Breaking

Thursday, December 31, 2015

Guardian Ceriakan Kanak-kanak Sempena Musim Kembali Ke Sekolah!


Assalamualaikum!


Tinggal beberapa hari je lagi, anak-anak kita akan kembali ke sekolah. Pastinya, ramai yang dah buat persiapan membeli kelengkapan dan keperluan sekolah masing-masing kan. Dan untuk itu, Guardian Malaysia turut tidak ketinggalan meraikan 100 kanak-kanak kurang bernasib baik dalam satu majlis makan tengahari semalam, bagi menyemarakkan keceriaan dan semangat mereka untuk kembali ke sekolah!

Majlis makan tengahari yang berlangsung di Restoran Full House, Sunway Pyramid dihadiri oleh 100 orang kanak-kanak berumur 7 sehingga 17 tahun, dari :
  • Grace Community Services
  • Rumah Good Samaritan
  • Parents without Partners




Penyampaian hadiah disampaikan sendiri oleh Peter J. Dove, Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, di mana setiap kanak-kanak diceriakan dengan pemberian beg sandang eksklusif Garfield On-the-Go, beg troli dan pelbagai keperluan persekolahan.

Beliau berkata,"Kami amat berbesar hati kerana bepeluang untuk berkongsi dan memberi di musim perayaan ini. Dalam kemeriahan kita menyambutnya, is juga budaya kita untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik, selaras dengan program Syarikat untuk menyumbang semula kepada masyarakat."

Beliau juga berharap beg yang direka khas yang menampilkan salah satu ikon yang paling disayangi itu akan menaikkan semangat mereka untuk kembali ke sekolah.





Kanak-kanak bertuah di meja pendaftaran. Sebelum mereka diberikan beg sandang Garfield On-the-Go, mereka perlu mengambil satu kertas kecil dalam bekas kaler pink tu untuk menentukan beg mana yang akan mereka miliki. Macam best pulak ni! hehe ...

Sementara menunggu majlis bermula, kanak-kanak ini dihiburkan dengan pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan, antaranya Face Painting, permainan atas pentas dan gelagat lucu dari badut-badut yang sememangnya menjadikan suasana semalam ceria dan meriah dengan gelak ketawa mereka!









Selain itu, mereka juga diraikan dengan hidangan makanan yang enak dan layanan mesra terutamanya dari wakil Guardian. Memang sedap makanan kat Restoran Full House ni, terutama spaghetti dia hehe ...








Sementara menjamu selera dan berseronok, majlis turut diserikan dengan permainan simple-pose oleh kanak-kanak bertuah ni. Memang gelak habis tengok gelagat anak-anak comel ni menggayakan karakter kartun di atas pentas.

Dan, yang bestnya mereka semua sangat sporting! :)






Kanak-kanak menggayakan beg sandang Garfield On-the-Go yang 
disumbangkan oleh Guardian Malaysia


Beg sandang Garfield On-the-Go ini boleh didapati secara eksklusif di Guardian,yang telah melancarkan program penebusannya baru-baru ini.

Christina Low, Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia, berkata program itu telah mendapat itu telah mendapat sambutan luar biasa sejak ia bermula pada bulan November, dan Syarikat sentiasa mencari cara untuk memberi ganjaran kepada para pelanggan dan meningkatkan pengalaman membeli-belah mereka di Guardian.


BUTIRAN YANG BERTERUSAN GARFIELD ON-THE-GO PROGRAM PENEBUSAN : 

Pengguna hanya perlu membuat pembelian RM20 untuk menerima satu setem. Apabila 20 setem telah dikumppulkan, mereka boleh menebus barangan Garfield pada harga diskaun. Pelanggan juga boleh mendapatkan setem tambahan dengan membeli barangan belian hebat (star buy)

Apabila 20 setem telah dikumpulkan, pengguna boleh :
  • Menebus sebuah Garfield overnighter pada harga RM29 (harga runcit RM79);
  • Menebus sebuah beg sandang Garfield pada harga RM39 (harga runcit RM99);
  • Menebus sebuah beg sekolah troli Garfield pada harga RM69 (harga runcit RM199);
  • Menebus sebuah bagasi beroda Garfierld 18" pada harga RM129 (harga runcit RM399)
Penebusan barangan tersebut boleh dibuat sehingga 14 Mac 2016.





Di samping program penebusan Garfield On-the-Go, Guardian telah melancarkan promosi Kembali Ke Sekolah yang bermula hari ini sehingga 4 Januari 2014, bagi membolehkan para pelanggan dan peminat menebus dua barangan pada harga yang lebih menarik. Antara barangan itu adalah beg sandang pada harga RM31, bukan RM39 dan beg sekolah troli pada harga RM59, bukan RM69.

Para pelanggan jugan boleh membeli satu set dua organizer pelbagai guna pada harga RM19, dengan setiap pembelian RM20.

Ada lagiiiiiiii .......

Pelanggan turut berpeluang memenangi sebuah Vespa dengan hanya membeli produk jenama Guardian sebanyak RM30 dan mengikuti akaun rasmi Guardian Malaysia LINE. Sembilan buah skuter Vespa, baucar Guardian, patung LINE dan pelbagai hadiah menarik lain bakal menjadi milik anda, so jangan lepaskan peluang ini ok!





Terserlah keceriaan di wajah anak-anak ini, walaupun mungkin mereka mempunyai kekurangan di satu sudut, namun kemurahan hati syarikat korporat besar seperti Guardian Malaysia pastinya telah berjaya mengukir senyuman buat anak-anak ini memulakan sesi persekolahan tahun hadapan.

Mudah-mudahan lebih banyak lagi syarikat besar tampil mengadakan program yang murni seperti ini, memberi semula kepada masyarakat dan semestinya untuk mereka yang kurang bernasib baik. 

Syabas Guardian Malaysia!




So, korang yang belum lagi menebus beg Garfield On-the-Go bolehlah mula kumpul setem hari ini, dan dapatkan beg Garfield yang menjadi idaman semua pada harga istimewa sempena program Kembali Ke Sekolah

Beg sandang : 20 setem + RM31 (bukan lagi RM39)
Beg troli : 20 setem + RM59 (bukan lagi  RM69)

Tapi sah sehingga 4 Januari 2016 je tau! So dapatkan cepat-cepat k :)

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.guardian.com.my


5 comments:

  1. wahh meriahnyaaa... tak sabar nak tunggu buka sekolah.. tengok budak2 pergi sekolah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah ... seronok tengok diaorang dapat beg baru :D

      Delete
  2. cantik pulak bag garfie tu kak.. ada lebih tak? heheeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ... kat Guardian ada banyak lagi tu dkna hehe :D

      Delete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.