Khasiat & Kebaikan Minyak Argan

Tuesday, March 01, 2016


Assalamualaikum!


Pernah dengar minyak argan? Biasa dengar kan... terutama dalam produk-produk kosmetik dan kecantikan. Tapi yang tulen .. yang asli inilah baru pertama kali tengok. Tak banyak yang aku tahu pasal minyak argan ni, melainkan ia digunakan dalam produk-produk kecantikan sebagai bahan yang boleh merawat masalah seperti rambut dan kulit berjerawat!

Selanjutnya? Haaaa ni la baru nak godek-godek ni hehe ....



Minyak argan yang aku dapat ni dari Morocco. Kawan Pak Jelan balik bercuti dari bertugas di luar negara ... terus kirim dari dia. Aku tengok kat internet ada yang dari Turki dan sebagainya. Tapi yang tulen dari Morocco la kan. Minyak argan ni pun ada grednya tersendiri. Yang aku punya ni, pati no.2 ... yang no.1 lagi pekat dari ini. Tapi, yang ni memang takda campuran apa ... simply argan oil!

Sebelum tu, ada beberapa fakta menarik yang aku dapat dari laman web Bio-Asli mengenai minyak argan yang patut korang dan aku tahu! 


Fakta Menarik Mengenai Minyak Argan

  • "Pada tahun 1867, delegasi pertama Maghribi menyertai satu persidangan antarabangsa di Paris. Mereka membawa bersama produk terbaik mereka, serta yang paling penting iaitu kacang argan yang membawa satu perkara sensasi di persidangan tersebut".

  • Pokok Argan (Argania Spinosa) adalah salah satu daripada beberapa spesies pokok yang masih hidup dari Era Pra Sejarah (hampir 65 juta tahun yang lalu) dan hanya boleh dijumpai di Selatan Barat Maghribi. Pokok liar ini tumbuh dari 7 hingga 10 meter tinggi dan dianggap satu keajaiban Maghribi kerana ciri-ciri yang luar biasa. Ia tidak takut dengan kemarau dan mampu menahan suhu yang tinggi sehingga 50oC. Satu pokok Argan boleh hidup dari 150 hingga 200 tahun dan jika ia mati, ia boleh kekal aktif dan kemudian boleh hidup kembali dalam masa 7 tahun. Oleh kerana sistem akar yang kukuh, pokok Argan amat berkesan dalam mencegah hakisan, sekaligus mengekalkan kesuburan tanah dan menghadkan pergerakan pasir di kawasan padang pasir.

  • Minyak Argan diekstrak dari buah Argan melalui Proses Tekanan Sejuk dan dianggap "emas cecair" yang mempunyai seribu khasiat faedah kesihatan. Dari segi sejarah, Phoenicia telah terlibat dalam perdagangan Minyak Argan Maghribi. Pokok Argan pertama kali disebut dalam surat dan dokumen perdagangan antarabangsa yang ditulis oleh seorang doktor terkenal Mesir, Ali Ibn Radouane pada abad ke-11. Ini merupakan zaman ketika perdagangan produk perubatan sudah merebak ke seluruh dunia. Doktor Ali Ibn Radouane menyebut mengenai rawatan telinga dan perut dengan Minyak Argan, yang telah dibawa ke Mesir dari Maghribi, negara di Afrika Utara. Maghribi terletak diantara Pergunungan Atlas dengan Laut Mediterranean.

  • Pada abad ke-18, semasa pemerintahan Sultan Sidi Mohamed Ben Abdellah, seorang diplomat Perancis, De Chenier berdedikasi dalam menarik perhatian mengenai pokok Argan di dalam laporannya. Thomas Barkely, seorang diplomat Amerika, yang ditugaskan oleh Presiden Amerika Syarikat, George Washington untuk misi menamatkan perjanjian damai di antara kedua-dua negara, mengatakan ia berminat pada pokok Argan pada tahun 1786. Kemudian pada tahun 1867, delegasi pertama Maghribi menyertai satu persidangan antarabangsa di Paris. Mereka membawa bersama produk terbaik mereka, serta yang paling penting iaitu kacang Argan yang membawa satu perkara sensasi di persidangan tersebut.

  • Pada tahun 1998, UNESCO meletakkan pokok Argan dalam senarai Warisan Dunia dan pada tahun 2001, institut dalam dan luar negara (kebanyakkan mereka adalah NGO) telah menganjurkan satu festival yang didedikasikan untuk pokok Argan. Banyak keputusan penting telah dicapai semasa festival tersebut, antaranya seperti pembangunan jangka panjang untuk kawasan mundur di Berber, perlindungan alam sekitar dan pemeliharaan pokok Argan.


Menarik kan! 


Kelebihan Minyak Argan

Sejujurnya, aku lebih selesa rujuk pada yang pakar bab ni. Kang kalau buat ayat sendiri tak pasal-pasal kena tanya macam-macam. Dah ada tempat rujukan, so kita kongsi je la untuk bacaan aku sendiri dan perkongsian dengan korang ... ok ;)


Minyak Argan Baik Untuk Diet Harian
Ia disajikan untuk sarapan pagi bersama-sama dengan roti bakar, dicelup ke dalam Minyak Argan serta madu. Hidangan tradisional Maghribi, Amlou Sweet, dianggap sebagai makanan istimewa sebenar. Ia terdiri daripada Minyak Argan yang dicampur madu dan badam, memberikan tenaga serta kekuatan, juga dikenali sebagai aprodisiak. Dalam masakan di rumah serta di restoran, Minyak Argan ditambah pada makanan yang dikukus, digoreng atau dipanggang. Dengan cara ini, ia akan meningkatkan rasa serta menyediakan beberapa vitamin tambahan yang diperlukan oleh badan.
Minyak Argan Untuk Kesihatan Dalaman & Luaran
Minyak Argan yang ajaib dan kaya dengan khasiat ini digunakan untuk kegunaan harian. Untuk rawatan dalaman serta luaran. Ia juga digunakan pada kulit bayi untuk melindungi daripada unsur-unsur bahaya dan 'chafing'. Rawatan minyak badan merupakan rawatan perubatan Ayurvedic India Kuno yang dapat memberi tenaga kepada tubuh badan dan meningkatkan kesihatan seseorang.
Minyak Argan Dan Anti Oksidan
Kandungan Vitamin E yang tinggi, 2 kali ganda lebih banyak dalam Minyak Zaitun. Vitamin E adalah penting untuk membangunkan dan mengekalkan fungsi saraf dan sistem otot. Minyak Argan mengandungi lebih daripada 80% mono dan asid lemak poli tak tepu, yang mempunyai kesan yang baik pada keadaan reumatik dan penyakit kardiovaskular.

Memulihkan Masalah Jerawat
Penggunaan Minyak Argan menghentikan penghasilan sebum yang terlalu banyak, seterusnya mengurangkan kemunculan jerawat. Dengan kata lain, Minyak Argan mengawalatur penghasilan sebum dan mengelakkan liang pori dari tersumbat, seterusnya mengurangkan risiko kemunculan jerawat. Penggunaan harian Minyak Argan menggalakkan penghasilan sebum yang terkawal, dengan ini membantu kulit wajah menghilangkan jerawat.

Produk yang mengandungi 100% Minyak Argan telah terbukti sangat bermanfaat untuk individu yang mengalami masalah jerawat. Jika Minyak Argan digunakan setiap hari untuk merawat jerawat, dalam masa 2 minggu sahaja kesan positif ke atas kulit wajah boleh dirasai sendiri. Pastinya jerawat akan hilang dan seri wajah akan dikembalikan.

Selain tu, minyak argan juga baik untuk rawatan dan penjagaan kulit kepala dan rambut. Yang ada masalah seperti rambut bercabang, kulit kepala gatal dan sebagainya boleh juga amalkan minyak argan. Untuk penjagaan kuku yang sihat juga disarankan guna minyak argan. 


Cara Penggunaan

  • Untuk kegunaan kulitSapukan 2 hingga 4 titis Minyak Argan dengan rata ke seluruh wajah, leher atau bahagian yang bermasalah yang telah dibersihkan setiap pagi dan sebelum tidur. Urut secara perlahan sehingga ianya diserap dengan baik.

  • Untuk kegunaan kulit kepala dan rambutSapukan Minyak Argan pada kulit kepala dan urutkan dengan sekata sehingga ke hujung rambut. Biarkan selama 30 minit dan basuh rambut dengan syampu seperti biasa. Ulangi 2 kali seminggu untuk kulit kepala dan rambut yang sihat.

  • Untuk pemeliharaan kukuRendamkan jari dalam campuran Minyak Argan bersama perahan lemon selama sepuluh minit dan kemudian bilas. Lakukan setiap minggu untuk memulihkan kuku yang rosak dan melembutkan jari.

Minyak Argan juga sesuai digunakan sebagai minyak urutan bagi mengurangkan rheumatisma dan sakit arthritis.

Jika sekiranya, anda ingin menyolek muka anda dengan produk-produk yang lain, dipohon agar membiarkan dahulu minyak argan ini selama 10 minit (untuk kesan yang maksimum).

Banyak rupanya khasiat dan kebaikan minyak argan ni. Patutlah produk kecantikan yang ada minyak argan sedikit mahal dari produk kecantikan biasa di pasaran. Nak tahu lebih lanjut, boleh pergi kat laman web di bawah.

Apapun, aku nak try rawat masalah jerawat aku dengan minyak argan ni. Nak buat testimoni sendiri ... pastu aku share dalam blog yek!



sumber info : www.bio-asli.com


You Might Also Like

5 pengomen comel

  1. selalu dengar je pasal minyak argan ni..banyak jugak khasiat minyak ni ye anim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak ... banyak yg saya baru tau pasal minyak ni. Tu yang teruja nak try sendiri hehe :D

      Delete
  2. zizie tak pernah dengar pun... cam best je.. sbb zizie masalah jerawat.. mana la nak cari kat malaysia ni ea

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin zizie boleh cari kat web bio asli tu. Kat Malaysia ada jual, tapi nak cari yang pure minyak argan ialah dari Morocco. Kalau ada sedara buat umrah atau gi melancong sana boleh tolong kirim kat diaorang hehe :D

      Delete
  3. 1st time aida tau pasal ni.
    tq for sharing.
    before this dgr nama penyanyi indon aje, afgan :) hi hi hi...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM