Luar Dalam Panas !

Monday, March 28, 2016


Assalamualaikum!


"Minggu ni takyah ikut meniaga la ... abg takut anak-anak tak tahan panas kang ... sok nak sekolah. Hani duk umah ngan anak-anak je la ye ...", hurmmm kalau dah begitu katanya, apo layi nak dikato. Memang cuaca panas ekstrim kebelakangan ni. Kawan-kawan kakak dan adik pun ramai yang 'tumbang' demam akibat cuaca panas melampau ni ....



Ni gambar WhatsApp Pak Jelan hantar semalam, memang menerik panasnya! Mujur dapat parking membelakangkan matahari, itu pun dah terasa bahang dengan takda anginnya ... kalau mengadap macam pakcik depan tu? hohoho ... mau pengsan kat situ jugak!


So, disebabkan kami tak ikut meniaga kami pun ada plan kami jugak hehehe. Memula pagi sarapan roti canai kat warung bawah, kemudian kakak dan adik senyum-senyum tengok kedai Meei Mei dah bukak ..T_T Faham-faham je la ibu ye hahaha ...



Inilah dilema seorang anak, bila disuruh pilih yang mana satu berkenan di hati memang payah dia nak buat pilihan! Mujur time ni tak ramai orang, so boleh la nak 'cuci mata' puas-puas tengok dan pilih barang. Tapi, untuk si Mira ... antara Barbie, Doraemon & Mickey Mouse! hahaha ...

Dia suka tengok Doraemon tapi dia juga minat kat Barbie sebab kaler pink! So rasa-rasanya dia pilih kaler ape? Aku sempat rakam video time dia tengah menyanyi nak pilih yang mana satu .. tergelak aku dalam kedai tu! :p




Gitulaaa ... ingat senang ke jadi budak-budak ni hahahaha! Nak memilih set alat tulis pun kena nyanyi weh ... over sangat anak dara kecik aku ni :p Ni baru set alat tulis dik, belum lagi beg tangan, kasut, rantai emas, gelang emas tu semua hahaha .... 

Last-last dia pilih gak la Barbie kaler pink tu. Kalau dah pempuan ... hahaha :D Tu pun banyak kali gak dia nyanyi sampai jari dia tunjuk kat Barbie hahaha ... adehhh....

Setel layankan kehendak anak-anak kat kedai, kami pi kedai Zam beli lauk plak. Yang kakak ternampak ikan keli, mulala teringin nak makan ikan keli goreng katanya .... 




Balik umah, terus masuk dapur. Tak lama lepas tu, dia tanya, "kakak nak tolong ibu ..boleh tak?" Tanpa melengahkan masa ... "meh basuh ikan keli ni ha" hahaha. Dah dia offer, so buat je la. Kata nak makan ikan keli goreng kan hahaha .... anak dara dah boleh diharap. Main ngan pisau ibu tak bagi lagi ... kalau takat cuci mencuci tu boleh la ....

Walaupun memula dia cakap "eeeee eeeee .. geli la licin la" pastu dia elok plak dia senyap basuh darah-darah ikan tu ... haaaa ok la tu :p

Dah masak dah makan ... mula rasa kepenatan. Terbaring terus aku di sofa sementara anak-anak sambung main menyepahkan rumah hahaha ... takpa, masing-masing dah besar pandai main pandaila kemas sendiri muehehehe :p

Sekian aktiviti kami di hujung minggu ..... :D


You Might Also Like

3 pengomen comel

  1. keinginan tu kuat nak pada yang berwarna pink tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kuat ...tapi berbelah bagi ngan Doraemon tapi akhirnya akur dengan kecantikan dan kecomelan barbie hahaha :D

      Delete
  2. Wahhhh hebat.. Kite yg dah kawen anak 2 ni pon bab siang ikan cecepat pas kat husband, loya, haha..!

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM