JUS ANNONA | Petua Sihat Dengan Durian Belanda

Tuesday, February 02, 2016


Assalamualaikum!


Kesihatan tubuh badan adalah anugerah yang tidak ternilai bagi seorang manusia. Kita kalau boleh nak sentiasa sihat dan bertenaga setiap hari kan! Tambahan pula, bila dah masuk umur 3 series ni lagilah nak kena selalu berjaga-jaga terutama dari segi pemakanan untuk mencegah dari penyakit merbahaya yang berpotensi untuk menyerang. Tapi semua itu bermula dari pencegahan awal, bukan bila dah sakit baru nak cari ubatnya! 

Sebab tu bila aku baca info tentang kebaikan dan khasiat durian belanda dari pakar penyelidik, Prof. Madya Dr. Roslida Bt Abd. Hamid aku tertarik nak mencuba Jus Annona ni! Ye la ... mana tahu masalah senggugut aku ni boleh pulih, tak perlula aku nak mengadap ubat tahan sakit setiap kali senggugut datang. Lagipun, kalau ambil ubat tahan sakit untuk tempoh panjang ia akan memberikan kesan yang tak baik pada sistem tubuh. 





Dari zaman tok nenek moyang kita dulu pun, berbagai-bagai petua telah diturunkan kepada kita terutama yang berkaitan dengan kesihatan tubuh badan. Antaranya .... durian belanda! Haaaa aku ni memang peminat setia durian belanda. Kalau balik kampung, memang petik segar terus dari pokok dan terus buat jus! Tapi durian belanda bukan sekadar diminum kerana rasanya yang sedap dan manis ye. Durian belanda sebenarnya mengandungi banyak khasiat yang kita sendiri tak tahu, salah satunya melalui kajian yang dijalankan durian belanda sebenarnya bertindak sebagai 'painkiller' atau penahan sakit! Ok, yang ni aku baru tau ...!

Ubat tahan sakit? macam yang selalu kita ambil tiap kali rasa sakit-sakit badan tu ke? Eh bukannnn .... ubat penahan sakit dalam bentuk tablet yang dijual di pasaran hanya memberi kelegaan yang sementara, tapi khasiat dalam durian belanda memberi kelegaan yang berpanjangan, dan ini paling penting ... ia tiada kesan sampingan langsung



Khasiat durian belanda :
  • mempunyai kesan antikanser/antitumor semulajadi yang sangat kuat
  • melindungi sistem kekebalan tubuh
  • dapat mengatasi kemurungan, stres dan sistem saraf yang kurang baik
  • menyuburkan pasangan yang ingin zuriat

Tapi, nak cari buah durian belanda bukan mudah! Tu pun satu masalah jugak tu. Di pasar pula bukan semua yang menjual. Yang menanam ... errr hehehe. Durian belanda bukan boleh dimakan macam tu saja, pendek kata remeh nak menyediakannya sebelum kita boleh minum betul tak! 





Dengan teknologi sekarang, penghasilan jus durian belanda boleh ditemui dalam banyak cara. Selain kerana khasiatnya, aku amalkan Jus Annona ni sebab dia senang dan memudahkan walaupun ketika aku berada di luar pejabat! Tak perlu nak bancuh, hanya koyakkan sachet dan terus minum. Dalam bentuk botol pun ada .... cukup senang hidup hehe.

Paling penting, Jus Annona disahkan HALAL oleh Jakim serta mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

So, kalau korang mengalami sakit-sakit seperti migrainsakit lututsakit sendisakit pinggang atau senggugut, korang boleh amalkan air durian belanda dan tak perlu lagi bergantung pada ubat penahan sakit yang lain.




Lepas ni kena simpan stok Jus Annona dalam bentuk sachet kat opis. Sampai je, capai satu sachet dan minum terus. Pastu boleh dah makan sarapan pagi dan mula bekerja. Yang botol aku boleh minum di rumah. Cukup mudah, berkhasiat, halal, tiada bahan kimia, boleh diminum terus dan bertindak sebagai penahan sakit semulaljadi

Untuk maklumat lanjut mengenai Jus Annona, korang boleh layari :


Laman web : Jus Annona

Facebook : Annona Official

Annona Careline : 016-4497181

You Might Also Like

13 pengomen comel

  1. boleh cuba bagi mak minum dulu nih....mana tau boleh baik sakit lututnya ker

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba kak, saya pun nak bagi mak saya try nanti :)

      Delete
  2. Durian belanda pengubat kanser gak ni kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah bam hoq, durian belanda merupakan agen antikanser semulajadi yang diperakui :)

      Delete
  3. mesti sedap rasanya kan anim..akak pun suka durian belanda

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah sedap kak, tak kira dalam bentuk sachet atau botol rasanya tetap sama :)

      Delete
  4. Alhamdulilah.. reen suka rasa jus annona ni.. elok di amalkan utk kesihatan..

    ReplyDelete
  5. jus annona ni mudah diminum dan boleh dibawa kemana-mana. khasiatnya juga bnyk

    ReplyDelete
  6. Teringin pula nak rasa. Dah la suka dgn buah durian belanda nyummmmss!

    ReplyDelete
  7. bila dah tau khasiatnya selalu jgk oder air jus durian belanda kat restoran..tapi kadang tak semua restoran menyediakan minuman ni...payah nak dapat! Kalau ada jual jus memang saya nak beli buat stok..

    ReplyDelete
  8. Yeaa keje dua tiga kali kena jaga kesihatan gak...

    Stt ; Tengah belek apa tu kak.. ahahah lawa gmbr :p

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM