Carboot Sale Subang Bestari ... Kami Datanggggg!

Wednesday, March 16, 2016


Assalamualaikum!


Alhamdulillah ... akhirnyaaaa hajat kami sampai nak meniaga di sini! Hahaaha ... hajat tuuuu jangan memain hahahaha! Sebenarnya memang dah lama kami berhasrat nak try meniaga carboot kat sini, semuanya gara-gara perbualan kami dengan seorang pakcik ketika meniaga di CBS Kota Damansara berbulan yang lepas ...

Sejujurnya, sebelum ni banyak kali tak jadi nak meniaga kat sini sebab faktor cuaca. Kadang-kadang kat KL waktu petang cuaca ok cerah ... tiba masuk ke Subang tup tup dah hujan! Ada sekali tu kami dah sampai dah kat tapak parking .. dah bukak bonet nak pasang besi, tapi bila dongak ke langit awan mendung berarak laju dan akhirnya .... tik tik tik hujan turunnnn hehehehe. Begitulah semangatnya ... hehehe ... 



So, sebenarnya cuaca panas yang kita sedang alami ni memberi kelebihan kepada peniaga macam kami ni. Walaupun ramai dok gaduh panas ... panas ... tapi bagi peniaga inilah saat yang dinanti-nantikan untuk bukak kedai hehe ... tambah kedai kami takda payung ... open-air je ni hehe ...konsep carboot kan macam ni ... ye dop ;)


Oh ya, CBS Subang Bestari ni kalau tak silap aku beroperasi setiap hari Jumaat, Sabtu & Ahad tapi waktu malam la ye. Kami pi hari Sabtu malam yang lepas. Walaupun petang tu hujan turun selebatnya di Subang, tapi aku berjaya pujuk Pak Jelan pergi sana dulu tengok keadaan cuaca di sana. Kadang-kadang kat tempat kita je hujan, tapi kat tempat lain cerah!

Dan alhamdulillah ... malam tu cerah baq hang! ;)




Ramai gak yang turun meniaga malam tu! Cuaca elok .. memang syok ar berjalan tengok barang. Ada yang baru balik dari keje, ada yang baru balik dari surau, ada yang memang nak bawa family jenjalan tengok barang .... happening gak malam tu!




pakat kerumun tengok jam tangan hehehe ...




Gambar blur hehe ... maklumla sambil berjalan amik gambar. Time ni orang tak ramai lagi .. so, syok berjalan tengok barang dengan dua beradik tu. Yang adik dah aim kat satu barang mainan ni ... aiseyyy hehe ...

Tapi kannn tapi kannn ... kat sini kul 9pm ke atas baru rancak sikit suasananya. Pukul 10pm ke atas baru ramai orang masuk kawasan ni. Mungkin lain minggu lain suasananya, memandangkan ini kali pertama kami kat sini, so macam tu la kiranya. Budak-budak pun ramai .. kebanyakkannya anak-anak peniaga yang sama-sama join.




Fuh ... dua beradik ni kalau dapat mainan yang dia suka ... kemainnnn! Apa benda entah mainan ni, tapi macam lastik yang ada lampu kecik tu la ... sebiji RM2. Ada macam-maca saiz, tapi aku belikan saiz paling kecik hehehe ...

Jarang sangat kakak dan adik keluar waktu malam begini. Aku bimbang jugak kot-kot diaorang penat ke, ngantuk ke ... kalau ngantuk mau aku suh Pak Jelan kemas baju jom kita balik anak dah ngantuk! hehe ... tapi alhamdulillah diaorang faham ... faham ibu ayah meniaga ...



Meriah .... meriah sakan ngan budak-budak!




Pagi Ahad aku meniaga macam biasa la ... kat Kota Damansara! Dah 2 minggu bonet kereta tak berbuka hahahaha ... alhamdulillah hari tu buka jugak!

Tak penat ke? ..... Sumpah P.E.N.A.T! hahaha ... tapi dah minat dan sebab punca rezeki kedua kami di sini, so ok la ...




Jangan tak tahu, hari tu kebetulan ada penggambaran dekat sini tau! Jumpa Jalaluddin Hassan, Tiz Zakyah dan Izzue Islam. Tapi aku tengok Jalalaluddin Hassan dari jauh je la ..dok shooting dalam kereta. Yang Pak Jelan pulak, dia cakap Tiz Zakyah mari kat gerai sebelah kami ..aku tanya pasaipa abg tak amik gambar dia? Ceh buat apa nak amik gambar ngan dia? Bukan suh amik gambar ngan dia ... amik gambar dia aje! hahaahaha ... payah nak faham laki aku ni! :p

Minggu ni aku ada satu lagi tempat baru untuk CBS ... tungguuuuuuuu siaran seterusnyaa! hehehe ...



You Might Also Like

2 pengomen comel

  1. ish bestnyaaa.. teringin gak biz cmni..

    ReplyDelete
  2. Moga di murahkan rezeki sis selalu ameen ;)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM