Luruh jua gigi itu akhirnya ....

Wednesday, February 10, 2016


Assalamualaikum!


Dah berminggu-minggu dia dok tayang giginya yang bergoyang tinggal masa nak tertanggal tu. Takda tanda kekesalan langsung dari riak mukanya, nampak lagi teruja gembira ade la! Kadang-kadang ralit dia 'main' tolak tolak gigi tu dengan lidahnya sambil tengok tv atau ketika bercakap dengan kita ...

Dan hari tu dia tunjuk ni ....



Malam penuh bersejarah, tanggal 6hb Februari gigi kacip bawah Mira akhirnya luruh jua! Esok nak meniaga malam tu gigi luruh dah hehehe. Dengan bangganya dia menunjukkan gigi yang tertanggal ni sambil cakap, "buu buu, gigi Mira dah tanggal!" ... hurmmm aku senyum je la ...

Senyum bukan sebab ape, sebab inilah kali pertama aku tengok gigi Mira betul-betul luruh dari gusinya. Sebelum ni ada dua tiga batang gigi depan atas dia yang memang dah lama takda, tak sempat nak luruh semuanya mereput di tengah jalan ... tau tau je dah menyusut tinggal gusi hehehe ....




Takde maknanya dia nak takut tengok gusi sendiri berdarah huhu ....




Lagi sopan anak ibu senyum lepas ni ....:p

Ibu pun ada sebatang lagi gigi susu masih kuat tak tanggal sampai sekarang. Harap-harap gigi susu tu tak tanggal sehingga ke akhir hayat ... ibu takmo pakai gigi pelesu .... huhu...

You Might Also Like

2 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM