Macam Mana Ibu Macam Itulah Anak!

Thursday, December 31, 2015


Assalamualaikum!


Seronok rasa tengok anak-anak dah besar, dah boleh dibawa mengopi. Rasa rasa tekak teringin nak makan sesuatu yang sedap, anak-anak la yang jadi peneman setia kemana saja aku nak pergi hehe. Kakak dan adik pun dah pandai demand dah sekarang ... kalau kita ajak gi makan, diaorang 'umpan' kita suh bawa gi kedai Mei Meei pulak lepas tu ... haha :p



Ada satu malam tu, aku teringin benor nak menikmat char kuey tiow di warung kegemaranku yang dekat je ngan umah. Warung pun tak jauh, so ajak je la dua beradik tu jalan kaki tengok pemandangan malam. Ishh ... lama gak aku tak menyinggah warung brader ni, memang malam tu tak dapat kutahan-tahan lagi.

Pak Jelan pulak ada kerja di Subang malam tu, so petang tu dia dah hint kat aku warung char kuey tiow bukak hehe. Apa lagiiiiii ..... malam tu jugak kami serbu!




Aku pun tak risau sebab anak-anak pun suka makan char kuey tiow kat sini. Kiranya selera kami sama la hehe. Tambah Mira, entah kenapa tetiba dia cukup berahi pulak ngan kuey tiow kali ni hehe. Takkan mengidam macam aku kot? hahaha ....

Malam tu licin sepinggan kuey tiow dia 'kerjakan'! Dengan udang udang sekali dia 'libas' hehehe. Dulu, diaorang tak makan udang ... aku la yang jadi 'Alam Flora' kaut semua udang dalam pinggan. Tapi kali ni, Mira tak bagi peluang langsung kat ibu nak makan udang lebih hahaha ....

Bagus la tu dik, memang ibu berharap sangat ko ngan kakak tak memilih makan. Lagipun udang sedap weh, awak tu bukan ada alergi ke ape, rugi tak makan! :p





Seronok tengok diaorang makan sampai licin! hehe. Berbaloi rasa bawa anak-anak gi mengopi malam-malam. Next round, kita datang lagi yek! hehe ...


You Might Also Like

1 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM