Breaking

Monday, April 11, 2016

DRYPERS BERIKAN KESELESAAN KEPADA 120 ANAK YATIM SEMPENA KEMPEN MOMS OF MALAYSIA 2016


Asslaamualaikum!


Lebih 60 orang terdiri daripada ahli Drypers Baby Club, penyokong Moms of Malaysia (MOM), Elaine Daly, pihak penaja dan kakitangan SCA Hygiene Marketing Malaysia Sdn Bhd meluangkan masa selama dua hari untuk melakukan transformasi ke atas Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin Kanchong Darat yang menempatkan 120 kanak-kanak menjadi sebuah kediaman yang lebih selesa.




“Perkara penting Drypers MOM 2016 kali ini adalah melibatkan ibu bapa dalam program Share A Little Comfort, iaitu inisiatif yang membolehkan ahli Drypers Baby Club menderma mata ganjaran Drypers dan mengerah tenaga dalam usaha mengubahsuai kediaman kanak-kanak yang kurang bernasib baik itu.”

“Mata ganjaran Drypers Baby Club yang disumbangkan akan digunakan untuk membuat kediaman dan persekitaran rumah yang lebih selesa untuk anak-anak yatim”

“Saya sangat gembira melihat begitu ramai sukarelawan meluangkan masa dan usaha untuk menyediakan kanak-kanak tersebut dengan persekitaran lebih kondusif, selain merasai pengalaman keselesaan dan kasih sayang yang selayaknya diterima,” kata Pengarah Pemasaran SCA Hygiene Marketing Malaysia Sdn Bhd, Evelyn Chan.  

“Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin Kanchong Darat (RYAS) merupakan rumah pertama program ini. Kami menggesa semua rakyat Malaysia yang penyayang untuk turut serta bersama dengan kami dalam tiga lagi rumah anak yatim sepanjang 2016”

“Ada dua cara anda boleh membantu – menderma mata ganjaran Drypers Baby Club dengan matlamat mencapai 1 juta mata ganjaran Drypers atau menjadi sukarelawan untuk membantu melakukan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembaharuan,” tambahnya lagi.

Penyokong Drypers MOM 2016, Elaine Daly yang juga seorang ibu baru, turut menyertai ahli lain membantu kerja pengubahsuaian seperti baik pulih, mengecat, dan menambah perpustakaan baharu. Rumah anak yatim tersebut yang beroperasi dengan sumber dana daripada pemilik budiman sangat memerlukan pengubahsuaian. Drypers turut membawa Akemi, Favorita dan Khind sebagai rakan kongsi dalam inisiatif tangungjawab sosial korporat (CSR) kali ini.




Sasaran Program Share A Little Comfort kendalian Drypers – jenama di bawah SCA Hygiene Malaysia Sdn Bhd, adalah untuk menyediakan rumah yang lebih selesa kepada kanak-kanak kurang bernasib baik. Justeru Drypers menggesa ahli-ahli Drypers Baby Club untuk menderma mata ganjaran Drypers danmenjayakan usaha yang bermakna ini. Mata Ganjaran Drypers (dikumpul menerusi pembelian produk Drypers) boleh didermakan dalam jumlah 100, 300 atau 500 poin menerusi akaun online Drypers Baby Club dan setiap mata ganjaran akan dipadankan oleh Drypers. Matlamat utama ialah mencapai 1 juta mata ganjaran yang bersamaan RM100,000, iaitu jumlah besar yang akan digunakan dalam program pembaharuan untuk menjadikan kediaman selesa buat kanak-kanak kurang bernasib baik.

“Menerusi program CSR ini, Drypers mahu mengetengahkan fakta bahawa setiap kanak-kanak berhak mendapat sedikit keselesaan. Dalam erti kata lain, keselesaan yang diberikan ialah tanda diri mereka disayangi. Itulah sebenarnya apa yang mereka mahukan, iaitu untuk dicintai dan disayangi. Jadi, bersamalah kita menjadikan ruang hidup mereka benar-benar seperti rumah. Saya sangat berbesar hati melihat sokongan sepenuh hati daripada ahli-ahli Drypers Baby Club. Saya harap lebih ramai ibu bapa akan menderma mata ganjaran Drypers dan menyertai kami meneruskan kerja-kerja penuh bermakna ini,” kata penyokong MOM 2016, Elaine Daly.



Kempen Drypers MOM 2016 kembali lagi bagi tahun kedua dan terus menekankan kepentingan setiap detik ikatan antara ibu dan si kecil. Ibu-ibu seluruh negara dijemput berkongsi foto-foto detik-detik yang berharga bersama bayi mereka di Facebook atau Instagram dengan hashtag #momsofmalaysia dan tag Drypers Malaysia. Foto akan dipaparkan di skrin LED pada pelancaran rasmi acara itu di IOI City Mall, Center Court (Lower Ground), Putrajaya bermula 5-8 Mei.

“Asasnya, matlamat kami ialah menyerlahkan ikatan istimewa antara ibu dan anak – menggalakkan mereka menghargai detik-detik indah setiap hari menerusi kempen Drypers MOM 2016. Jadi, ini adalah satu gerakan untuk mengiktiraf dan berkongsi detik-detik harian yang indah bersama insan tersayang dengan ibu-ibu lain,” tambahnya.

Pada pelancaran acara itu pada Mei nanti, ibu bapa boleh bersama anak-anak mereka menyertai pelbagai permainan dan aktiviti – bermain buih di kawasan khas unik dan menikmati sesi nyanyian dan bercerita. Ahli-ahli Drypers Baby Club dan anak-anak mereka diberikan layanan khas,di mana si manja boleh melakukan aktiviti mewarna, melukis corak di muka mereka sambil menikmati snek percuma.




Ibu bapa boleh juga menikmati tawaran promosi produk Drypers dengan mendapatkan baju kanak-kanak dengan cetakan nama si manja tersendiri secara percuma. Ibu bapa yang hadir pada acara itu boleh menyatakan sokongan terhadap inisiatif Share A Little Comfort, di mana Drypers berbesar hati menyumbangkan 10 mata ganjaran bagi setiap sokongan daripada  ibu bapa. Terdapat juga ruang istimewa untuk ibu-ibu hamil di mana mereka boleh mendapatkan sampel lampin pakai buang Drypers Wee Wee Dry New Born di dalam beg mummy eksklusif dan mengambil foto percuma.




Untuk keterangan lanjut mengenai kempen Drypers Moms of Malaysia dan menjadi sukarelawan, sila layari laman Facebook Drypers Malaysia di https://www.facebook.com/DrypersMY

Untuk menderma mata ganjaran, ibu-ibu boleh layari http://bit.ly/1TCGkOE.


2 comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.