Kebakaran Yang Disangka LRT Cetus Panik!

Tuesday, December 22, 2015


Assalamualaikum!


Siaran terlambat .... ingat nak update semalam jugak, tapi disebabkan ada hal kecemasan dan aku terpaksa bergegas pulang ke rumah maka terpaksa ditangguh ke hari ni huhu ....

Tengah dok khusyuk isi borang cuti separuh hari kelmarin, tetiba kecoh opismate berlari dari meja ke tepi jendela berbidai untuk melihat dari gerangan manakah kepulan asap hitam pekat naik menjulang dari arah Stesen LRT Taman Jaya!




Assudoh! takkan LRT terbakar kot? Memula kami menyangka kereta yang terbakar tapi takkan asap hitam tinggi menjulang?? Tapi kalau LRT yang terbakar, mesti bunyi meletop kebabom dah kedengaran dari opis kami huhu ...




Tengahari tu kebetulan aku ambil cuti kecemasan separuh hari dan terpaksa naik LRT untuk pulang ke rumah. Naik je tangga dah nampak kepulan asap memenuhi ruang atas, tapi aku tak nampak pulak mana-mana kiosk yang terbakar ...






Rupa-rupanya kereta yang terbakar! Dalam laporan berita mengatakan ada 6 buah kereta yang terlibat, tapi dari atas aku nampak 3 buah je. Mujur tiada nyawa yang terkorban dalam insiden ini. 



sumber : astroawani.com



You Might Also Like

1 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM