Friday, April 15, 2016

# Cerita My Pearls

Anak Punya Cerita


Assalamualaikum!


Dah 2 minggu ibu tunggu kain sekolah agama Mira .. tak berjumpa jugak! Cerita kain sekolah hilang, bertukar dengan budak lain bukan benda baru. Tiap-tiap tahun aku alami benda yang sama dengan kakak, dan tahun ni dengan Mira pulak!

Tapi rasanya bukan aku sorang je yang alami benda ni, kebanyakan ibu yang hantar anak ke transit mungkin sedang menghadapi benda yang sama ... macam mana kita 'jaga' barang-barang sekolah anak dengan baik sekali pun, tetap hilang jugak!

Pelik aku ... takkan parents tu tak boleh cam barang anak sendiri? Takkan tak boleh tengok material kain jenis ape, jenama sama ke tidak, ada tulis nama ke tidak? Mira kalau tersalah bawa balik barang kawan dia pun aku dah marah ....



Hari tu Mira bawa balik kain sekolah agama bukan dia punya. Aku tanya, tak boleh cam ke kain sekolah sendiri? Kain awak kan licin, bukan cotton macam ni. Di senyap tak bersuara .... Tak dinafikan aku 'angin' kat dia aritu, sebab ni dah banyak kali terjadi. Bukan sekali dua punya kejadian ... tapi bila asyik bagi 'muka', dipesan elok-elok tetap buat main-main kan, so jangan marah kalau ibu marah ... hehehe


Kain yang dia bawa balik tu aku basuh bersih-bersih dan pulangkan semula kat transit. Tapi, aku punya kain 2 helai masih tak 'nampak' bayang sampai ke hari ni. Pelik aku ... kenapa mesti parents buat dunno je? Takda niat nak hantar balik ke kain sekolah macam aku yang aku buat? Hatta kalau tak bertulis nama sekalipun, dah tahu tu bukan barang anak-anak kita, kenala pulangkan balik. 

Patut parents yang hantar anak ke transit kena ada kesedaran bab ni. Kalau anak-anak kita bawa balik barang yang bukan kepunyaan dia, kita kena tanya dia dari mana dapat barang tu. Kalau tertukar kasut atau tertukar kain atau apa barang sekalipun, pulangkan la balik. 




Pagi ni dia buat 'hal' lagi ... duit belanja yang ayah dia bagi Subuh tadi tertinggal plak kat rumah! Dalam kereta dah sampai Tudm Sg. Besi baru dia kabor duit dia tertinggal di rumah. Nak marah pun tak guna, bukan boleh patah balik ke rumah amik duit tu. Itu duit pun dia cukup suka pegang instead of masukkan dalam poket. Last-last aku cakapkan aje takyah belanja la hari ni, minum air masak je la kat sekolah. Pastu dia cebik nak nangis terus buat-buat tidur atas riba aku ... hehehe hurmmm ...

Aku keluarkan dua ringgit, hulur ke dia. Selalunya duit belanja tiga ringgit, tapi dalam beg ada dua ringgit je pagi tadi hahaha ... so hulur yang tu dulu kat dia. Kesian ... walaupun marah tapi sayang anak ... takmo dia berlapar di sekolah. Cuma harap jadi pengajaran. kalau ibu kata masukkan duit dalam poket tu maknanya mesti ada sebab la kenapa ibu suruh .... terus senyum balik dia ....


4 comments:

  1. tu la kan.. parent tak ada perasaan ke ambil barang orang.. pelik..

    ReplyDelete
  2. haah..kan...mybe dia tak check kot beg anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. takkan la dia tak basuh kain sekolah anak dia? tak gosok kain baju anak dia?

      Delete
  3. ramai je parents gitu.. tak ambil kisah barang-barang anak.. huhu..

    ReplyDelete

Apa kata korang?