Borak Santai Akhir Tahun 2015

Thursday, December 31, 2015


Assalamualaikum!


Syukur alhamdulillah, kita dah sampai ke penghujung tahun 2015. Memang tahun yang mencabar untuk semua orang kan. Macam-macam cerita, macam-macam benda yang kita kongsikan sepanjang tahun 2015 ni. Kalau dikenang-kenang balik, banyak juga cabaran dan dugaan yang terpaksa aku dan family tempuh sepanjang dua belas bulan ni ...

Ada masa pahit, ada masa manis .... bak kata pelakon hindustan, kabhi khushi kabhi gham gituuu hehehe. Tapi ... itulah kehidupan kan. Kalau takda cabaran, kalau tak ditimpa kesusahan, kalau takda musibah ... itu tanda Allah tak sayang kat kita. Bila kita diberi ujian, maka hadapilah ia dengan redha, nescaya ganjaran besar bagi orang-orang yang bersabar.

Satu kelainan bagi aku untuk tahun ni, biasanya kalau hujung-hujung tahun begini aku mesti sedang berehat-rehat santai menghabiskan cuti tahunan di kampung bersama mak dan abah. Pagi-pagi lepas subuh dah keluar ke laman rumah, tengok mak ayam tengok anak ayam mencicit bunyi mintak makanan dari dalam reban, tengok bunga baru nak kembang, hirup udara yang ada hembusan bau bau taik lembu dari kandang lembu umah jiran .... hahaha. Bukan orang lain pun, pakcik aku jugak tu haha! Pastu tolong mak sapu daun kat laman, main badminton ngan kakak dengan tak mandi lagi hahaha. Adik pulak main batu, petik daun bunga Wan main masak-masak ..... hoiiii kenangan sangat ni! T_T 

Tapi tahun ni, di hari-hari terakhir tahun 2015 aku 'tersekat' di kerusi keras pejabat sambil memandang kertas kerja penuh dengan nombor dan kod rahsia cuaca! muahahaha :p. Ishh ... tu pun amanah jugak tu. Lagipun, cuti tahunan dah habis, maka selayaknya la aku tunjukkan tahap kerajinan aku semaksima yang boleh agar masuk tahun baru takda kelam kabut nak setelkan keje yang bertunggak. Sedapkan hati ..... hahaha :p

Kalau tahun lepas aku ada buat entri azam untuk tahun baru, tahun ni aku malas dah nak ulang benda sama. Kebanyakan wishlist aku tak dapat dicapai dalam tahun ni, kecuali satu iaitu kakak dan adik dah ada bilik belajar sendiri dalam umah tu. Pun begitu aku bersyukur dengan apa yang aku ada setakat ni. Walaupun target yang diingini macam nak tukar domain blog tak menjadi di saat-saat akhir, tapi itu semua tak jadi hal lah! InsyaAllah ada rezeki lain tahun depan, kita kasi tukar... sekarang kita K.I.V dulu hehe ....

Tahun ni juga adalah tahun terakhir Mira bersekolah tadika. Lepas ni, aku mungkin dah tak membebel banyak pasal yuran tadika seperti tahun-tahun sebelumnya hehe, tapi mudah-mudahan segala urusan kami sekeluarga dipermudahkan jalan olehNya, anak-anak kami jadi anak-anak yang solehah dan beriman, penyejuk hati ibu dan ayah ... aaminn.



Last gambar aku di event terakhir 2015
^^

Apa akan jadi pada tahun 2016? Adakah aku masih akan bergelar blogger separuh masa? Wallahualam .. hanya Allah Maha Mengetahui. Tapi yang pasti, aku sangat sangat sangat enjoy dan bersyukur aku masih boleh menulis blog sehingga ke saat ini. Mudah-mudahan laluan aku dan rakan-rakan blogger lain yang ingin maju dalam dunia blogging untuk tahun-tahun seterusnya dipermudahkan Allah s.w.t. 

Jumpa korang di tahun baru ya! ^^

You Might Also Like

2 pengomen comel

  1. Hi perkongsian menarik, done follow, follow me back :)

    ReplyDelete
  2. Selamat Tahun Baru ya :) In advance ;)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM