Breaking

Wednesday, February 17, 2016

First Time Order Makanan Kat Shogun2u !


Assalamualaikum!


Kat opis ni memang banyak kedai makanan, pilihlah makanan apa ko nak semua ada! Tapi nak turun keluar berjalan ke bawah (opis aku atas bukit) dan kemudian kena naik balik memang boleh mengundang kemalasan melampau kadang-kadang tu hehehe! Tapi perut lapar ni .. acaner?

So kali ni aku nak cuba order secara online pulak, bertukar 'angin' sekali sekala apa salahnya ye dak hehe. Sebelum ni aku dah biasa dengan servis penghantaran makanan fastfood tapi kali ni ada sesuatu di Shogun2u membuatkan aku tertarik nak order!




Wahhh nampak muka kak long yang teruja tu? hahaha ... teruja sebab tak sampai satu jam lepas buat tempahan secara online dekat website diaorang, makanan dah pun sampai! Kiranya nak makan on-time pukul 1pm tu memang boleh lah! hehe ...




Banyak pilihan korang boleh pilih kat website www.shogun2u.com tu. Ada makanan Thai, Cina, Jepun, Western .... Steamboat pun ado! Tekak ni teringin nak try makanan Jepun dan ikan salmon tu nampak menggoda sangat! Apa lagi ... aku order laju-laju dan hasilnya sampai di depan mata tak sampai satu jam ... ngeeee :D



Teriyaki Salmon Set - RM 27.80


Teriyaki Salmon Set yang aku order ni lengkap dengan air tebu dan kek Black Forest sebagai pemanis mulut! Portion dia pun just nice je, dan kalau tak habis ko boleh simpan dan panaskan semula dalam microwave. Masukkan sekali dengan bekas makanan dia tu dan ko boleh makan semula. Perghh ... mantop!

Sempena Chinese New Year ni, diaorang ada buat promosi BUY 1 FREE 1 untuk menu Japanese Food & Chinese Food, so kalau korang order satu set korang akan dapat satu set lagi secara percuma! Promosi ni berlangsung sehingga 23 Februari 2016. Makan la sampai 'lebam' ... hahaha :D




Makan sengsorang tak syok wooo ... kena ada partner sebelah baru syok kan hehe. Tengok orang sebelah aku tu dah angkat sudu awal-awal lagi dah hahaha ... semangat dia nak makan ye! :p

Susah ke nak order? Eh tak susah pun ... korang boleh pilih nak order secara online atau terus call nombor diaorang. 




Sebelum buat tempahan, korang cek dulu adakah penghantaran termasuk dalam kawasan perumahan korang. Kat atas (dalam gambar) tu boleh cek, kalau ada korang boleh log in dan start order!

In case la korang tak faham, diaorang ada buka online chat kat bahagian kanan bawah (ada tunjuk dalam gambar atas). Korang nak order terus kat situ pun boleh! hehe. Apa-apa yang korang tak faham korang boleh terus tanya diaorang kat situ k ...

:)

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.