Wednesday, February 03, 2016

# Bila Balik Kampung # Cerita My Pearls

Cuti Thaipusam - Part 2


Assalamualaikum!


Moh sambung citer pasal cuti aritu di kampung. Banyak cerita pun pasal dua beradik tu la. Dari start terbit sampai nak terbenam matahari bermain di luar. Dah kena jerit baru masuk dalam huhu. Memang luar biasa tenaga diaorang kalau duduk kat kampung hehe ....




Ini cangkul kegemaran Mira. Memang cangkul ni la 'mainan' dia di luar rumah. Takde keje lain, tanah kebun Wan di belakang rumah jadi 'mangsa' dia. Kengkonon berkebun la tu ... dok mencangkul macam orang dulu-dulu hahaha ...


Cangkulnya satu ... budak ada dua, makanya terjadilah perebutan kuasa di situ hehe. Ada masa adiknya beralah, ada masa si kakak mengalah .... tapi yang pasti, kalau ibu dengar salah seorang menangis kerana berebut cangkul tu, memang ibu ambik kasi sorok dalam gua rahsia ... muahaha!




Sepanjang 4 hari di kampung, cuaca memang da bestttt! Walaupun El Nino melanda negara ketika ini, tapi di kampung masih terasa angin laut bertiup kencang sepanjang hari. 

Kakak dan adik boleh main kat luar sehingga tengahari aje. Naik je matahari, dua-dua ibu 'halau' masuk rumah huhu. Lewat petang baru kasi keluar main balik. Time ni la diaorang pulun main basikal, tengok anak kambing buat lawak, pegang anak ayam dan ajak ibu pergi kedai runcit naik basikal!








Kalau anak-anak suka balik kampung sebab dapat main basikal keliling kampung, ibu pulak suka sebab dapat makan masakan air tangan Wan! Waaaahhh .... punah diet ibu tiap kali balik kampung haha. Walaupun hakikatnya ibu takda la nak diet sangat pun duk di KL ni, tapi mana boleh lawan dengan Wan masak ye dop! 

Empat hari duduk kampung, pagi petang malam ibu mengunyah hahaha. Pak Jelan pun tak berani nak kata apa, sebab dia pun dok join sama mengunyah hahaha! Kadang-kadang lauk simple sup sayur bayam dengan telur dadar je, tapi disebabkan Wan masak lauk sesimple tu terasa nikmatnya! Air tangan mak power oiiiiii hehe ...





Tapi kalau anak menantu balik, bukan sekadar sup bayam ngan telur dadar je Wan masak. Ayam kampung wajib ada haha ... sambal wajib ada ....! 



Udang laut segar beli kat Pasar Besar Melaka Sentral. Sekilo RM36, sedap giler masak sambal petai ... fuhhhh! Wan pulak letak santan ... perghhhh diriku makan tak pandang suami di sebelah muehehehe :D


Cakap pasal udang ni, teringat aku laki bini yang dok menjual udang ni kat sana. Kitaorang dok mencari udang dari satu gerai ke satu gerai, sampai kat hujung Pak Jelan tengok ada satu gerai makcik jual udang ... nampak cam best je! Kami pun pegi la ... dok belek-belek, tanya Pak Jelan nak pilih udang apa sambil tu pakcik ngan makcik ni dok bertekak pasal pasaipa tak letak ais kat udang tu. Tetiba si pakcik cakap 'kuang ajo betul dia kate ke kite macam tu ... depan orang dikatanya kite macam tu. Kita ni suami ...."

Dah si makcik tetiba naik berang cakap 'ko dah kenape ... aku suh letak ais je kat udang ni bukan cakap kuang ajo ngan ko! Haaa kan aku dah menjerit!' dengan nada menerik tinggi macam tu. Terkejut den ngan laki den huhu .... cepat-cepat bayar duit dan blah dari situ ... huhu



Ikan Parang sekilo RM20


Objektif utama hari pergi pasar sebenarnya nak beli ikan Parang la buat asam pedas. Teringin nau aku ni ... mengalahkan orang mengandung. Gigih ajak Pak Jelan gi Pasar Besar Melaka pepagi buta tinggalkan anak-anak di rumah yang sedang lena membuta .... haha.

Ada gerai jual sekilo RM15, tapi abah pesan kalau ko nak beli ikan Parang baikkkkk punya, ko pegi cari gerai yang ada lelaki Cina berjari enam ... kat situ ikan Parang dia fresh! Memang mahal sikit ikan dia berbanding gerai lain, tapi bila dah jadi asam pedas seperti di atas ... fuhhhh manis isinya nokssssss! Terus aku rembat seekor dengan harga RM35! Puas hati dik non ... siap boleh bawa balik KL makan 2nd round pastu bawa gi opis keesokannya bagi kawan makan pulak!

Asam pedas ikan Parang mak ...... TERBAEKKKKKKK!

No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?