Cukuplah Mee Bandung Muar Tulang Bagiku ...!

Wednesday, April 20, 2016


Assalamualaikum!


Tobat aku takmo makan dah Asam Laksa kat kedai tu! Asal cedok je kuah, penuh ngan tulang, asal nak suap laksa, melekat tulang-tulang ikan yang halus tu ... mati 'nafsu' aku nak makan! 

Memula aku ingatkan sikit je tulang ikan tu ... mungkin orang tu tercedok sekali time nak masuk dalam mangkuk. Tapi ni tiap kali cedok mesti ada tulang ... ishhh tersekat-sekat kat tekak ni ha!

Dulu aku pernah makan Mee Kari kat kedai ni, siap aku citer lagi dalam blog ni. Tapi tak sangka Asam Laksa dia ... aku takleh gi!

Balik keje Pak Jelan tanya, dah makan lum? Dah tapi tak habis pun sebab banyak tulang dalam kuah! hehehehe. So, dia bawa aku pi makan kat Food Court Seksyen 8 PJ pekena Mee Bandung Muar Tulang! 



Dah dua kali kami makan Mee Bandung Muar Tulang kat satu kedai ni. Terus jatuh cinta! Sepinggan share dua orang ... puas makan baq hang! Sementara tunggu anak-anak balik dari sekolah agama, kami dating kat sini dulu semalam hehehe .....

Sedap ngat ... memang kena ngan tekak kami laki bini. Terasa udang kering dalam kuah dia. Tulang tu pun sedang elok dagingnya, tak berapa liat just nice cungkil dengan garfu hehehe .... 




Kalau korang datang Seksyen 8 PJ, try singgah gerai ni makan Mee Bandung Muar dia. Ada menu lain gak, asam pedas la, mee udang la tunjuk je mana yang berkenan hehe ...


You Might Also Like

3 pengomen comel

  1. wahhhhhhhhh faveret ni...sedap betul ada tulang2 tu lah dalam mee bandung...haishhh rasa nak pi sekarang tp jauhhh hehe

    ReplyDelete
  2. mee bandung memang terbaik tengok kedai gak,. hehehe. ada kedai yang tak sedap ada kedai yang memang sedap.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM