Monday, May 23, 2016

# Carboot Sale Kota Damansara # Cerita My Pearls

Antara Bisnes Dan Keluarga ...


Assalamualaikum!


Lama tak cerita pasal my family business ni  ...haha! Dah dua minggu tak ikut meniaga, minggu pertama sebab kereta 'meragam' sampai terduduk aku dibuatnya! Minggu lepas, yakni semalam sebab kakak tak berapa sihat lengkap dengan pakej demam + batuk + selsema dia. So, kami tiga beranak 'berkampung' dalam umah jela sementara Pak Jelan gi meniaga sorang huhu ...

Kiriman gambar WhatsApp oleh Pak Jelan pagi kelmarin menunjukkan awan mendung berarak kelabu pagi tu di Kota Damansara. Subuh tu memang dah hujan, tapi alhamdulillah masih ada rezeki buat peniaga-peniaga carboot di sana walaupun ramai yang tak turun hari tu.



Disebabkan keadaan cuaca tak menentu dan Pak Jelan sorang sorang pulak kat situ, maka dia bukak jualan untuk baju yang bersangkut je la. Kang hujan turun tetiba tak pasal-pasal dia nak kena kemas semua baju tu seorang diri huhu ....


Tu pun baju ada gak yang basah .. katanya.




Lama giler tak mai sini main! Sejak meniaga carboot ni, kakak dan adik dah lama tak 'lepak' taman permainan. Pagi Sabtu dah kena bergerak ke Subang, Ahad petang/malam baru sampai KL balik. Kadang-kadang aku kesian jugak ...diaorang macam takda life je. Hari biasa dah pergi sekolah, Sabtu & Ahad kalau takda aktiviti di sekolah, kena pi ikut kami meniaga ... T_T

So, ada hikmahnya kami tak ikut meniaga semalam. Walaupun kakak tak berapa sihat, tapi dia gagahkan jugak ajak aku pergi taman permainan. Dia ni walaupun tak sihat, tapi badan masih cergas .. tu maknanya dia sihat la tu. Tapi, kalau dia tak sihat pastu melepet je atas tilam seharian, tu memang betul dia tak berdaya dah tu ... so, aku ikutkan je la dengan syarat hari Sabtu kena rehat di rumah sepuas-puasnya. 




Kemain suka dua beradik ni dapat naik buaian! Benda lain tak pandang dah, buaian ni je la yang diaorang layan sampai kul 6.30pm hehe ... Tapi kan sebelum diaorang dapat naik buaian ni, ada sekumpulan budak-budak motor dok lepak duduk kat buaian ni. Punggung dah serupa punggung bapak orang, ada hati mau duduk kat buaian untuk kanak-kanak. Rugi giler rasa kalau aku tak gunakan 'bakat' mulut laser yang telah lama ku pendam ni ... haha!

Kan dah kena perli ngan acik haaaa .... berani ko tak bagi anak-anak acik main buaian tu. Badan masing-masing dah boleh jadi bapak orang dah ..tak dak!




Aku ingatkan orang muda je ada masalah nak memahami yang buaian tu hanya untuk kanak-kanak saje. Rupa-rupanya, bapak budak pun ada yang masih tak reti bahasa! >.<




8 comments:

  1. dah lama tak bawak anak2 g playground.. asyik panas hujan jer skrg ni kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah Jue, cuaca tak menentu sekarang ni kan. Di sana hujan di sini cerah hehe ...

      Delete
  2. Heheheee..bapak budak pon suka main buaian..silap tempat tu..pasni kena buat jugak buaian untuk warga berusia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ... boleh cadang gak tu, dah kemaruk sgt nak berbuai gayanya haha :D

      Delete
  3. hahahaha.. ena antara yang tak boleh dapat buaian kanak2, mesti naik.. aaauuucchhhhh! XD

    ReplyDelete
  4. hahhaaa.. akak.. bapak budak tu teringin la.. dulu, tak pandai main buai. tapi kalau dkna naik buai ni, mesti akak pun kata 'alaaa comeynya dik tu naik buai...' hehehee

    ReplyDelete
  5. Selalu bawak anak2 g taman permainan ..dan selalu jugak laa jumpa spesis lagu anim cter kat ats tuuu..bila kita jeling2 dia buat derj jer..hahhaa.

    ReplyDelete
  6. Habis lah rosakkk buayai tu bapak budak naik...haha

    ReplyDelete

Apa kata korang?