Anak perempuan saya nak jadi imam, boleh dop ustaz?

Thursday, January 14, 2016


Assalamualaikum!


Dalam banyak-banyak permintaan dia tahun lepas, yang satu ni yang aku masih tak dapat nak bagi even dah masuk tahun baru. Memang berhajat sungguh dia ... orang kata hajat bukan sebarang hajat tau! 

So, satu hari dia tanya, "buuu... boleh tak kakak nak jadi imam untuk ayah, ibu dan adik?"

Opkos di waktu usia begini aku tak menjangkakan soalan begitu dari seorang anak perempuan yang baru berusia 8 tahun (tahun lepas), sebab tak terfikir pula dia berminat nak jadi imam hehe! Tapi dah kakak tanya, kena la ibu jawab kan kan kan :D

Lagipun, masa tu aku cuma terangkan fadilat dan kelebihan solat berjemaah dapat 27 kali ganda pahala berbanding solat sendirian. Tak cerita pulak yang dia tak boleh jadi imam untuk ayah dia ... huhu



Ni gambar kakak masa baru-baru belajar solat dulu. Comei sangat kakak .... pakai terlekung terbalik (penutup dagu dok atas kepala) pun masih tampak comel dan inesen hehehe ...


So, bila aku terangkan yang orang pempuan tak boleh jadi imam untuk orang lelaki yang dah baligh dia faham la. Tapi, lepas tu dia tanya balik, "buuu ... boleh tak kakak jadi imam untuk ibu dan adik solat?"

Ahaaa ... guaner tu? 

Kita semua maklum kan, nak jadi imam solat ni bacaan wajib dalam solat kena fasih dan betul bacaannya. Al-fatihah kalau bacaan dan tajwid tak betul solat tak sah! Baca kalau tak tahu maknanya pun tak boleh jugak!

So, dipendekkan cerita semalam Ustaz Azhar Idrus ada share satu posting kat timeline beliau mengenai surah Al-Fatihah ...

Rukun membaca fatehah

Membaca al-Fatihah adalah wajib pada setiap rakaat solat. Sabda Nabi saw yg artinya 

“Tiada solat bagi seorang yang tidak membaca ummul-Quran (yakni surah al-Fatihah)” 

(Riwayat dari ‘Ubadah bin as-Shamit r.a.)


Syarat-syarat membaca Fatehah

1. Membacanya dengan memperdengarkan kepada diri sendiri. Tidak sah membaca di dalam hati atau hanya keluarkan bunyi desir angin.

2. Wajib menjaga makhraj dan tajwidnya. Dan wajib mengikut susunan dan berturut-turut iaitu tanpa diselangi antara ayat-ayatnya dengan berhenti yang lama atau perkataan yg lain.

Surah fatehah ada 7 ayat dan Bismillah adalah sebahagian dari Fatihah dan wajib dibaca tatkala membaca al-Fatihah. Dalilnya ialah apa yang tertera di dalam mushaf al-Quran di mana Bismillah ditulis sebagai ayat pertama dari al-Fatihah dan apa yang ditulis di dalam al-Quran merupakan ijmak para Huffaz.

Membaca Isti’azah (a'uzubillah) disunatkan sebelum membaca al-Quran sama ada di dalam solat atau di luar solat. 
Firman Allah (bermaksud); 

“Apabila kamu hendak membaca al-Quran, maka hendaklah (terlebih dahulu) kamu memohon perlindungan dengan Allah dari hasutan syaitan yang direjam” 
(al-Nahl: 98).

Menurut Imam Syafi’ie; Isti’azah sunat diulangi pada setiap rakaat dan yang paling utama ialah pada rakaat pertama.
Lafaz Isti’azah ialah :
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
“Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam”.


Membaca aamin selepas membaca al-Fatihah adalah sunat. Ini berdasarkan sabda Nabi saw yg artinya :

“Apabila imam selesai membaca “غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ”, maka hendaklah kamu membaca; “آمِينَ” (aamin)”. 


Sabda Nabi lagi;Apabila qari (yakni imam) telah membaca “غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ”, lalu orang di belakangnya (yakni makmum) membaca; “آمِينَ” dan bertepatan bacaan aminnya dengan bacaan amin penduduk langit (yakni para malaikat), nescaya akan diampunkan dosanya yang telah lalu” (Riwayat Imam Muslim).


Mengucapkan aamin itu disunatkan kepada orang yang bersolat sendirian, menjadi imam atau menjadi makmum. -Dipetik dari FB UAI

Alhamdulillah untuk ilmu baru ni. Syukran ya Ustaz. Nampak tak syarat baca Al- Fatihah tu? Masih ada lagi yang membaca Al-Fatihah dalam hati ketika solat, tidak kedengaran suara malah mulut tertutup rapat! Harap lepas ni kita boleh perbetulkan apa yang tak betul dan perbaiki solat kita insyaAllah...

So, dikesempatan itu aku juga turut mengajukan soalan di bahagian komen di bawah posting tu. Kebetulan kes aku ni pun ada kaitan jugak kan hehe. Jom minta pencerahan daripada UAI ...




Haaa .. betul la ibu cakap kan. Bacaan Al- Fatihah kena betul baru boleh jadi imam. 

Tengkiu ustaz! :) 

You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM