Monday, March 07, 2016

# Cerita Kat Opis # Puspanita

Lama Tak Main Ni Baq Hang!


Assalamualaikum!


Dah lama gak aku tak main batu seremban ni. Bila nak start main balik rasa terketor-ketor pulak tangan ni hehe. Kalau tak kerana nak memenuhi jemputan Puspanita, tak mungkin aku ulangi kenangan 'pahit' itu muehehehe ....

Kenangan apakah?

Perluke aku ceritakan? Hurmm ... ok la aku cerita sikit. Tapi disebabkan peristiwa 'hitam' itulah, aku kena 'bahan' seminggu ngan penyelia tau hahaha. Dua tahun lepas, aku join juga indoor games anjuran Puspanita. Feveret game aku opkos la batu seremban. Memang power main kalau nak dibandingkan dengan game karom, congkak atau dart.

Dengan konfidennya, aku lawan ngan seorang opismate non-malay masa tu. Dia ni pulak tak reti main batu seremban .. tapi nak join main jugak! Pelik aku hahaha ...! Bila dah tak reti tu, kita yang reti ni kasila tunjuk ajar sikit kat dia. Alih-alih bila masuk game betul betul ..... boleh dia yang menang! hahaha ... tu yang aku kena 'bahan' seminggu tu hahaha ... buat malu kompeni Melayu je katanya hahahaha :p



Natijahnya, setahun aku 'merajuk' tak join apa-apa game lepas tu hahahahaha .... malu seh! Kita ajar orang, kita pulak kalah! hahaha ... tapi takpelah, dah takda rezeki masa tu.

Tahun ni urusetia ajak aku join lagi. Adehhh ...! Trauma yang dulu pun ada lagi ni .. haha tak boleh lupa! Tapi akhirnya aku join la jugak .... sekadar nak memeriahkan suasana je la katanya hehe :D



Juri sibuk catat markah 


Lain tempat lain caranya. Setakat ni, step nak main batu seremban aku masih ingat lagi. Tapi bila juri suruh main camni camni camni ... aku dah blur dah! hahaha ... mana taknya, lain bebenor cara main dengan cara aku main kecik-kecik dulu. Nak tak nak ikutkan aje laaaaa ....





Dah la hari tu main hari tu baru tau cara main yang sebenarnya hahaha ... mau tak kalut! Batu satu sampai batu empat sama dah, masuk batu lima terus bertukar jadi lain ... sampai aku pun keliru tak tau nak lambung macam mana dah hehe ....




Penyampaian hadiah



Hurmm jadilah dapat naib juara batu seremban ha. Macam opismate aku cakap, dua tahun lepas takda nombor, tahun ni nombor dua ... hahahaha. Apapun, anak-anak la paling seronok tengok ibu bawa balik hadiah haha ... :p

Tahun depan nak try karom pulak la ... tengok diaorang main macam best ja!

:D


No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?