Wednesday, March 02, 2016

# Menu Kenit # Selera Kenit

Kenapa tak sama ....??


Assalamualaikum!


Kengkadang bila terkenang zaman kecik-kecik dulu, yang paling aku tak boleh lupa ialah masakan mak! Kenangan indah bila mengenangkan lauk pauk yang terhidang atas meja bila balik dari sekolah. Ok .. yang terhidang tu auta je ye hahaha ... 

Air tangan mak ... siapa boleh lawan. Hidanglah makanan termahal di dunia sekalipun ... telur goreng yang mak goreng tu jugak yang akan dikenang sepanjang hayat. Tu pasal kalau balik kampung aku asyik nak makan je ... tak perlu masak lauk yang rumit, cukuplah sekadar sup bayam dengan telur goreng ... memang menambah aku makan!



Cuti hujung minggu lepas aku gunakan sebaiknya di rumah! Bab baju sekolah dan kasut sekolah aku dah setelkan awal-awal hari Sabtu lagi. So hari Ahad hanya semata-mata nak berehat dan main masak-masak hehehe ....


Memula pergi kedai Zam habiskan duit beli barang-barang nak masak. Dalam kepala tak plan nak masak apa lagi ni ... bila sampai kedai, godek punya godek ikan, tengok udang, tenung sotong, jeling si ketam .... ishhh keciknya ketam dia! Tetiba terpandang aku pada sebungkus siput sedut penuh selut!

Capai terus sebungkus terakhir dan 3 ekor ikan kembung segar! Ishh sedap buat sambal ikan kering kering ni huhu ....





Walaupun bukan mak yang masak dua lauk kegemaran aku ni, tapi air tangan mak ada dalam bahan-bahan yang aku gunakan untuk memasak. Sambal ikan tu ... cili merah tu di'import' khas dari kampung hehe ... 

Cili yang aku buat sendiri tak sama rasanya macam yang mak punya. Padahal apa mak letak itulah yang aku letak jugak. Tapi, cili yang mak buat jugak yang sedap ... lengkap dengan pedas dia! Tu pasal perangai aku kalau balik kampung, mesti mintak tolong mak buatkan cili sebekas untuk bawa balik KL hehe ...

Alhamdulillah ... dah lama tak 'kenduri' macam ni. Minggu ni tak tahu la dapat memasak macam ni ke tak....

2 comments:

  1. hahaha.. kan kak.. bahan sama, cara sama tapi yang mak masak jugak paling sedap

    ReplyDelete
  2. masakan mak ???
    terbaik dlm dunia...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Follow Us @soratemplates