Breaking

Wednesday, December 30, 2015

Siap Sedia Barang Sekolah!


Assalamualaikum!


Tahun ni, bajet beli barang sekolah terpaksa dikira semula gara-gara beberapa kes yang tak dapat dielakkan berlaku di saat-saat akhir. Contohnya. hari tu break-disc kereta boleh buat hal pulakkkkkk! Tapi, kereta 'kebal' tu je la yang kami 'pulun' hari-hari bawa pergi kerja dan kemana saja, dan demi keselamatan anak beranak ... nak tak nak kena juga keluarkan duit dan baiki.

Lepas tu episod Tok meninggal pulak, bajet balik kampung juga ditambah terutama kos minyak dan tol. Benda tak boleh nak elak ... gitu le.

So, gaji kami bulan dua belas ni memang takleh nak shopping yang bukan-bukan melainkan untuk barang keperluan sekolah anak-anak je. Aku kalau shopping barang boleh tahan 'nafsu' lagi, so kalau tak dapat kasut atau baju baru .. it's ok beb haha. Janji anak punya barang kasi lepas dulu ....




Yang paling eksaited? Opkos dua beradik tu le. Tapi keserian wajah lebih terserlah pada adik la, sebab dia paling suka bab shopping! hahaha....

Besar dah anak ibu ni ... tup tup dah nak masuk darjah satu tahun depan. Nanti kena pergi dua sekolah ye dik. Pagi sekolah biasa, petang sekolah agama. Syukur alhamdulillah nama Mira ada dalam senarai pengambilan murid tahun 2016 untuk sekolah agama. Ibu risau dah kalau-kalau Mira tak dapat tempat kat situ huhu ...

Mudah-mudahan Mira mampu untuk tempuh perjalanan sebagai pelajar sekolah rendah bermula tahun depan. Ibu ayah doakan yang baik-baik untuk kakak dan adik. Tak dinafikan tahun depan Mira mungkin akan jadi penat sikit sebab sibuk dengan sekolah pagi dan petang, tapi harap dia seronok dengan persekitaran dan kawan-kawan baru di sana. 




Sebelum nak beli baju sekolah kakak, aku terpaksa WhatsApp cikgu sekolah dia dulu konfirmkan baju sekolah mana nak kena pakai pada hari pertama persekolahan nanti. Ye la ... tahun depan kakak kakak dah start jadi pengawas sekolah, kang kalau masih beli baju sekolah putih terasa membazir la pulak sebab nak pakai pun tak lama, kena tukar kaler biru jugak. Dah konfirm ngan cikgu, baru ibu belikan.

Dah jadi pengawas, seronok le nak pakai baju kaler biru gelap, tudung biru, kasut hitam. Bersemangat dia pergi tengok baju pengawas kat kedai hari tu. siap berkali-kali ingatkan kita jangan lupa beli kasut pengawas kaler hitam hehe ....



Ni part ayah .... membayar di kaunter! hehe




Melihatkan harga baju sekolah di pasaran yang naik mencanak tak masuk dek akal, kami buat keputusan beli di sebuah pasaraya di Subang Perdana. Takda jenama takpa la, asalkan bukan kain murah, jarang dan nipis. Harga murah dan kualiti kain elok boleh tahan, sebab sebelum ni kami pernah beli baju untuk kakak dan memang tahan sampai sekarang.

Dua pasang baju pengawas,  tiga pasang baju sekolah putih, tiga pasang kain sekolah, stokin, singlet dan tudung sekolah .... pung pang pung pang semuanya RM150+




Semalam gi beli buku sekolah diaorang pulak. Alhamdulillah takda la mahal sangat, cuma kena beli buku tulis kecil tu je. Jumlah semua RM45 ... setel!




Semalam juga kami pergi beli kasut sekolah diaorang. Kebetulan aku ada event kat Sunway Pyramid, sebelum event bermula kami pi jalan-jalan tengok kot-kot ada jualan murah kasut sekolah hehe. Masuk Bata dan terus berkenan dengan promosi RM59 untuk dua pasang kasut!

So, dapat la kakak dan adik seorang sepasang. Aku tau memang tak cukup kalau sepasang seorang, tapi buat masa ni, pakai yang ni dulu la k. Nanti ada bajet lebih kita beli lagi huhu ...





Kalau dah perempuan namanya, tak sah kalau tangan tu tak pegang kasut kilat-kilat kaler pink kat rak sebelah tu kan haha. Siap boleh amik try pakai pulak tu. Boleh belikan ... tapi pastu pergi sekolah pakai kasut tu je la sampai akhir tahun .... ada berani? muahahaha :p




Setel bab kasut! Alhamdulillah .... barang keperluan sekolah kakak dan adik rasanya dah lengkap. Beg, alat tulis, bekal makanan dan barang kecik cinonet tu memang kami tak belikan sebab aku memang dah simpankan stok untuk diaorang sejak dari tahun lepas lagi hehe. Barang-barang dari event pun dok ada lagi dalam kotak kat rumah tu, so guna la yang tu dulu k. 

Dahulukan keperluan berbanding kehendak. Kalau ikutkan hati, memang semua nak barang baru belaka, tapi aku takmo ajar mereka macam tu. Biar bersederhana dan ikut kemampuan. Yang penting buku dan yuran sekolah didahulukan, yang lain tu lain bulan boleh beli lagi .... kan.

Ishh ... tak sabar nak daftar sekolah Mira Jumaat ni. Ibu pulak yang terlajak neves ni hehehe .... :D


3 comments:

  1. Alhamdulillah.. Selesai tu rasa lega sikit kan...

    ReplyDelete
  2. Samalah .. kami pun shoping kat Hari2 ajer.. kain2 pun bagus gak kalau comparekan dengan brand Canggih

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.