Tuesday, March 22, 2016

# Cerita My Pearls

Semakin hampir ...


Assalamualaikum!


Terasa 9 tahun rasa macam 9 hari baru... 

Walaupun sorang keluar ikut 'tingkap', sorang keluar ikut 'pintu', tapi pengalaman dari awal sampai saat ini adalah yang terindah dalam hidup ibu! sobsobsob ....













Cepatnya masa berlalu. Wajah pun dah berubah ....

Walaupun masih 'bercakaran' dan kadang-kadang kakak tak faham adik, adik tak faham kakak tapi ibu boleh dengar saat korang bergelak ketawa, bersoal jawab soalan matematik campur tolak, berborak berdua sambil siapkan homework, berborak pasal kakak-kakak angkat di sekolah, berpakat tuliskan ibu surat bila ibu merajuk ....

Sumpah .... ibu rindu momen-momen bila awak berdua masih bayi masih kecil. Dan sekarang, anak-anak ibu akan melangkah masuk ke usia baru. Dan satu hari nanti, awak berdua juga akan pergi tinggalkan ibu untuk kejar cita-cita dan kebahagiaan masing-masing T_T

Ibu harap .. ibu berdoa anak-anak ibu akan seimbang amal dunia dan akhirat. Jadi anak-anak yang solehah dan jaga ukhwah adik beradik walaupun bila ibu ayah dah takda. Saling jaga menjaga, berkasih sayang dan mengambil berat antara satu sama lain. Dan paling ibu harapkan ... anak-anak ibu mendoakan ibu dan ayah walaupun jasad kami telah bersatu dengan tanah nanti ....

Sorry ... ter-emo plak entri kali ni. Tengok gambar-gambar ni jadi sebak pulak rasa .... ishhhh ....

3 comments:

  1. alhamdulillah anim,dua orang puteri dah...comel2 belaka

    ReplyDelete
  2. hehehee... rindu moment mereka masih kecik perkara biasa.. jadi anakII yg berguna yea princess utk ibumu :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Follow Us @soratemplates