Friday, July 31, 2015

Meraikan Aidilfitri Untuk 100 Anak-anak Yatim Bersama Guardian!

Friday, July 31, 2015 4 Comments

Assalamualaikum!




Keriangan Syawal masih terasa meskipun kita telah memasuki minggu kedua. Bagi menjadikan Syawal tahun ini lebih bermakna, Guardian Malaysia telah mengadakan sambutan eksklusif Aidilfitri untuk 100 kanak-kanak dari tiga buah rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang.

Dan alhamdulillah, kami sekeluarga juga turut berkesempatan menghadirkan diri di majlis yang gilang gemilang dan penuh dengan mood beraya kerana suasana ceria dan pakaian hadirin yang berwarna warni dan tradisional menyerlahkan seri majlis pada malam itu.






Walaupun kami sampai agak lewat pada petang itu kerana terperangkap dalam kesesakan yang teruk, namun sempat juga aku melihat aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sebelum majlis makan bermula. Antara aktiviti yang disediakan untuk anak-anak yatim dan para tetamu ialah menganyam daun ketupat, karikatur, tangkap gambar keluarga dan penebusan tiket wayang percuma oleh MCT.

Malangnya, satu pun kami tak sempat nak buat sebab terlewat huhu. Kakakla yang paling beria nak sertai aktiviti di sini tapi apakan daya bila kami baru nak mula di booth pertama, semua orang dah berduyun-duyun masuk ke dalam dewan makan.





Pembukaan majlis dimulakan dengan Tarian Zapin.  Pengacara yang mengemudi majlis pada malam itu adalah Nazrudin Rahman, berjaya menggamatkan dan menceriakan lagi suasana Hari Raya dengan celoteh dan kepetahannya bercakap di atas pentas.

Untuk makluman, Guardian Malaysia telah menjemput anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Nur Qaseh, Rumah Perlindungan Al-Nasuha dan Rumah Anak Yatim Baitus Sakinah Wal Mahabbah untuk diraikan dalam majlis serba eksklusif sambutan Aidilfitri.

Majlis sambutan Aidilfitri malam itu turut diserikan dengan kehadiran selebriti-selebriti seperti penyanyi Sean Ghazi, pelakon Aiman Hakid Ridza, bekas penyampai radio JD dan Dilly serta bekas pegnacara TV rancangan 3R - Celina Khor, Rafidah Abdullah dan Kartini Kamalul Ariffin.



Aiman & Nazrudin


Sean Ghazi


Lama tak dengar pasal penyanyi jazz Sean Ghazi ni kan. Tapi, malam tu beliau sangat mantap dan profesional di atas pentas menghiburkan para tetamu dan anak-anak yatim dengan dendangan lagu yang merdu. Tak percaya? Nah tengok video yang sempat aku rakamkan ni :)


A video posted by Hanim Hashim (@wanimira) on

Dalam meneruskan muhibbah perayaan dengan mengekalkan tradisi memberi dengan ikhlas, Guardian Malaysia turut menyerahkan setiap rumah kebajikan dengan baucar dari Guardian bernilai RM10,000 di mana membolehkan mereka menebus barang-barang keperluan seperti alat penjagaan diri, produk kelengkapan diri dan kebersihan, barangan farmaseutikal serta perubatan untuk kanak-kanak ini.




Dan makanan pun sedap-sedap malam tu! Jangan percaya kami hanya makan yang atas ni je ye haha. Hampir semua hidangan kami cuba seperti leman, kambing panggang, rojak buah, nasi putih bersama lauk dan banyak lagi! 

Tapi yang paling aku teringat-ingat sampai ke hari ni ialah hidangan pasta! Terbaikkkkkkkk ....!



Punah dietku malam tu ...haha!



Mira dah dapat akal baru ... kalau bergambar mesti dibuat muka yang pelik-pelik! hehehe



Adik comel nak berkawan ngan kakak hehe




Antara wajah-wajah pemenang cabutan bertuah pada malam tu




Terima kasih Guardian Malaysia kerana menjemput kami sekeluarga ke sambutan eksklusif Aidilfitri bersama anak-anak yatim kali ini. Walaupun tak menang hadiah cabutan bertuah seperti Pandora, Mini iPad atau Ice Watch tapi kami pulang dengan hati yang ceria je haha.

Apapun kemeriahan Syawal ini pastinya dapat dirasai oleh anak-anak yatim yang diraikan pada malam tersebut kan :)

Untuk maklumat lanjut tentang Guardian, boleh layari www.guardian.com.my


Thursday, July 30, 2015

Katakan 'YA' Pada Pengalaman Bersama Friso Gold™!

Thursday, July 30, 2015 5 Comments

Assalamualaikum!




Bilakah kali terakhir kita mengatakan 'TIDAK' pada si manja? Tahukah kita bahawa bila kita mengatakan 'TIDAK' pada anak-anak, ia akan menutup peluang mereka untuk meneroka dan mempelajari lebih banyak dari persekitaran serta mempengaruhi tahap keyakinan terhadap kebolehan mereka sendiri?

Di majlis pelancaran Kata 'YA' Pada Pengalaman bersama Friso Gold™ baru-baru ini, aku berpeluang mempelajari ilmu tentang kuasa mengatakan 'YA' pada pengalaman si manja dari pakar perunding Pediatrik serta tetamu istimewa yang terdiri dari dua orang personaliti yang juga merupakan ibu yang berkongsi tentang pengalaman mereka bersama anak-anak dalam meneroka dunia dan mengeratkan hubungan melalui aktiviti 'YES Experiment', dimana mereka harus bersetuju dengan permintaan yang mnusabah daripada anak-anak mereka selama lima minggu berturut-turut.





Majlis pelancaran media bagi kempen Katakan YA pada pengalaman Friso Gold™ yang telah berlangsung di Le Meridien Hotel Kuala Lumpur turut mengadakan aktiviti ringan yang mudah dan menghiburkan untuk kanak-kanak dan juga ibubapa.

Mereka berpeluang menghasilkan topeng muka comel dan kreatif dengan menggunakan pelekat hiasan yang disediakan oleh pihak penganjur. Aku pun turut tidak melepaskan peluang untuk mengkreatifkan diri menghias topeng muka sendiri hehe




Majlis diserikan lagi dengan celoteh Serena C yang bertindak sebagai pengacara menceriakan lagi suasana pada hari itu. Antara personaliti yang hadir berkongsi pengalaman bersama anak-anak mereka ialah Liz Yahaya yang juga seorang mommy blogger dan bekas hos rancangan TV yang juga seorang penerbit filem, Low Ngai Yuen.





Kedua-dua mereka menceritakan pengalaman menarik dan menyentuh perasaan selama menyertai program 'YES Experiment' bersama anak masing-masing dan betapa mereka melihat perubahan positif yang besar dalam diri anak-anak setelah mengatakan 'YA'! 

Memang kita sebagai ibu tidak lari dari sifat terlalu melindungi anak atau overprotected. Namun, kita harus memberikan mereka ruang dan peluang untuk meneroka sendiri dunia di sekeliling dan merasai nikmat melakukan perubahan yang baru untuk meningkatkan keyakinan diri serta yakin mereka boleh melakukannya!




Menurut Pakar Perunding Pediatrik, Dr. Khoo Phaik Choo yang juga mempunyai dua orang anak, beliau menasihatkan ibubapa yang bimbang jika anak-anak jatu sakit sewaktu menikmati pengalaman di luar agar mengukuhkan daya ketahanan anak-anak mereka kerana 80% daripada imuniti terletak pada sistem pencernaan. Menguatkan sistem penghadaman adalah perlindungan yang terbaik daripada jangkitan. Kanak-kanak yang sihat akan membesar dan dapat belajar dengan lebih baik.

Dan untuk itu, Friso Gold™ dirumuskan untuk membantu kanak-kanak mengukuhkan daya ketahanan tubuh mereka. Ini akan menjadikan anak-anak kita lebih kuat dari dalam kerana kebaikan semulajadi susu segar dari ladang dapat dikekalkan dalam setiap gelas Friso Gold™


Info Ringkas Mengenai Friso Gold™

  • Friso Gold™ diimport 100% dari Holland, dihasilkan dari ladang-ladang di mana penternak mempunyai warisan dan kepakaran tenusu lebih 140 tahun.
  • Melalui proses penghasilan Friso Gold™ yang unik (Single Manufacturing Process), susu segar dari ladang di Holland dihantar terus ke kilang untuk diproses menjadi susu tepung melalui pendedahan kepada haba yang minimal semasa pemprosesan
  • Ini mampu mengekalkan nutrien semulajadi susu, supaya ia lebih mudah dihadam oleh kanak-kanak
  • Friso Gold™ dengan Frisohield™ mengandungi nutrien-nutrien penting seperti Vitamin B6 & C, Selenium, GOS, Zink dan DHA yang penting untuk ketahanan badan semulajadi kanak-kanak supaya mereka dapat terus membesar dan berkembang dari dalam.




Untuk membantu para ibu di Malaysia berkata 'YA' dan mengukuhkan ikatan dengan anak-anak mereka melalui pengalaman di luar rumah, Friso Gold™ memperkenalkan satu aktiviti yang menarik di laman web untuk membolehkan ibu memulkana langkah mereka. Setiap dua minggu, satu idea pengalaman bermain di luar akan dikongsi melalui laman web ini.

Para ibu cuma perlu :
  • Melayari laman web www.frisogold.com.my/yestoexperiences
  • Mengikut idea yang dicadangkan dan ciptai pengalaman mereka sendiri bersama dengan anak mereka
  • Menghantarkan gambar-gambar pengalaman mereka untuk mengumpul mata ganjaran dan menebus serta-merta bagi mendapatkan hadiah-hadiah ekslusif

Selain itu pameran idea ibubapa yang telah memenangi kontes program D.I.Y 'Say YES To Experiences' turut dipamerkan di ruang luar dewan. Kalau korang nak tahu, tiga pemenang dengan idea kreatif yang berjaya dihasilkan telah terpilih sebagai yang terbaik sekaligus membawa pulang hadiah lumayan dari Friso Gold™ berupa wang tunai dan hadiah hebat yang lain!



Mommy blogger Azlinda antara tiga orang pemenang yang berjaya dengan idea kreatifnya menghasilkan aktiviti permainan ringkas untuk si kecil. 

Tahniah Linda! ^^



Idea kreatif lain yang turut memenangi program Say 'YES' To Experiences' bersama Friso Gold




So, ibu-ibu di luar sana jangan takut untuk mengatakan 'YA' kepada pengalaman anak korang di luar rumah. Jadikan setiap aktiviti korang bersama anak-anak sebagai motivasi untuk memupuk sikap positif dalam diri mereka. Percayalah ... korang akan teruja dengan perubahan besar yang mereka ciptakan melalui aktiviti dan pengalaman. Dan, pastinya ikatan antara anak dan ibu akan lebih terjalin erat sehingga mereka dewasa.


Tuesday, July 28, 2015

Kita Pindah ...Nak?

Tuesday, July 28, 2015 5 Comments

Assalamualaikum!


Sekali sekala bila balik kampung, aku akan bangun pagi-pagi buka tingkap dan ... sejukkkkk hawa dingin alam semulajadi menerpa wajah! Allahuakbar ... nikmat sungguh angin sejuk waktu begini! Bila fikir-fikir balik, rasa macam nak duduk terus di kampung! Keindahan dan kesegaran udaranya menyebabkan aku boleh lupa ingatan tentang kerja dan kehidupan di kota!

Dan, jujurnya aku sangat rindukan semua tu! Kehidupan di kota besar tidak setenang di kampung halaman. Dan, bila melihat wajah anak-anak yang ceria sambil menghidup udara pagi yang segar di Taman Tasik tempoh hari, aku sedar bahawa mereka juga berhak untuk dapat yang lebih baik!


Monday, July 27, 2015

"Ibu ayah, jom laaaaaa....!"

Monday, July 27, 2015 2 Comments

Assalamualaikum!


Bulan puasa : "Jom la bu ...jom la ayahhhhh ..."

Tiga hari sebelum balik kampung : "buuuu .... nanti boleh tak kita gi jogging?"

Raya Kedua : "Ayahhhhhhhhh ..... nanti boleh tak kita gi tasik?"

Raya Keenam : "Sabtu ahad ni ibu ayah ada gi mana-mana tak ...?"

Puas jugak kakak nak mujuk kami berdua untuk setuju ..! Bukan tak nak, tapi tak kena ngan masanya! Tapi, kerana kesabaran kakak yang tak putus asa memujuk ayah dan ibu, akhirnya berjaya jugak kami jejakkan kaki di Taman Tasik Titiwangsa pagi semalam hehe ....


Saturday, July 25, 2015

Berbohong Untuk Displinkan Anak

Saturday, July 25, 2015 3 Comments

Assalamualaikum!


gambar hiasan

Akan datang suatu masa nanti, ibubapa macam kita ni bakal berhadapan dengan situasi yang boleh menyebabkan kita jadi serba salah! Bagi ibubapa yang ada anak-anak yang masih belum pandai bercakap, mungkin inilah masanya korang kena persiapkan diri supaya nanti bila anak tanya soalan pelik-pelik, korang tak pening kepala nak jawab! huhu.

Friday, July 24, 2015

Keputusan Kemasukan Pelajar Tahun 1 2016

Friday, July 24, 2015 4 Comments

Assalamualaikum!




Keputusan penempatan sekolah Mira untuk tahun depan dah pun keluar sejak seminggu yang lepas. Issh ... berdebar-debar pulak rasa hehe. Harapan aku kali ni memang nak dia bersekolah di sekolah yang sama ngan kakaknya. Senang nak gi hantar pagi-pagi nanti. Transport dan transit dah elok tersedia tak perlu pening nak cari yang lain dah....

Mee Udang Port Weld!

Friday, July 24, 2015 7 Comments

Assalamualaikum!




Kalau ang pa orang jati Port Weld, ang pa mesti tau kedai ni kat mana! Ni pun baru pertama kali kami jejak kaki mai sini hehe. 

Dah berapa lama aku pendamkan hasrat nak makan mee udang ni. Asyik bertangguh je ... kali ni aku nekad nak pi jugak! Memula nak pi makan kat kedai yang selalu masuk tv tu. Kat Port Weld jugak tu ...tapi bila Pak Jelan dok gebang Mee Udang Pak Leh ni sedap ..sedap ... sedap sangatkah??! huhu

Jom pi try sat! Kalau sedap aku belanja, kalau tak sedap pak Jelan belanja haha :p

Kerana Kedegilan Abah!

Friday, July 24, 2015 5 Comments

Assalamualaikum!


Yang sorang suh tebang pokok tu! Yang sorang lagi kata jangannnnn, kang langsung tak kuar buah menyesal tak sudah! Pergi balik pergi balik ituuu je la yang digaduhkan setiap kali.  Kalau bab-bab berkebun ni, dua laki bini memang payah nak capai kata sepakat hehe.

Pokok mangga belakang umah kat kampung ni memang dah lama membusuk. Daun banyak tumbuh, buah pun banyak keluar tapi semuanya busuk dimakan serangga perosak! Pendek kata, memang tak dapat diselamatkan la ..! Jalan penyelesaiannya ... abah kata kasi potong habis itu pokok mangga! Biar tinggal tunggul kayunya je.



2 minggu selepas dicantas tinggal tunggul
 (Februari 2015)

Thursday, July 23, 2015

Corat Coret Aidilftri 2015

Thursday, July 23, 2015 6 Comments

Assalamualaikum!


Mood beraya masih terasa dan mood bekerja masih 'terbenam' di dasar Laut China Selatan walaupun hari ni dah masuk hari ke 7 Syawal! Tapi, hidup mesti diteruskan dan kaki perlu berpijak di bumi yang nyata kerana cuti raya memang sudah habissss! hehehe...

Tahun ni kami beraya di Perak. Kena bagi peluangla pada si suami melepaskan rindu pada keluarganya di sana, walaupun dalam hati ini meronta-ronta nak balik Melaka ...muahahaha! Anggap je la rezeki lebih bulan Ramadhan dan Syawal ni, maka dapatlah berbelanja sikit untuk keluarga hehe. 

Pening plak taip banyak-banyak ni ... jom la kita layan gambo raya sat! ^^


Wednesday, July 22, 2015

Petai oh Petai!

Wednesday, July 22, 2015 6 Comments

Assalamualaikum!


Rezeki lalu jalan lama Bidor-Sungkai, boleh pulak terjumpa orang jual petai kat tepi jalan tu hehe. Pak Jelan pernah cerita kat Ipoh ada Jalan Petai, kiri kanan jalan diaorang jual petai! haha.  Yang tu ..aku tak pernah sampai lagi. Tapi yang semalam ni, memang menggoda sungguh! Jalan semalam, memula jumpa orang jual tempoyak ngan durian. Teringat pulak mak suka makan tempoyak, tapi tak reti pilih ... kang salah pilih tak sedap! 


Tuesday, July 21, 2015

Kemalangan Berlaku Salah Siapa?

Tuesday, July 21, 2015 5 Comments

Assalamualaikum!


Dalam perjalanan ke Port Weld semalam, kami bertembung dengan satu kemalangan di simpang lampu isyarat Kamunting. Dari jauh tengok orang dah ramai kerumun dan kelihatan seseorang sedang memangku, barangkali mangsa yang terlibat kot. Kami hanya mampu berdoa mereka tak mengalami sebarang kecederaan serius!


Saturday, July 18, 2015

Eksiden Malam Raya Pertama

Saturday, July 18, 2015 2 Comments

Assalamualaikum!

Kemalangan...kat mana-mana pun boleh berlaku. Sedangkan sebesar besar 'burung' pun boleh ditembak jatuh, inikan pulak.....

Kejadian berlaku malam tadi time nak maghrib. 'Pusingan U' yang dibuatnya tak berapa sempurna menyebabkan dia 'dilibas' kipas siling yang sedang berputar pada kelajuan 5!

"Puk!"

'Pesawat' satu muatan itu 'terhempas' di atas kabinet TV ibu mertuaku. Tidak bergerak walaupun sedikit tidak mampu menebarkan sayapnya lagi...

Menjerit histeria satu rumah! Memang ini bukan pemandangan yang indah untuk dilihat apatah lagi di malam raya pertama...!

Mengikut laporan oleh Mira, sayap burung serindit ni patah sikit sehingga menampakkan tulangnya. Ngeri???? Ya....bagi Mira la huhu

Amik 'dia', letak minyak gamat dan balut ngan tisu. Pastu letak dalam raga. Pagi ni tengok 'dia' dah boleh 'duduk' ...alhamdulillah

Pengajarannya....nak datang beraya lenkali masuk ikut pintu bukan ikut lubang dinding nooooooo....!




Friday, July 17, 2015

Salam Aidilfitri Untuk Semua ...

Friday, July 17, 2015 1 Comments

Assalamualaikum!


Alhamdulillah .... alhamdulillah syukur nikmat kepada Allah yang memberi rahmat. Pejam celik pejam celik dah sampai pun kita di tarikh 1 Syawal 1436H. Masa berlalu begitu cepat! Pun begitu, moga semua amalan dan ibadah kita di bulan mulia, Ramadhan diterima Allah hendaknya ....

Tahun ni kami beraya di Perak. Nak cerita perjalanan kami dari KL-Perak tak boleh ...pasai aku ngan anak-anak tidoq sepanjang jalan tak sedaq apa dah hehe. Sebenaqnya, aku diserang selsema dashyat 4 hari sebelum nak balik kampung! Makan ubat elok sat ... pastu datang balik. Rasa macam nak amik MC, tapi megenangkan bapak punya ramai orang kat klinik tu nanti ...aku tak sanggup! Makan je la Panadol dan ubat selsema. Waktu rehat kui 1 aku cari 'port' sat membuta sebelum bangkit solat Lohoq (Zohor)

Cerita pasai keaadaan trafik malam tu, aku pun tak tahu nak cerita lagu mana. Tapi yang aku perasan, Pak Jelan terpaksa masuk simpang Bidor untuk buang air kecik! Dia kata kete nak masuk RnR pun berduyun! Tu je la, pastu aku sambung 'pengsan' balik ..... tau tau ja dah sampai depan umah mak! hahahaha

Dua hari sebelum nak raya, banyak projek yang kami buat ngan mak. Pi market cari barang, pi pasaq kemboja ngan adik kakak ipaq, pi ekspo sampai la operasi masak memasak lauk raya! Fuh ... dah lama tak rasa meriah lagu ni kan ..!




Di kesempatan ini, aku ingin memohon maaf andai ada silap dan salah di mana-mana dari pihak aku. Nak berpantun takda mood dah ... mood nak raya je ni ngeeheeee. Maaf kalau ada yang tersinggung dengan lawak kasar aku atau tersentap dengan bahasa dan lenggok percakapan aku. Ye la ...kadang-kadang mana nak pi tau ... orang nak kecik hati pun macam-macam cara!

Moga Aidilftri tahun ini mengukuhkan perpaduan dan ukhwah sesama kita. Mengeratkan sillaturrahim antara anak dan ibu ayah...antara kita sesama rakyat marhaen. Keaiban yang berlaku kebelakangan ini harap dapat dibuang jauh-jauh dari pandangan kita, jangan sampai ia terus menjadi 'kudis' dalam masyarakat di negara ini. 

Apapun, yang paling penting sat gi ang pa pi beraya umah mak menakan pak menakan jangan lupa salam tangan dengan yang ajnabi ja! Hat bukan ajnabi jangan gatai pi salam jugak ... tak pasti tanyala mak pak dulu hehe.


SALAM AIDILFITRI UNTUK SEMUA DARI KAMI SEKELUARGA. ALHAMDULILLAH ....




Wednesday, July 15, 2015

Bazar Ramadhan Bagan Serai

Wednesday, July 15, 2015 5 Comments

Assalamualaikum!


Kunjungan pertama kami di Bazar Ramadhan Bagan Serai petang tadi. Ingatkan depa masih berniaga di stesen bas Bagan Serai nu ... tak tau la pulak depa dah pindah kat market Bagan Serai nuuuu hehehe. 

Pak Jelan dengan selamba badak penuh konfiden nak masuk parking awam kat tepi stesen bas ...mujuq mak jerkah, "eh ang nak masuk keta kut mana ni Lan ....?". "Sini la mak ...bazar kat depan tu ja kan..?". "Eh, depa pindah dah buat kat market sana tuuuuu .....lama dah aihh depa pindah sana. Aku ingat ang tau, tu aku pelik pasaipa ang nak masuk kete kut sini" hahahaha .... kan dah terkono! Nampak sangat dah lama tak balik kan bangggggg hehe.


Mira & 'Cici'

Wednesday, July 15, 2015 1 Comments

Assalamualaikum!


Masa ni Mira umur 6 tahun. Hari tu kita sekeluarga duk kat opis ayah kejap sementara nak pergi ke bazar Ramadhan. Ingat lagi tak .... hari tu kita dah plan nak berbuka puasa kat rumah mak tam? Lepas ibu habis gentel simpul kasih, dan ayah baru balik dari bengkel kita pun masuk ke dalam kereta sedia untuk ke bazar.

Kakak duduk di tempat duduk depan, Mira duduk ngan ibu di belakang. Sekali Mira terpandang kat satu haiwan ni macam kupu-kupu kecil ...

Mira : buuuuu .... rama-rama!

Ibu : Ohhh .... ye lah. Biarlah jangan kacau dia ....

Biasanya, Mira 'geli' nak pegang haiwan bersayap ni ... tapi petang tu muka Mira bersinar-sinar bila tengok haiwan kecil comel berbelang hitam kuning macam lebah madu huhu ....

Lalu Mira amik dan letak di tangan ...


Tuesday, July 14, 2015

Gelagat Budak Kecik

Tuesday, July 14, 2015 1 Comments

Assalamualaikum!




Sabtu lepas kami 'berkampung' di Subang. Tempahan simpul kasih perlu disiapkan segera sebab hari Isnin dah kena hantar pada pelanggan! Sementara nak menunggu waktu berbuka puasa, aku dok pulun la simpul kasih tu sengsorang sambil perhatikan dua beradik ni.

Si kakak memang dah lama nampak papan karom tu ... tapi teragak-agak nak tanya kat aku, sebab dah tentu jawapannya ...TIDAK! Tapi bila ayahnya izinkan, kemain laju dia ngan adiknya keluarkan huhu. Malas nak bebel banyak ... aku biarkan aje la. 

Monday, July 13, 2015

Buka Puasa Hari Ke 25

Monday, July 13, 2015 4 Comments

Assalamualaikum!




Cuti hujung minggu bermaksud masa untuk masuk ke dapur! hehe. Naik kembang tekak asyik membeli di bazar. Moh le kita masak pulak ye cik abengggg ...!

Durian ... dah lamaaaaaaa sangat aku mengidam nak makan durian! Sekali masa gi berbuka puasa kat rumah kak ipar, dia bagi aku beberapa ulas durian Batu Kurau ni. Mana mari? ... Batu Kurau mari! Tengokkan pada rupanya ...mak aihh pucat lesi! Tapi bila masuk dalam mulut ....fuh fuh fuh! sedap la baq hangg! haha. Puas laki bini makan tengah malam tadi hehe.

Guardian Meraikan 100 Anak Yatim Di Sesi Beli Belah & Buka Puasa!

Monday, July 13, 2015 4 Comments

Assalamulaikum!




Bulan Ramadhan bulan yang penuh rahmat dan kasih sayang. Jika Allah mengurniakan kasih sayangNya melalui turunnya bulan Ramadhan, kita sebagai manusia pula harus menyebarkan kasih sayang dan kegembiraan bersama mereka yang kurang bernasib baik.

Untuk tujuan itu, peruncit kesihatan dan kecantikan Guardian Malaysia menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat dengan temanya tahun ini, Beramal Bersama Guardian,  tidak melepaskan peluang untuk melayan 100 orang kanak-kanak dari tiga buah rumah kebajikan sekitar Lembah Klang untuk persiapan Hari Raya yang bakal menjelang. 




Seratus kanak-kanak yang berumur dari 7 hingga 19 tahun adalah dari Yayasan Chow Kit Kuala Lumpur, Rumah Amal Limpahan Kasih Puchong dan Rumah Safiyyah Shah Alam telah diberikan kesempatan untuk membeli belah dan berbuka puasa bersama Guardian dan pihak media bertempat di Giant Hypermarket, Bandar Kinrara.

Melalui Penolong Pengurus Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Farahani Failul Rahman berkata, "Selain menyajikan kanak-kanak ini dengan keseronokan dan kegembiraan sesi membeli belah dan sesi buka puasa, kami berusaha untuk mendidik kanak-kanak dan para remaja ini memikirkan mengenai penjagaan kesihatan dari usia yangm uda. Mendidik mereka mengenai fakt-fakta nutrisi dan pentingnya penjagaan kesihatan akan menyiapkan mereka ke alam dewasa."




Penjagaan kesihatan terutama di dalam bulan Ramadhan sangatlah penting, dan untuk itu anak-anak dan remaja ini telah diberikan penerangan lengkap oleh Penasihat Kesihatan Guardian, Aishah Yunos. Beliau berkongsi info melalui perbincangan interaktif mengenai kesihatan dan nutrisi. 

Antaranya, kanak-kanak secara semulajadinya sangat menggemari makanan ringan kerana ianya mempunyai pelbagai perasa dan enak dimakan. Namun, pemakanan sebegini perlu dikurangkan sebaliknya pengambilan makanan yang seimbang dari segi nutrisi perlu dititiberatkan agar tubuh badan kekal sihat dan cergas sepanjang Ramadhan.




Tekun adik-adik kita mendengar penerangan tentang pemakanan sihat 


Alhamdulillah, adik-adik kita dapat banyak ilmu hari tu. Siap ada kuiz pendek lagi untuk mereka dan yang berjaya menjawab dapat hadiah hehe. Apapun, yang penting info yang dikongsikan oleh kak Aishah kita harap dapat dipraktikkan oleh adik-adik kita dalam bulan Ramadhan ini dan juga selepas Hari Raya.

Memang makanan ringan sedap rasanya dan menarik dipandang, tapi ia juga boleh mengundang bahaya terhadap kesihatan kita jika tidak dipantau. Kurangkan makanan berlemak dan ringan mulai hari ni dan amalkan makanan yang sihat dan bernutrisi ye adik-adik :)

Seterusnya, inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh adik-adik kita! Shoppinggggggggggggggggggggggg ...hehehe. Siapa yang tak seronok nak membeli belah ye dak. Tambah pula, mereka berpeluang membeli belah di dalam Giant Hypermarket hari tu, macam-macam ada untuk keperluan raya mereka!



alololo comeinya adik-adik kita ni, beratur dulu ye sayang ....kasut pun segagan je hehe :D






GAMBAR SHOPPING



Dah selesai membeli belah, tibalah masa untuk berbuka puasa. Suasana meriah dan kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak ini tatkala masing-masing memiliki barang keperluan untuk raya nanti. Alhamdulillah syukur ...



Muka kakak macam nak 'makan' je abang baju hitam tu hahaha. 
Gamaknya abang tu potong barisan, kawan tu dah la lapar kan hahaha. 
Sabar ye nak ... :D







Sebelum pulang, kenangan bergambar bersama adik-adik comel ni. Walaupun aku takda dalam gambar ni, tapi anggap je la aku ada ye hahaha. Sebak pulak melihatkan wajah-wajah suci anak-anak kecil ini ... betapa beruntungnya kakak dan adik yang masih punya ibu dan ayah, dapat beraya bersama orang tersayang sedangkan mereka .....

Moga kalian jadi anak-anak yang solehah sentiasa mendoakan ibubapa ye.

Terima kasih Guardian Malaysia kerana menjemput aku dan keluarga merasai pengalaman berbuka puasa bersama anak-anak terpilih ini. Moga usaha murni ini diteruskan setiap tahun.

Untuk maklumat lanjut, layari www.guardian.com.my


Camat Aghi Ghayer! ^^