Sunday, December 13, 2015

# Bola Sepak # Story Kenit

Piala Malaysia 2015 - SELANGOR Juara & Tragedi


Assalamualaikum!



Tahniah diucapkan kepada pasukan Selangor yang berjaya menewaskan Kedah dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 sekaligus merangkul gelaran Juara Piala Malaysia untuk kali yang ke-33. Kemenangan 2-0 ke atas Kedah turut dikongsi oleh penyokongnya yang bersorak meriah di Stadium Shah Alam dan juga di luar stadium.

Namun, disebalik kejayaan besar pasukan Selangor semalam terselit satu berita duka sejam sebelum perlawanan bermula.

Sebenarnya, salah seorang kawan Pak Jelan telah kembali ke rahmatullah petang semalam akibat kemalangan jalan raya di Jalan Duta. Arwah yang dalam perjalanan untuk menyaksikan perlawanan bola semalam telah dilanggar oleh sebuah motor dari belakang.

Dan Pak Jelan bersama kawannya telah pergi menziarahi arwah di HKL sebelum jenazah dibawa pulang ke kampung halamannya. Menurut Pak Jelan, arwah meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak yang masih kecil. Moga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh .... al fatihah

2 comments:

Apa kata korang?