Monday, February 29, 2016

# Brownies # Cerita Bloggers

Brownies Kedut Rara Bikin Masalah!


Assalamualaikum!



Ye... aku ada masalah dengan Brownies si Rara ni! First time beli dah bermasalah, kali kedua beli pun bermasalah! Apa masalahnye? Haihh .... nak kabor rasa berat je hati ni, takut kawan tu kecik hati plak. Tak kabor ... rasa tak puas plak hati ni. Yang terpendam mesti diluahkan! Sorry Rara ... customer is always right! hahaha ....

Si Rara ni suka tayang Brownies kedut kedut dia kat FB. Dulu aku ada order pavlova dengan dia gak...anak-anak suka! Sekarang dia jual Brownies pulak. Dari aku jadi tak berkenan terus jadi berkenan! Selera membuak-buak bila tengok kekedutan Brownies Rara ni ... sedap sangat ke nokssss? ahakkzzz ...



Ni first Brownies aku beli ngan Rara. Masa ni plain je dia jual. Hari-hari dia dok share kat FB, sampai satu hari aku WhatsApp dia dan order. Aku gi amik ni ngan Pak Jelan sekali masa tu ... gigih dia mari dari Subang semata-mata nak gi sama-sama ngan aku amik Brownies ni huhu ...




Masuk je dalam kereta orang sebelah dah sambar sebiji yang pertama! Bendanya comel je, memang sekali dua kali ngap habis la. Pastu amik lagi ... dan lagi ... dan lagi!




Tak menyempat ... sambil memandu pun boleh mengunyah. Takkan aku nak tengok je kan, opkos la aku join sama. Penyudahnya kami lunch dengan Brownies si Rara ni je la ha ...

Macam aku cakap tadi la, kali pertama beli dah ber'masalah' ... so aku repeat kali kedua. Dan kali ni, aku order choco melt ... yang ada nutella dalam Brownies tu! huhu ....




Actually, aku kongsi beli dengan opismate sebab dia pun nak merasa lepas aku 'hasut' dia hahaha. So, half untuk aku half untuk dia. 




Kesnya pun sama gak ... ber'masalah'! Apo masalah eh? Masalahnya .... Brownies Choco Melt ni sedap sangattt! Yang suka manis nutella macam aku memang ngam sangat makan macam ni! Taknak manis pun boleh je cakap ngan dia. Sapo tak suka nutella weh!

Habis punah diet aku .. tapi takpa la janji dah dapat yang diidamkan hehe. Gigih aku menahan 'nafsu' bawa balik untuk Pak Jelan merasa ... sambung lagi makan di rumah dengan tok laki huhu ...

Bila dah merasa dua kali ni, baru setel 'masalah' ... tapi 'masalah' baru pulak timbul ni. Benda sedap dah habis ... kena order lagi la kot ha hahaha. Tengok pipi sendiri pun ngeri ... tapi bila tengok Brownies tak ingat dah ngeri tu hahaha :p

Malas nak taip banyak-banyak ... korang nak korang boleh contact SugarLandByRara atau WhatsApp terus di +60 19-477 4240 !

9 comments:

  1. Nampak dah sedap...ingat buat sendiri hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat sendiri? insyaAllah ... tapi buat masa ni tahu beli sendiri je hahaha :D

      Delete
  2. Replies
    1. sedap kak ... tu la masalahnya hehe :D

      Delete
  3. hahahahahahahahahaha seyes lawak entry akk ni! hahahahaha. TQSM akk!!! huaaa terharu gila! sape yg suka coklat, suka manis2, mmg suka lah borwnies niii! sy tgu masalah akk yg ke 3 tu dtg tau. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ra .. jangan bagi masalah lagi boleh tak :p

      Delete
  4. Tersedak baca entry sis hanim ni...uhukkksss sedap yer...rara mmg pandai baking...hebat dia kan kak...julia tgk ni pun rasa nak berebut sama dgn sis...hehehhe...nyum2

    ReplyDelete
    Replies
    1. takyah susah-susah berebut ju, akak punya dah selamat duk dalam perut dari minggu lepas lagi haahhaa :D

      Delete
  5. pagi ni aje 2 blog aida baca pasal brownies rara.
    hu hu hu mcm kena try ajer ni :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?