Lesen Oh Lesen!

Monday, December 28, 2015


Assalamualaikum!


Haru kalau lesen tak 'hidup', walaupun bukan hari-hari aku yang pandu itu kereta hehe .... 




Kalau dah berurusan dengan JPJ atau yang seangkatan dengannya, haruslah ko kena menunggu lebih dari satu jam huhu. Aku amik nombor jam 8a.m time ni, tapi ramai dah yang mengambil tempat memenuhkan kerusi dan segenap ruang dalam tu. Dan, memandangkan aku adalah wanita dalam lingkungan umur 30an, sihat tubuh badan maka aku pilih untuk berdiri aje ... hehe.

Eleh, bukan ada sapa-sapa nak bagi tempat duduk pun ....



Nombor giliran yang pertama!


Pasaipa aku cakap 'pertama'? Pasai lepas tu aku kena amik nombor giliran kali kedua! Haaaa .... hat kali kedua tu la yang aku tak tau nak kabor samada ia 'datang' sebagai dugaan atau sesuatu yang telah ditakdirkan hehe ...

Memandangkan dok ada 40 orang lagi aku kena 'tempuh' ... maka elokla aku balik opis dulu, siapkan keje apa yang patut ... dalam sejam lebih pastu aku datang balik ke JPJ. Alaaa bukan jauh pun ... jalan kaki 5 minit je ...

Lepas sejam lebih, dengan konfiden aku datang balik ke JPJ. Memang tepat kiraan aku ... nombor giliran sekarang 1042 .... tinggal 5 orang je lagi sebelum giliran aku. Duduk 5 minit, perut dah lain macam. Perghh ... 'dia' buat hal pulakkkkkk. Takpe, ada masa lagi ni .... sempat lagi kalau nak memecut keluar dari tandas di bawah tangga tu haha ...




Sekali masuk balik ..... 1053???!!! Huwaaaaaa .... nangis pun takda sapa nak simpati ngan ko Nim oiiii! Dengan langkah penuh kesayuan terpaksa aku pergi balik kaunter amik nombor dan tengok .... 93 orang di depan aku! Hanim ... selamat mereput di situ T__T

Tak mampu dah kaki nak melangkah ke mana-mana. Duduk sajelah disitu hampir 2 jam! hahaha .... memang menduga sungguh la. Nak dimarah ... perut sendiri :p





Akhirnya .... siapppp! Renew 2 tahun sekali gus! Pegawai kat kaunter tu cakap kalau lambat beberapa hari akan kena renew 2 tahun sekali gus, sebab senang nak selaraskan tarikh ke ape ntah. Dah la kad lesen kaler oren, tudung aku pulak kaler oren, kulit muka pun seakan-akan kaler oren .... timbul tenggelam je muka aku kat lesen tu .... hahaha! Takpela .... janji lesen aku dah 'hidup' semula! hehe ....

Time tunggu nak renew ni la, aku dapat berita Tok kepada Pak Jelan telah kembali ke rahmatullah pada pagi yang sama. Mau tak haru aku dibuatnya .... Pak Jelan dah kalut nak balik, walhal lesen aku tak siap lagi. Kalau aku pergi dari situ, payah dah nak datang hari lain .... huhu.

Alhamdulillah siap jugak ... pastu baru kami berangkat balik ke Perak.

Sekian .... hehe :D


You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. cantik mata akak.. ada love lg hahahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu menunjukkan muka akak sangat sweet hahahaha :p

      Delete
  2. Takziah..
    Part renew lesen nie memang mencabar..
    Sha xyah renew tahun nie sebab tahun lepas terlupa renew..
    Bila gi renew dia terus buat dua tahun..
    Tahun depan baru kena renew..

    ReplyDelete
  3. sama la kita. renew 2 thn terus sebab da lepas tarikh :)
    aida ari tu mreput gak di jpj seremban tu.
    sistem down!!!

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM