Friday, April 08, 2016

# Cerita My Pearls

All The Best Kakak!


Assalamualaikum!


Baru sahaja raikan ulangtahun kelahirannya yang ke-9 bersama adiknya 2 minggu lepas, kakak makin nampak matang dari usianya. Suh bergambar pun dah taknak dah. Dia punya malu tahap gaban, nak kena 'bergaduh' baru boleh amik gambar dia hahaha ....

Gambar ni? Sebab first time dia pakai instant shawl Neelofa kemudian tengok muka sendiri depan cermin pastu senyum hahaha ... tu maknanya dia suka la shawl tu hehehe. Dapatnya dah lama dah dari kontes tahun lepas, tapi hari tu la baru dia nak tergerak hati sarung kat kepala. Elok pulak labuh depan dan belakangnya tu. Kakak ni kalau dia dah suka kat shawl tu, dia akan pakai selalu. Kalau mood 'malas', dia akan pakai tudung sarung je, tapi kalau mood 'jelita' dia datang ... hahaha instant shawl macam Majestic Love dari Neelofa ni memang dia cukup suka! hehehe ....



Esok hari penting untuk kakak sebenarnya, sebab esok kakak masuk pertandingan hafazan & terjemahan peringkat sekolah (atau daerah) mewakili sekolah agama. Dah beberapa minggu dah dia berlatih hafazan surah-surah pilihan sekali dengan terjemahan. Katanya, nanti kena buat gaya sikit macam lakonan gitu hehe ...

Yang bestnya, dalam kelas dia tiga orang je yang terpilih dan dia seorang je murid perempuan dalam kelas dia yang mengambil bahagian. Sebab tu, ibu kensel event untuk hari esok (Sabtu) sebab ibu cadang nak ikut sama tengok persembahan dan support kakak di sana nanti.



Disebabkan shawl ni labuh dan budak yang pakai, 
bunganya kena duduk di atas kepala hehehe


Di sekolah dia berlatih dengan ustazahnya, di rumah kakak berlatih ngan aku. Time aku jahit lencana sekolah adik atau tengah gosok baju sekolah dia akan duduk depan dan minta aku dengar surah yang dia nak baca. Kalau takda homework, lepas susun buku dalam beg aku akan minta dia baca dan lakonkan semula. Begitulah kami anak beranak tiap-tiap malam hehe ...

Tapi kan ... adakalanya dalam proses berlatih sama-sama ngan anak ni, kita boleh jadi sentap sekejap hehe. Ada sekali tu, kakak suruh aku semak bacaan surah Al-A'la sebab dia expect aku ingat segala surah dalam al-Quran, walhal ...? Bila dia tegur terasa sentap pulak hehe .. Terus aku ikut sama menghafal dengan dia sejak hari tu hehe ...




All the best to my baby .. moga dipermudahkan segala urusan di sana. Ibu doakan kakak lancar dalam persembahan esok ...aaminnn. Kalau ibu tak dapat nak ikut sama esok, ibu tetap doakan kakak dari jauh k. 

1 comment:

Apa kata korang?