Thursday, April 14, 2016

# Story Kenit

Tukar Kad ATM Baru


Assalamualaikum!


Aku : "Cik, boleh tak saya nak tukar kad ni?", sambil tunjuk kad ATM Maybank aku ...

Pegawai Bank (1) : "Ohh boleh ... sekarang ni pun kita masih bagi free lagi pada siap yang nak tukar kad baru .. jap yek saya bagi nombor ..."

Pegawai Bank (2) : "Sedih saya tengok kad awak dik, macam kanser stage 4 dah ....", pastu dia mengekek ketawa ...

Hahaha ....

Amboiii brader ... diagnosis mengalahkan pakar kanser pulak! Takat plastik je yang hampir nak tertanggal pun, bukan kad tu patah dua ke ape :p



Beginilah pemandangan terakhir kad ATM aku sebelum dipotong dua hehehe. Memang diakui, teruk sangat dah keadaan kat ATM aku ni. Semuanya gara-gara termasuk dalam mesin basuh la ni .. ishhh hehehe

Takut nak guna terus kat ATM, aku pi kat kaunter minta tukar baru. Kang buatnya cip rosak kang, terus di'telan'nya kad .... nangis aku disitu!

Syukur, berjaya tukar secara PERCUMA! Hanya tunjukkan kad pengenalan untuk pemprosesan dan siap! hehehe .... pegawai tu kata, boleh tukar kad bank secara percuma sehingga hujung tahun ni. Yang mana kad ATM maybank korang dah 'nazak' macam aku ni bolehlah bawa bertukar kepada yang baru ye hehehe...

Tapi, bank lain aku tak pasti la ye ...


7 comments:

  1. Allhamdulillah... dipermudahkanNya... cepatkan siap sis:)

    ReplyDelete
  2. yaya dah tukar tahun lepas..hihi

    ReplyDelete
  3. maksudnya bermula tahun depan kena cas ya kalau nak tukar kad

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah yang dia cakap semalam hehe

      Delete
  4. isk...kalau la kad lama tu boleh digunakan lagi,memang takkan tukar2 dah...haha

    ReplyDelete

Apa kata korang?