Tuesday, February 16, 2016

# Cerita My Pearls

Tak Sabar Tunggu Bulan Mac Katanya!


Assalamualaikum!


Baru dua orang tapi riuhnya rumah setiap hari macam ada 10 orang! Tapi kalau tak dengar suara diaorang walau sekejap, mulala hati ibu tak tenang! Teringat waktu kakak dan adik kena tinggal kat kampung dulu ... tiap-tiap malam ibu menggugu-gugu teriak sebelum tido. Siang ibu boleh tahan lagi sebab sibuk bekerja, tapi bila datang malam masyaAllah ... dugaan Dia bagi banyak kuat lah huhu.

Bila dapat bercakap kat telefon, mulala air mata bercucuran. Dah cuba tahan tapi bila dengar suara anak di kejauhan ... adehhh ibu 'kalah' teruk dan teriak sekali dengan anak macam dalam drama tu hehehe.... 




Dialah teman bermain, teman bergaduh, teman bergelak sakan, teman mengusik ibu ayah, teman kuat menyakat, teman kuat makan, teman merengek ... dialah Hazwani & Hazmira ...




Anak dara sulung ni pun rajin buat ibu menangis ni. Kalau tak kerana 'surat-surat cinta' dia, mesti sebab perbuatan dia. Ada satu malam tu, kakak melukis sesuatu dengan adik dalam bilik. Dah siap, kakak tunjukkan lukisan tu pada ibu, pastu kakak cakap boleh tak kita jual lukisan ni Ahad nanti? ...

Tak terkeluar perkataan dari mulut ibu ni ... terdiam seketika bila anak tanya begitu. Beria benar kakak nak menolong ibu ayah meniaga ... T_T




Orang kata anak nombor dua ni 'panjang' akal, suka menduga perasaan dan kesabaran hehehe. Kalau 'angin' dia baik ... suh masak nasi pun dia sanggup buat, tapi kalau datang 'ribut' dia, muncung itik je yang kita dapat hahaha ... 




Tapi bab suh bergambar memang dia cukup sporting! Yang penting itu mulut kasi tutup rapat jangan kasi orang tengok dalam arrrr hahaha ....




Padan pulak instant shawl ni dengan Mira. Walaupun instant shawl ni dah lama ada, tapi baru ni la pakai nampak elok dan cantik. Dah tu bila kita puji dia cantik, terus pakai tak tanggal sampai ke sudah hehehe...

Bayangkanlah dari tengahari Sabtu sampai petangnya, pastu sambung pakai pergi meniaga esoknya ... lengkap segala macam bau ada kat shawl tu hehe. Sampaikan ibu terpaksa amik senyap-senyap masuk dalam mesin basuh ... kalau tak, dia sambung pakai pulak kat transit nanti ... pengsannnnnn bau satu rumah tu nanti haha ...




Walaupun diaorang kuat mengusik antara satu sama lain, kegemaran pun tak sama, keinginan pun berbeza tapi satu benda yang diaorang sama-sama suka .... pakai gincu ibu! hahaha ... pantang ibu keluarkan gincu, dua-dua akan meluru ke kita minta nak pakai jugak haihhh ....

Bulan depan diaorang akan beralih tahun ... 9 & 7 tahun. Tak sabar nak makan kek birthday katanya huhu. Cepatnya masa berlalu, kejap je dah besar anak-anak ibu ... ni yang ibu nak teriak balik ni ... ! T_T


4 comments:

  1. ololo. jgn la teriak.. nak teriak sama ni.. huhu

    ReplyDelete
  2. Bukan ka dia tunjuk kat ayah dia dlu

    ReplyDelete
  3. sama la kita kan dgn 2 dara :)
    anak2 aida thn ni 11 dan 9 thn alhamdulillah.
    anak ke2 memang gitu la pe'el dia. rata2 frens aida semua kata yg sama.
    lebih skit pe'el nyer dari yg sulung :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?