dia besar

    ReplyDelete
  2. rajinnya dia tlg ibu... sy pn sama cukup benci nk lipat kain... huhuhu

    ReplyDelete
  3. Bagus la ada anak dara dua orang ni.. Boleh tolong mummy dia buat kerja rumah.. Hehehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Dah besar dah anak dara nih..

    ReplyDelete

Apa kata korang?