Friday, February 05, 2016

# JUS ANNONA # Kanser

JUS ANNONA | Harapan Masih Ada Buat Pesakit Kanser


Assalamualaikum!


Saban tahun, kes pesakit yang menghidap kanser di seluruh dunia mencapai tahap yang membimbangkan. Dari statistik yang dikeluarkan oleh National Cancer Society Malaysia (NCSM) menunjukkan sebanyak 32,000 kes pada tahun 2008 meningkat kepada 37,000 kes pada tahun 2012, dengan bilangannya dijangka mencecah kepada 56,830 menjelang tahun 2025, jika tiada tindakan dibuat!

Dan, di dalam kandungan laporan lain yang dikeluarkan oleh NCSM, ia menyatakan bahawa lebih kurang 37,000 rakyat Malaysia berpotensi untuk disahkan menghidap kanser dan 21,000 pesakitnya mungkin tidak akan mampu bertahan setiap tahun, jika tiada langkah kesedaran diambil untuk mencegahnya.



Walaupun statistik kanser tahun 2015 tidak dapat diakses secara tepat, tapi melihatkan kepada angka yang semakin membimbangkan ini, aku percaya situasi yang kita hadapi kini sangat kritikal dan perlu ada tindakan dan kesedaran di peringkat awal untuk menanganinya.




Sebut saja kanser, kita mesti rasa takut kan. Ia mampu menyerang sesiapa sahaja tak kira lelaki atau wanita, tua ataupun muda. Walaupun kanser lebih berpotensi dihidapi oleh mereka yang mempunyai sejarah keluarga terdekat yang pernah menghidapinya, tapi kanser juga boleh tercetus melalui cara pemakanan dan cara hidup kita. Dari pengambilan nikotin berlebihan (penghisap rokok) sehinggalah pengambilan makanan yang tidak sihat dan penggunaan bahan kimia dalam masakan, meningkatkan lagi potensi kita untuk terdedah kepada bahaya kanser!

Antara jenis kanser yang paling kerap menyerang lelaki dan wanita di Malaysia :
  1. Kanser Payudara (Breast)
  2. Kanser Usus (Colorectal)
  3. Kanser Paru-paru (Lung)
  4. Kanser Pangkal Rahim (Cervical)
  5. Kanser Hidung (Nasopharyngeal)

Walaupun aku tidak mempunyai ahli keluarga yang menghidapi kanser, namun mencegah itu lebih baik dari mengubati! Bukan saja ia melibatkan kos rawatan mahal tetapi prosedur rawatan kemoterapi yang menyakitkan serta tempoh penyembuhan yang mengambil masa yang panjang, menyebabkan aku mahu beralih kepada langkah alternatif lain untuk memastikan diri mendapatkan perlindungan awal dengan membuat pap smear dan pemeriksaan sendiri payudara sebagai langkah berjaga-jaga.

Apatah lagi wanita di usia sepertiku ni, mudah terdedah dengan risiko kanser payudara dan serviks, dua kanser yang sangat digeruni oleh semua wanita!






Khasiat Durian Belanda Penawar Kanser

Melalui kajian yang dilakukan oleh Dr. Roslida Abdul Hamid sejak tahun 2007 lagi, khasiat yang terkandung dalam Durian Belanda mampu merencat aktiviti inflamasi dan radang sendi (arthritis), bertindak sebgai painkiller atau penahan sakit dan merencatkan pertumbuhan tumor pada kanser.



Setiap penyakit ada penawarnya, kecuali mati. Dan, tidaklah Allah s.w.t itu menciptakan sesuatu tanpa tujuan melainkan sebagai penawar kepada manusia. Namun, untuk mendapatkannya bukanlah mudah....

Aku bersyukur kerana tidak perlu lagi bersusah payah, kerana Jus Annona adalah Produk PERTAMA di Malaysia yang menggunakan DURIAN BELANDA sebagai bahan utama.


Empat bahan yang terkandung dalam Durian Belanda seperti AcetogeninVitamin CMagnesium dan Potassium serta Trytophan, Methionine dan Lysine bergabung untuk melawan pertumbuhan sel kanser dari terus merebak serta bertindak sebagai antioksidan dan mengelakkan kerosakan genetik.




Jus Annona didatangkan dalam dua bentuk, sachet dan botol. Sesudu pagi sebelum sarapan dan sesudu malam sebelum tidur. Seeloknya ia disimpan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan khasiat dan lebih tahan lama berbanding dalam bilik bersuhu biasa. Tak perlu dibancuh, hanya tuangkan ke sudu dan terus minum. Pastikan banyak minum air masak dan elakkan minuman berkafein.

Khasiat durian belanda dalam Jus Annona menjadikan ia sesuai diminum oleh semua golongan bermula umur 6 tahun keatas. Bukan tu saja tau, pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan kemoterapi juga boleh minum Jus Annona ni, seawal 3 hari selepas rawatan kemo. Tapi, kalau ada ambil ubat kemo, kenalah habiskan ubat dulu baru boleh minum.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Jus Annona, korang boleh layari :



Annona Careline : 016-449 7181 

Atau korang boleh terus PM pemilik Annona sendiri  Ony Nurhusni 

Sesungguhnya yang menyembuhkan segala penyakit hanyalah Allah s.w.t. Sebagai manusia, kita hanya mampu berikhtiar mencari penawar dan mencegahnya dari awal. 

Wallahualam.

19 comments:

  1. Replies
    1. belikan la kak ... kalau mak kita sakit lutut, sendi, sakit pinggang, migrain dan senggugut pun boleh minum Jus Annona ni :)

      Delete
  2. Replies
    1. alhamdulillah memang sedap kak, sedap elok je kat tekak :)

      Delete
  3. Banyak dah testimoni yang reen baca, jus ni memang byk membantu meringankan derita penghidap pesakit kanser. Doktor pun syorkan Jus Annona ni utk pesakit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tu laa ... penghidap kanser lagila digalakkan minum air durian belanda. Mujur Jus Annona dah ada yang readymade :)

      Delete
  4. Tengok sedap jek kak. Memang peminat durian belanda. Tapi, bagus Sgt ni. Boleh mencegah penyakit

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap dik, tak tipu hehe. Yang penting kita tak risau sebab kandungan utamanya semulajadi, halal dan takda bahan kimia

      Delete
  5. Huaaaa seriusss nak cubaaa benda ni sesangattt.. Sedap tengok jusnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubala Aina, belikan tuk mak sekali k :)

      Delete
  6. Menarik juga ni.. Nak cari durian Belanda ori takde la kan... Ada yang buat jus begini senang dan memudahkan..

    ReplyDelete
  7. first time dengar nama jus nih.

    ReplyDelete
  8. Wahhhh banyak khasiatnya... terima kasih sharing

    Perghhh terliur tgh.. mesti kenyang

    selamat bercuti semua !!

    Jom vote blog acik di MSMW 2016 : Cara mengundi di sini

    ReplyDelete
  9. syima pun ada baca, jus annona ni baik untuk rawat cancer. malah mudah di bawa kemana mana

    ReplyDelete
  10. Cervical kanser pembunuh nombor 2 wanita selepas kanser payudara...betul tu kena ada kesedaran awal ttg penjagaan kesihatan...jus durian belanda dari dlu mmg manafaat...dgn botol cantik ni mudah nak bawa ke mana2...good review hanim!

    ReplyDelete
  11. Nina pun dah rasa Jus Annona ni, suka laa -sedap!

    ReplyDelete
  12. Risau pemakanan seharian kita boleh efek kesihatan terutama sakit kanser, tapi annona ni macam bagus je.. mudahan boleh memberi manfaat melalui jus annona .

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Follow Us @soratemplates