ruangiklan
ruangiklan

Friday, April 10, 2015

Instant Shawl by DILARA


Assalamualaikum!




My first instant shawl ...

Dapat masa di pameran Hijabey 2015 hari tu .. terus jatuh cinta dengan shawl by DILARA ni! Macam-macam corak dan warna ada tapi aku paling suka yang ni sebab ada dua kombinasi warna kesukaan aku ... hijau dan ungu! :D

Lagipun aku takda lagi shawl warna ungu atau hijau, jadi bila dapat design dan warna idaman macam ni ... alamakkkk bestnya! :)

Thursday, April 09, 2015

Kakak .. Tolong Jangan Buat Begini Di Sekolah Ye


Assalamualaikum!


Terbantut mood aku nak lunch ...

Video pelajar bergaduh ....lagi!! Kali ni budak-budak sekolah rendah habis jadi tatapan manusia di alam maya. Video? Maaf .. aku tak berkenan nak berkongsi videonya di sini ... cukup-cukuplah orang lain dah aibkan budak-budak ni di media sosial. Aku share gambar je la ... tu pun aku blurkan dulu huhu.

Yang tukang merakam pun ... alahaiiii! Ape nak jadi ni?? Sampai nak merakam video pastu gi sebarkan di fb?? Parah dah ....! Kalau ko anak acik ... yang merakam tu ... acik libas dengan rotan tau tak! 

Mujur ko bukan je ...! :(

Alkisah Satay 'mengecut'

  6 comments    
categories: 

Assalamualaikum!


Cuaca cerah petang semalam ...  tepi sekolah dah berderet pakcik-pakcik stenbai dengan jualan masing-masing sambil menunggu budak-budak sekolah agama keluar dari pintu pagar sekolah. Ada yang jual roti .. ada yang jual eksrem ... ada yang jual satay ikan. Aku tengok tiga-tiga pakcik ni masyuk tiap-tiap hari hehe ... alhamdulillah. 

Di tangan Mira kelihatan sebungkus plastik berisi satay ikan tidak berkuah ....

"Adik beli ke ...? mana dapat duit?"

"Tak lah ... kak Jingga belanja ..."

Wednesday, April 08, 2015

Anak No. 2

  6 comments    
categories: 

Assalamualaikum!




No. 2 tu, memang dia garang .. terutama dengan kakak dia hehe. Kalau time bermain , kakak dia 'buli' atau saja nyakat ... memang kena sedas la si kakak tu. Suara kalau bertempik ... habis berterabur lari lipas-lipas di dapur hahaha!

No. 3 ... gelak tak ingat dunia! haha. Ni pun kadang-kadang dia jugak ni ... tak kira malam pukul 11 dibantainya gelak sampai boleh dengar satu blok! Sensitif dan hati lembut ... kat sini aku nak tukar sikit jadi sentap dan kuat merajuk. Perghh .... boleh tahan sentapnya kalau kita tegur sikit. Lagi satu, Mira sekarang mudah sangat merajuk walaupun dia tahu benda yang dia buat tu salah dan kita try nak tegur dia secara berhemah. Tu secara berhemah ... kalau kurang berhemah?? hahaha lagi kuat la dia teriak! hehe. 

Jadi Ejen Cari Madu?


Assalamualaikum!




Best gak kan jadi ejen cari madu ni hehe. Eh ... madu tu bukan madu no.2, no.3, no.4 ye! Jangan ada bapak-bapak yang teruja pulak ye! hehe. Madu yang aku maksudkan ...ni ha madu asli!

Madu ni dipesan oleh kakak ipar aku sejak minggu lepas lagi. Sejak dia mengamalkan makan madu tualang ni alhamdulillah penyakit semput/lelah yang dialami semakin berkurangan dan bertambah baik. Sebelum ni kakak ipar aku biasa makan madu tualang dalam botol sedikit kecil dengan harga RM40 sebotol. Tapi Pak Jelan pergi masjid semalam, yang ada madu tualang pesen gini (atas). Harga RM48 sebotol.

Tuesday, April 07, 2015

Berbaloi Rasa Jadi Blogger!

  4 comments    
categories: ,

Assalamualaikum!

Ulser menyerang ... dah 2 hari! Walaupun seketul je ... tapi 'bisa' kepedihan dia ...perrghhh! Kalau bergesel ngan gigi atau makan atau bercakap ... perrghhh! Tapi kadang-kadang tu lidah tu 'gatal' pulak gi jolok-jolok kat lompang .... hahaha. Dah jadi tabiat ..... hahaha!


Kantin Sekolah Ada GST??

  4 comments    
categories: ,

Assalamualaikum!


"Bu ... kantin kakak dah ada GST bu"

"Huh...? lorr ... naper pulak?"

"Entah la....roti yang kakak suka makan tu dah naik harga dah. Dulu RM1 sekarang dah RM1.50 ..."

Hurmm ....

sumber : google

KidZania KL - Antara Coklat Dan Burger!


Assalamualaikum!

Lama gak tertunggak entri Kidzania aku ni hehe. Lemah gemalai rasa segala sendi-sendi jari nak menaip ni. Tambah pulak dapat rehat hari Sabtu je, Ahadnya dah kena gi cover event. Kengkadang aku rasa walaupun aku ni kurus tapi kurang stamina la .... ke acaner tu?  

Tapi stamina makan kuat pulak! haha :p


Monday, April 06, 2015

Ikan Goreng Bercili


Assalamualaikum!


Baru je aku perabihkan stok ayam kampung yang mak kirimkan aku minggu sebelum tu, so aku fikir hari cuti-cuti gini aku nak masak lain pulak dah. Jemu gak tekak ni dok balun ayam pastu daging pastu ayam pastu daging! Tapi aku ni tak jugak bertambah-tambah dagingnya wakakakaka! :p

So, pagi-pagi Sabtu tu aku kasi setel kain baju sekolah anak-anak dan kasut sekolah diaorg dulu. Cuaca pun cukup 'cantik' dan cerah pagi tu, memang sesuai jemur baju awal-awal ni. Suruh diaorg mandi dan siap-siap temankan aku ke kedai. Opkos kalau dah temankan ibu kenala ada upahnya ....grrrr hahaha.

Sampai kat kedai Zam .... "Nak makan ape yek?" ... budak-budak diam. Tau dah diaorg memang tak minat bab-bab lauk pauk ni. Yang diaorg pandang ...tu ..... peti sejuk aiskrim! Grrrr .... haha.


Hijabey 2015 Hijab & Beauty Fair IDCC Shah Alam Sukses!

  6 comments    
categories: , ,

Assalamualaikum!




Semalam aku berkesempatan menghadiri pameran Hijabey 2015 Hijab & Beauty Fair bertempat di IDCC, Shah Alam untuk buat pertama kalinya! Pameran yang berlangsung selama 3 hari bermula 3-5 April telah pun berakhir semalam. Sure sapa yang datang semalam mesti tersenyum puas sebab dapat borong banyak tudung dan pakaian cantik-cantik kan hehe.




Sampai sana dalam pukul 10.30 pagi, siap-siap sarapan di rumah masak mee goreng hehe. Kaunter pendaftaran yang dibuka seawal jam 9 pagi pun tak ramai lagi tapi banyak booth-booth yang dah dibuka untuk jualan. Sedap 'cuci mata' dan belek-belek tudung yang berkenan hehe.

Yang bestnye, pengunjung yang datang awal turut diberikan goodies bag! waaaaaaaaaahhhhh! Bloggers yang datang pun diberikan goodies bag ....weeeee! Terima kasih Hijabey sebab sangat bermurah hati. Dalam goodies bag tu antaranya ada instant Shawl dari DILARA,dan pin tudung VONAISH (cantik sangat hokeyyy!). Perghh ...kiranya inilah instant shawl aku yang pertama ye hehe. Sukeeee sangat!^^




Datang sebagai blogger so ada pas blogger hehe. 

Sebelum menunggu ketibaan Iron Lady, Yang Berbahagia Datuk Wira Dr Maznah Hamid untuk merasmikan Ist International Hijabey 2015 Hijab & Beauty Fair, kitaorg jalan-jalan kat booth 'cuci mata' dulu hehe.

Selama 3 hari pameran ini berlangsung, sambutan yang diterima amat memberangsangkan ok! Maklumla, dah la murah cantik-cantik pulak tu pilihan tudung dan baju di sini! Memang kena stenbai wallet cik abenggggg! haha.




Kalau ada booth jual tudung, wajibla juga ada booth jual pin tudung kan hehe. Cantik-cantik koleksi yang ada di sini!












Antara produk yang mendapat sambutan sangatttttttttt lumayan ialah tudung AIDIJUMA sampaikan semalam booth mereka kosong sebab semua stok tudung habis dijual pada hari pertama dan kedua! Perghhh!




Sementara menunggu Datuk, sempat lagi kak long dan kak cik berselfie hehehehe. 




Tiba masa yang dinantikan semua, ketibaan dan seterusnya perasmian Hijabey 2015 oleh Iron Lady kiter, Yang Berbahagia Datuk Wira Dr Maznah Hamid




Datuk juga tidak ketinggalan berucap dan memberikan motivasi kepada semua yang ada di situ untuk lebih berdaya saing dalam perniagaan. Memang bersemangat dengar beliau bercakap di atas pentas ... bertenaga dan sentiasa berfikiran positif!

Selepas tu, kami disajikan dengan persembahan peragaan fesyen yang menggayakan busana muslim dan muslimah serta persembahan rancak dari kumpulan AlFarabi Band. 




Yang Berbahagia Datuk bergambar bersama model-model muslim dan muslimah serta tetamu kehormat.

Last but not least ....




Sempat bergambar dengan akak ANITA BAHAROM. Beliau pun ada buka booth kat sini semalam dan semua koleksi beliau memang cantik-cantik ..macam orangnya! hehe.

So, bagi korang yang tak sempat datang roadshow Pameran Hijabey 2015 edisi Shah Alam, korang masih boleh terjah dia dua lagi lokasi panassssssss! hehe. 


SUNWAY CARNIVAL CONVENTION CENTRE, PENANG
29-31 MEI 2015

KELANTAN TRADE CENTRE
21-23 OGOS 2015



Untuk orang Pulau Pinang dan Kelantan .... tungguuuuuuu kami datang! ^^


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.