ruangiklan
ruangiklan

Saturday, January 10, 2015

Bila Gula Melaka Disangka .....

  10 comments    

Assalamualaikum!


Kalau warna merah disangkanya cili .. kalau hitam disangkanya...?haha. Alkisah malam tadi kakak request tau fu fa ...maka kami pun singgah pasar malam seksyen 25, Taman Sri Muda.

Nak itu .. nak itu! sambil jari tunjuk ke arah tau tu fa.


Thursday, January 08, 2015

Hajat Seorang Anak!

  20 comments    
categories: 

Assalamualaikum!




Tau tak apa yang paling menggembirakan hati seorang mak atau ibu? Ialah bila anaknya memuji masakan ibunya yang paling sedap di donia! haaaa hehe. Walaupun yang kita masak tu simple mimple tapi itulah yang sedap di tekak diaorg. 

Projek malam tadi .... projek menunaikan hajat seorang anak yang dah lamaaaa mengidam nak makan sesuatu yang dimasak sendiri oleh ibunya hehe. Adehh ... bunyi cam 'kejam' je kan. Bunyi cam ibunya dah lama tak ke dapur memasak ... tapi hakikatnya ari-ari balik keje baling beg terus berlari ke dapur. Ok ok part baling beg tu bukan cerita sebenar haha.

FAHAMI NUTRISI ANAK ANDA DENGAN DUTCH LADY

Assalamualaikum!

*Sticky post untuk 24 jam*
*Scroll bawah untuk baca entri baru*


Perkara penting dalam membesarkan anak-anak adalah menjaga dan memastikan mereka sihat dan ceria.

Sebagai ibubapa kita tentunya inginkan yang terbaik buat anak-anak kita. Sejak dari dalam kandungan sehinggalah mereka dilahirkan, setiap aspek kehidupan mereka menjadi keutamaan kita. sebagai ibu kepada dua orang anak yang sedang meningkat dewasa, aku juga tidak mahu mereka terlepas dari mendapat nutrisi yang secukupnya dari pemakanan seharian.




Nutrisi pemakanan sangat penting kepada tumbesaran fizikal dan mental anak-anak kita. Bayangkan jika anak-anak kita kurang nutrisi, sudah tentu ia akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan mereka. Bila anak-anak tak sihat, kita pun rasa tak bersemangat nak melakukan kerja lain betul tak.

Sedikit fakta mengenai NUTRISI :
  • Menurut SEANUTS atau Southeast Asian Nutrition Surveys, nutrisi memberi impak terhadap kepintaran atau IQ kanak-kanak
  • Ketika mental kanak-kanak berkembang secara berperingkat, adalah penting untuk ibubapa mengawasi pencapaian perkembangan minda serta membantu mereka membesar dengan lebih baik dan lebih bijak dengan menyediakan khasiat pemakanan yang sesuai pada setiap peringkat.

Penyediaan nutrisi pemakanan amat penting pada setiap peringkat umur. Terutama untuk anak-anak yang sedang membesar dan aktif. Bila tubuh sihat dan aktif, ini bermakna mereka telah mendapat kebaikan dari nutrisi pemakanan yang kita sediakan.

Untuk lebih memahami kepentingan dan manfaat nutrisi pemakanan anak-anak kita, Dutch Lady akan mengadakan bengkel yang penuh informasi serta menyeronokkan di mana pakar akan berkongsi maklumat dan pemahaman tentang perkembangan mental si manja.

Ibubapa yang mempunyai anak berumur 1 hingga 6 tahun berpeluang mempelajari cara untuk mengoptimumkan perkembangan mental si manja dengan gaya pemakanan yang sesuai. Dan semua ini akan dikongsikan oleh 3 orang panel pakar dalam bidang Psikologi, Pemakanan dan Pediatrik.



Dr. Alvin Ng


Dr. Yong Junina Fadzil



Prof. Dr. Poh Bee Koon



Bagaimana nak sertai bengkel bersama Dutch Lady?

Tajuk : Tahap Kebijaksanaan Si Manja. Kebaikan Nutrisi Perkembangan Bijak Si Manja

Tarikh : 24 Januari 2015, Sabtu

Masa : 10.30 a.m (Pendaftaran bermula dari 9.30 a.m)

Tempat : Auditorium, Connexion@Nexus, Bangsar South


Yuran pendaftaran sebanyak RM30 untuk sebuah keluarga/pasangan. Setiap keluarga yang menyertai akan menerima SATU kit Bengkel Tahap Kebijaksanaan Dutch Lady yang bernilai RM50!

Ibubapa yang berminat boleh mula mendaftar sekarang. Untuk pendaftaran,

Sila hubungi talian bebas tol : 1800-22-1233

Emel : mail@bridgespr.com.my

Bayaran boleh dibuat ke akaun bank penganjur bengkel melalui tunai atau perbankan dalam talian :

Bank : Maybank 
Nama : Bridges PR & Events Sdn Bhd
Nombor Akaun : 5144-4012-1112

Anda dan simanja juga turut berpeluang mempelajari teknik untuk meningkatkan kemahiran pembelajaran melalui latihan Speedsmart. Nak tahu apa itu Speedsmart? Kenalah mendaftar sekarang juga! ^^

Jom sama-sama kita sertai bengkel Dutch Lady dan ambil ilmu sebanyak yang mungkin demi perkembangan mental yang baik untuk anak-anak kita. Semestinya nutrisi untuk perkembangan bijak si manja.




Wednesday, January 07, 2015

Suka Naik Train!

  9 comments    
categories: 

Assalamualaikum!


Bila tau nak naik train pagi tadi .. melompat dua-dua bangkit dari tido hehe. Kalau dengar pasal bas atau train memang dua beradik ni teruja lain macam! Katanya best naik bas ngan train ... besar ... boleh berdiri lama-lama hahaha.


Tuesday, January 06, 2015

Bila Anak Buat Vlog!

  9 comments    
categories: 

Assalamualaikum!


Tak kusangka ... dalam diam-diam rupanye ye! Punyela ibu boleh tak perasan apa yang anak sendiri buat kat henpon ibu ...huh! Tertanya-tanya jugak aku ..video ape la yang dok bergelap sangat ni ...! 

Mentang-mentang dah lama dia tak bukak blog sendiri ... beralih arah nampaknye hahaha.


Monday, January 05, 2015

Oh Baju Sukanku!

  6 comments    
categories: 

Assalamualaikum!

Dalam dok godek baju-baju dalam plastik hitam ... terjumpa plak baju sukan time sekolah menengah. Tak sangka di dalam plastik letaknye ye ... huhu. Dari darjah satu sampai form 5 ...inilah kaler baju sukan aku hehe. 

Bila dikenang sukan time sekolah ... haihh ... sedih bunyinye hehehe. Aku bukan kaki bersukan ... walaupun hakikatnya badanku kurus kakiku panjang. Hampeh kan ...hahaha! 



Malu Tapi Mahu ....

  3 comments    
categories: 

Assalamualaikum!

Petang semalam bawa dua beradik ni gi main kat taman permainan. Dari rumah berkobar-kobar nak main ... siap ajak ibu jogging lagi! Tapi bila sampai sana ... hurmm masing-masing melekat kat ibu hehe. Rupanya diaorg malu ... tengok budak-budak lain main kat situ. Malu nak bercampur kekdahnya ....

Gi la main kat sana ... ibu tunggu sini.

Taknak ... ramai orang. Jom la ... ibu ikut sekali ...

Ish ... ibu duduk sini je la. Kakak dan adik gi main kat sana. Kawan ramai tu ... mana tau kakak dan adik dapat kawan baru arini.

Dua-dua tak berganjak ... dok melekat lagi kat sebelah aku hehe. Terpaksa la aku bangun dan iring diaorg ke tempat tu. Barulah diaorg nak panjat tangga gelungsur huhu. Yang kakak nak main gayut-gayut ... tetiba disapa dua orang budak kat situ. 


Sunday, January 04, 2015

Dora The Explorer Versi Melayu!

  4 comments    
categories: 

Assalamualaikum!





Aku tengok Dora ...aku tengok dia ... aku tengok Dora ... aku tengok dia. Rambut tu dah dekat nak sama dah ... pipi gebu pun sama gak. Memang sah .... klon 'Dora' ni! hehehe. 

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.