ruangiklan
ruangiklan

Friday, June 12, 2015

Buffet Ramadhan 2015 : Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie


Assalamualaikum!




Tinggal kurang seminggu lagi sebelum Ramadhan datang. Pelbagai jenis hidangan dan juadah bakal diperkenalkan mengikut tema tersendiri. Dan untuk tahun ini, Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie bakal mengingatkan kita pada nostalgia zaman kegemilangan dua orang seniman termashyur di Malaysia.

Terima kasih aku ucapkan pada pihak pengurusan Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmari (HIKLG) kerana sudi menjemput dan memberikan layanan yang mesra dan baik sepanjang aku di sini.




Macam aku cakap tadi, tahun ini Kites Restaurant memperkenalkan tema Nostalgia Ramadhan dengan menampilkan juadah hidangan berbuka dari masakan kegemaran dua orang seniman terkenal dan tersohor di Malaysia, iaitu Arwah Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarham Sudirman.

Menu ini disediakan istimewa oleh Chef Rahim, yang mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam penyediaan makanan. Kites Restaurant menawarkan buffet yang mengetengahkan juadah popular tempatan sambil mengembalikan momen nostalgia dalam resepi yang dihasilkan.

Nak tahu apa yang menarik di sini? Jom kita terjah! ^^


















Perghh... semuanya yang kita suka! hehe. Sememangnya makanan tempatan juga yang jadi pilihan ketika berbuka betul tak. 

Kites Restaurant juga menyediakan ruang makan yang selesa untuk tetamu. ia boleh memuatkan kira-kira 200-250 orang dalam satu-satu masa. Tapi, jangan risau sebab mereka juga menyediakan tempat makan di luar restoran yang pemandangannya memang cantik!







Dekat sini juga ada disediakan tempat bakar satay dan korang sendiri boleh tengok macam mana chef kita bakar satay. 




Aku memang minat durian, so tak jadi masalah nak makan seulas. Sepanjang bulan Ramadhan nanti, Kites Restaurant akan menyediakan durian D24 untuk para pengunjung yang berbuka puasa di sini. Fuh ... tapi kena makan kat luar tau hehe.




Terima kasih pada chef-chef sado kita yang masak best-best untuk bulan Ramadhan nanti hehe. So, amacam? terliur tak?? haha. Kalau korang berhajat nak bawa keluarga berbuka puasa di luar sekali sekala dan nak merasa kesedapan masakan chef-chef ni, bolehlah buat tempahan berbuka puasa sekarang.

Kena booking cepat, takut tak cukup tempat kang.

Untuk tempahan awal, mereka menawarkan harga promosi pada RM95 nett. Namun, jika tempahan dibuat dalam bulan Ramadhan, harga adalah seperti di bawah :

Hari Pertama hingga Hari ke 7

Dewasa : RM 115 nett
Warga Emas/Kanak-kanak : RM85 nett


Hari ke 8 dan seterusnya 

Dewasa : RM 125 nett
Warga Emas/Kanak-kanak : RM95


4hb Julai Cuti Umum Nuzul Al Quran & Ahad

Dewasa : RM 115 nett
Warga Emas/Kanak-kanak : RM 85 nett


Untuk tempahan sila hubungi :

+60 7802 5245

Email : ramadhan@holidayinnkl.com.my


Sihat Dan Anggun Sepanjang Ramadhan Dari Guardian


Assalamualaikum!


Kedatangan bulan Ramadhan sangat dinanti-nantikan oleh semua umat khususnya umat Islam di Malaysia. Namun dalam kemeriahan sambutannya, kita masih pertu terapkan kesederhanaan dalam setiap aspek kehidupan seharian, tampil segar, sihat dan cantik di Hari Raya.

Untuk itu, Guardian Malaysia telah mengadakan kempen "Sihat dan Anggun Sempena Aidilfitri" untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik pelanggan mengenai bagaimana mereka boleh mengekalkan gaya hidup yang seimbang dan sihat sepanjang bulan puasa, dan kemuncaknya dengan sambutan perayaan.




Majlis yang bertempat di Carcosa Sri Negara menghimpunkan para media dan bloggers bagi menyiapkan mereka dengan rutin dan tips dari segi kesihatan, kecantikan, penjagaan rambut dan masakan lazat dari chef selebriti Anis Nabilah.

Ada pelbagai aktiviti disediakan, antaranya pemeriksaan kesihatan oleh Ahli Farmasi Guardian dan sesi dialog bersama Penasihat Kesihatan Guardian Siti Aishah Mohd Yunos. Tidak ketinggalan tips dan rutin stail mekap dan trend terkini oleh Penasihat Kecantikan, Evelyn Tan dan penjagaan rambut oleh Ketua Akademi A Cut Above, Peter Wong.  




Ramadhan adalah bulan yang dicipta khusus untuk kita mem'bersih'kan rohani dan jasmani. Dalam bulan ini, sepatutnya kita mampu mengawal pemakanan dan meningkatkan tahap kesihatan untuk kekal cergas dan bertenaga. Namun, masyarakat kita sering menjadikan bulan Ramadhan ini seperi bulan pesta makanan, di mana kita makan terlalu berlebihan sehingga kita menjadi letih dan lesu.


picture credit : www.namesherry.com


Antara tips berguna untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang Ramadhan yang dikongsikan oleh Cik Siti Aishah pada hari tu adalah :
  • Jangan tinggalkan sahur, kerana ia merupakan waktu yang diperlukan untuk kita makan sebelum memulakan puasa selama 12 jam.
  • Badan kita memerlukan makanan yang mampu memberikan tenaga cepat setelah tidak makan sepanjang hari. Untuk mengembalikan tenaga, makanlah buah kurma
  • Pengambilan susu juga penting, ia mampu membersihkan perut dan membuang segala sisa toksik dari makanan yang kita ambil. Amalkannya sebelum tidur.


picture credit : www.namesherry.com

Beliau turut memberikan tips untuk mengelakkan dari gastrik dan pedih hulu hati. Antaranya :

  • Elakkan makan makanan yang masam atau berasaskan jeruk
  • Elakkan makan makanan yang pedas 
  • Elakkan minum minuman berkafein seperti teh dan kopi




Selain penjagaan kesihatan, penjagaan kulit dan kecantikan turut penting uolls! hehe. Di majlis ini, penasihat kecantikan, Evelyn Tan turut berkongsi tips dan rutin mudah untuk medapatkan kulit yang sihat dan cantik. Beliau juga menunjukkan cara-cara membersihkan muka yang betul.

Lebih menarik, rakan blogger Elana Khong sudi menjadi model terhormat hehe.





Biasanya, kulit kita akan jadi kering kerana kekurangan air. Untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah, ada satu produk iaitu Thermal Spring Water yang bagus untuk dicuba! Hanya perlu spraykan ke wajah korang dan korang akan rasa sejuk dan segar. Tak perlu cuci muka kerap serta ianya senang dibawa kemana sahaja!

Bila spray ke muka, pastikan mulut korang tutup ye takut terbatal puasa kang hehehe. Kat mana nak beli Thermal Spring Water ni ... tentunya di Guardian Store berdekatan korang! ^^




Tidak lengkap rasanya tips penjagaan kecantikan kalau tidak disertakan dengan penjagaan rambut bukan. Peter Wong selaku Ketua Akademi A Cut Above sudi mengongsikan tips penjagaan rambut yang baik untuk jenis rambut yang berbeza.

Memandangkan aku mempunyai jenis rambut yang normal yang berombak dan kering, ada tips yang boleh aku cuba untuk dapatkan rambut yang sihat :


picture credit : www.namesherry.com



Sebelum mengakhiri majlis. satu demo memasak telah diadakan menampilkan chef selebriti terkenal yang kecik comei, iaitu Anis Nabilah! hehe. Aku berpeluang menyaksikan sendiri beliau menyediakan hidangan rendang yang sihat untuk hari Raya.

Teruja melihat semangat dan kepetahan beliau bercakap dengan para media sambil memasak hehe. Ye la .. dah memang hari-hari gitu caranya kan. 



Seperti yang aku cakap tadi, resepi pertama beliau memasak rendang ayam. Bahan yang digunakan kebanyakkan sudah kita sedia maklum, tapi kali ini beliau menggunakan bahan lain bagi menggantikan bahan yang lazim kita gunakan dalam memasak rendang.

Nak tahu apa dia? Meh tengok bawah ni .....




Santan dan gula merupakan bahan utama dalam masakan Melayu. Menurut Chef Anis, orang dulu-dulu kalau nak tambahkan perasa dalam masakan, mereka akan masukkan gula. Tapi, orang sekarang suka sangat letakkan MSG .... not good untuk kesihatan kita you know!

So, untuk demo masakan kali ini, Chef Anis menggunakan Karihome Goat's Milk Powder menggantikan santan dan Sweet Sante menggantikan gula biasa.

Kat mana nak beli dua-dua produk ni? Tentunya di Guardian Store! ^^




Nyummm yummmyy! Semerbak harum bau rendang Chef Anis kita ni. Dan, yang di sebelah kiri tu yang dah siap masak. Lengkap dengan rasa pedas dan tak terjejas langsung bila menggunakan kedua-dua bahan di atas. So, kita dapat rendang ayam yang sedap dan menyihatkan di pagi Raya ....ohsem!!^^




Last but not least, Chef Anis menunjukkan cara membuat Apple Cranberry Sauce Muffin.

Kempen kesihatan dan kecantikan "Sihat dan Anggun Sempena Aidilfitri" Guardian ini akan bermula pada 24 Jun sehingga 21 Julai 2015. Sepanjang tempoh ini, pelanggan boleh menikmati tawaran menarik bagi vitamin terpilih, makanan tambahan, produk kecantikan, ubat tahan sakit, deodoran, minyak wangi serta produk penjagaan kulit dan rambut. Promosi yang sama juga boleh didapati di Guardian e-store.

Untuk maklumat lanjut, layari : www.guardian.com.my


Thursday, June 11, 2015

Majlis Pelancaran Pusat Penerangan Pelancongan Di KidZania Kuala Lumpur!


Assalamualaikum!





Satu lagi detik bersejarah bagi KidZania Kuala Lumpur kerana telah berjaya menubuhkan Pusat Penerangan Pelancongannya sendiri, dengan kerjasama rakan industri baru, 'Tourism Malaysia'. Terima kasih kepada KidZania Kuala Lumpur kerana sudi menjemput aku untuk menyaksikan pelancaran yang penuh bersejarah ini! 

Pusat ini bertujuan memupuk minat kanak-kanak dengan percutian dalam negeri/domestik. Ia juga bertujuan untuk mengembangkan minat kanak-kanak  dalam merancangan percutian keluarga ke destinasi domestik dan yang paling penting, untuk mendidik kepentingan industri pelancongan kepada kanak-kanak pada usia muda.




Walaupun Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz tidak dapat bersama dalam majlis pelancaran tersebut, majlis tetap meriah dan berjalan lancar dengan kehadiran Tan Sri KSU Kementerian Pelancongan, Y. Bhg. tan Sri Dr. Ong Hong Peng.

Konsep Pusat Penerangan Pelancongan ini adalah berdasarkan kanak-kanak berada dalam persekitaran yang serupa dengan Pusat Penerangan Pelancongan yang sebenar, dengan aktiviti-aktiviti seperti mencipta pakej pelancongan dan jadual perjalanan pelancongan.

Aku difahamkan ada tiga bentuk lakon peranan yang boleh kanak-kanak buat Pusat Penerangan Pelancongan ini, iaitu sebagai pelancong (tourists), agen pelancongan (travel agent) dan sebagai pemandu pelancong (tour guide).




Gabenor KidZania Kuala Lumpur & Singapura, Puan Susannah Abdul Rani


"Pelancongan merupakan industri berorientasikan rakyat dan melalui Pusat Penerangan Pelancongan baru ini, kami ingin menanamkan semangat keyakinan dan kebolehan pada kanak-kanak yang diperlukan untuk berurusan dengan orang ramai. 

Kami di KidZania ingin mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada Tourism Malaysia kerana sudi untuk memulakan perjalanan yang baru dan menarik dengan kami," beliau berkata.



KSU Kementerian Pelancongan, Y. Bhg. tan Sri Dr. Ong Hong Peng


YB Tan Sri Ong Hong Peng pula berkata, "Penubuhan Pusat Pelancongan di KidZania Kuala Lumpur merupakan kaedah terbaik untuk mendidik generasi muda tentang kepentingan peranan pelancongan dalam ekonomi negara. Saya yakin bahawa inisiatif ini akan memberikan gambaran yang lebih besar ke dalam industri pelancongan Malaysia, dan membuka minda dan hati mereka untuk berminat bercuti di Malaysia pada usia yang muda."




Sebagai kemuncak majlis, Tan Sri Ong bersama para VIP membuat gimik pelancaran di atas pentas disaksikan para tetamu yang hadir. Dan selepas itu, pemberian plak KidZania dan sesi bertukar cenderahati turut berlangsung.




Sebelum kami berangkat melihat dan merasmikan Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) di perkarangan KidZania, satu persembahan tarian kebudayaan oleh krew KidZania dipersembahkan.






Kemudian, tetamu VIP dan tetamu-tetamu lain dibawa ke Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) untuk upacara memotong reben dan pembukaan rasmi.




Upacara memotong reben tanda secara rasminya Pusat Penerangan Pelancongan di KidZania Kuala Lumpur dibuka kepada kanak-kanak




Pernah dinobatkan sebagai 'Pengalaman Terbaik untuk Kanak-kanak' di Expatriate Lifestyle's Best of Malaysia Awards 2014 selama dua tahun berturut-turut, KidZania Kuala Lumpur akan terus mencari peluang untuk mendedahkan kanaka-kanak kepada pengalaman baru melalui aktiviti lakon peranan agar kerjasama ini dapat diteruskan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Laman Web : www.kidzania.com.my
Talian Careline KidZania : 1300 88 Kidz (5439)
Facebook : KidZaniaKualaLumpur
Twitter : @KidZaniaKL


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.