Breaking

Monday, January 11, 2016

Cuaca Panas Dijangka Sehingga Mac 2016


Assalamualaikum!


Beberapa minggu ni dah mula terasa kepanasannya. Hatta malam pun boleh rasa bahangnya walaupun kipas ditala depan muka. Dan boleh dikatakan hujan pun tak berapa nak memunculkan diri, kalau ada pun beberapa titik aje lepas tu hilang ditiup angin ....

Tapi cuaca sebegini adalah satu rahmat buat wanita berkerjaya macam aku, sebab, time hujung minggu macam ni la aku boleh hadap kain berbakul-bakul untuk dicuci dan dijemur tanpa perlu pandang ke langit. Bahagia bila tengok semua kain kering hehehe ....



Imej radar Semenanjung Malaysia


Melalui kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Menteri MOSTI minggu lepas, fenomena El Nino nampaknya bakal 'menjengah' kita bermula hujung bulan ini sehingga ke bulan Mac nanti. Tapi, sekarang pun kita dah boleh rasa sikit-sikit kepanasannya kan.


sumber : www.met.gov.my


Hurmm ... kenyataan rasmi telah diberi, maka kita kena bersiap-sedia la ye. Pastikan kita minum air masak secukupnya dan kurangkan aktiviti di luar. Cuti Sabtu & Ahad baru-baru ni pun aku tak bagi kakak dan adik bermain di bawah, sebab pukul 5.00pm pun still terik lagi pancaran cahaya mataharinya huhu ... so main dalam umah je la. 

1 comment:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.