Anak oh Anak!

Monday, February 22, 2016


Assalamualaikum!


Penat dari minggu lepas sampai semalam tak hilang lagi, Tapi penat macam mana pun, menegur anak itu perlu. Ibu bukan jenis yang suka membebel setiap hari ye. Tambah ibu ni jenis pendiam tak banyak cakap .. ehh ye ke hahaha. Tapi ye .. ibu memang tak banyak cakap berbanding dengan ayah awak. Sebab tu ibu tak suka membebel pasal hal remeh macam ni. 

Tapi benda remeh kalau diulang banyak kali boleh mengundang masalah dan menduga kesabaran tau dak. Walaupun banyak kali dah diingatkan, tetap juga benda yang sama berlaku ...! 

Pagi ni awak tertinggal baju sekolah pengawas. Actually, awak tertinggal kain pengawas ... baju ada kain takda! Rupanya awak salah ambil baju ... grrrr! Awak ambil dari almari terus bagi kat ayah, masuk dalam kereta baru perasan kain takda! Langsung tak periksa baju tu takda kain ke ape ke .... Dah nak naik balik ke atas tak sempat dah ....kereta dah la parking jauh, nak berjalan balik masuk ke dalam blok naik tangga memang amik masa. Kalau naik jugak, alamatnya awak lambat la masuk sekolah ..!



Ni bukan kali pertama awak tertinggal barang/baju cik kak. Malam semalam kalut ibu mencari inner hitam untuk baju PJ awak. Selama ni boleh je bawa balik, tapi kali ni tertinggal jugak kat transit! Tu belum lagi stokin entah sapa-sapa punya awak bawa balik. Terpaksa ibu basuh dan pulangkan semula stokin tu kat transit. Tu sebab ibu cakap, mujur kepala tu melekat di leher, kalau boleh dicabut-cabut agaknya kepala pun boleh tertinggal gamaknya! Hurmm .... 

Benda senang je sebenarnya, dah disediakan dan diletak depan mata tinggal nak amik je lagi. Tapi, sebab mata tu tak bukak besar-besar so tangan main sauk je apa yang ada depan mata. Haihh ... 

So dipendekkan cerita, hari ni awak tak dapat la pakai baju pengawas untuk perhimpunan lepas rehat nanti. Pakai la baju PJ tu sampai habis sekolah. Cikgu tanya kenapa dan mengapa, pandai-pandaila awak jawab sendiri. Dah darjah 3 pun kak ... ibu tak bolehlah nak back-up awak sepanjang masa kalau barang asyik tertinggal. Responsibility is the key to success bak kata omputih hehe. Hope benda ni jadi pengajaran buat awak ye kakak ... dont simply take things for granted. Ibu kalau membebel memang habis keluar pepatah Inggeris semua hahaha .... habis dah pepatah Melayu awak tak 'makan saman' kan :p

Berdebar hati ibu mengenangkan nasib awak di sekolah, macam mana la tu pengawas tak pakai baju pengawas time perhimpunan nanti. Harap cikgu dapat terima alasan kakak tu hurmmm....


You Might Also Like

7 pengomen comel

  1. Marah sungguh haaa mama hanim, terasa jugak macam julia pun kena dengar ceramah sekali ni haaa...lepas ni cam ne pulak giliran julia nanti...dah la ju ni jenis tentera style...jenis kalau sekali bagi arahan buat jugak...huhh nantilah hukuman tu balik rumah...moga kakak cepat belajar lagi urus diri baik2 ye lepas ni...ibu risau sebab ibu sayang anak2 dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa bersalah pulak juju terasa ni haha .... tapi tu la, serba salah dibuatnya. Dah mak kan ... kena bebel la walau benda kecik, tapi yang kecik ni la boleh bikin stres hehehe :D

      Delete
  2. Hehee..kan..mak2 ni kalau bebel..x pandang dah kiri kanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia pandang tepat ke muka si anak je hahaha

      Delete
  3. fuh ! penat baca entry ibu ni.. rasa macam dah jadi anak ibu sambil tahan telinga kena bebel hahahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha bertabahlah ye ... bukan selalu bebel dalam blog macam ni hehehe :D

      Delete
  4. ha ha ha....
    sabo ajer la.
    aida ni pun sama, kalu membebel kat umah memang berjela-jela.
    tahan telinga ajer la anak2 dara berdua tu.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM