Simple Tapi Memikat Selera!

Wednesday, December 02, 2015


Assalamualaikum!


Sebenarnya kan, kita tak perlukan sampai 4-5 jenis lauk dalam satu pinggan untuk rasa kenyang. Dari sepinggan nasi, cukupla kalau kita dapat nikmati satu jenis lauk yang simple tapi enak! Nak tahu macam mana caranya?

Haa meh .. meh aku kongsikan :)

Hari tu, aku dan sorang kawan opis berhajat nak tapau nasi kat carpark bawah tu. Sekali dia cakap nak beli nasi ayam goreng kunyit kat gerai sebelah dengan gerai yang aku beli nasi goreng kungfu! Nasi ayam goreng kunyit? Sedap ke?





So, time aku dok tunggu nasi goreng kungfu aku skodeng jap kat gerai sebelah tu. Kelihatan memang ramai orang-orang pejabat makan dan beli disitu. Beratur baq hang! Sedap sangat ke? lauk ayam goreng kunyit je pun ... 

So, berhari-hari lepas tu aku try la beli sebungkus. Orang dok kata sedap sedap ... nak tengok gak apa kata anak tekak ni hehehe. Dia takda lauk lain kecuali tiga jenis lauk ni je ... ayam goreng kunyit, sotong goreng kunyit dan daging goreng kunyit. Pastu dia bagi sambal belacan. Simple kan! Tapi, yang simple tu la orang dok pulun membeli ....




Lagi satu orang suka beli kat situ pasaipa? Pasai harga murah! Nasi putih ngan sejenis lauk, contoh ko pilih ayam goreng kunyit hanya RM5! Kalau ko pilih 3 lauk sekali, RM8. Aku niat nak merasa tiga-tiga jenis lauk hari tu, so dapat la seperti yang di atas ni hehehe ....

Rasa dia? alhamdulillah ... sedap! Cukup rasa kunyit dan pedasnya. Yang daging goreng kunyit tu dia letak cili sikit, so kalau suka pedas memang mantop ar! Aku siap hidung berair lagi hehehe. Ada sayur kacang panjang dan lobak merah pulak tu ... aku rasa ini pun dah lengkap betoi dak :)

Simple, tapi memikat selera! Saya bagi sepuloh bintanggggg ...! :D


You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. betul..kalau penuh pinggan dengan macam2 menu pun tapi tak sedap nak buat apa..kan?/yang simple2 lagi sedap..

    ReplyDelete
  2. memang sedap makan dengan lauk simple gitu. Nak sediakan pun mudah..

    ReplyDelete
  3. tetiba terliur tengok sotong tu..mana ada makanan yang murah sekarang ni..jarang sangat jumpa..janji sedap untuk dimakan..bayar mahal sikit pun kira ok lah..

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum...

    menyelerakan.... lapar pulak bila tgk lauk nie..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam ....

      kalau lapar jangan tangguh makan ye :D

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM