Tuesday, May 17, 2016

# Cerita My Pearls

Belum boleh lagi ....


Assalamualaikum!


Mana-mana kucing lalu depan mata mesti dia akan bagi 'salam'. Kalau kucing tu jinak dan manja, dia akan datang dekat dan usap-usap kepala 'kawan' tu. Digaru-garu bawah leher sampai 'kawan' tu terduduk menyerah diri sambil pejam mata melayan kesedapan dibelai sebegitu ... hehe ..

Aku dari kecik ada satu tabiat ni ... kalau nampak kucing mesti akan pergi usap dan pegang kucing tu. Kalau manja ... aku dekat, kalau garang lari lintang pukang aku tak layan hahaha. Memang dah terbiasa ... sebab aku suka kucing sejak kecil lagi. Aku kan takda adik kecik, so teman aku dulu ...kucing lah.




Bila dah sayang, tak cukup sekadar usap, pegang dan bawa main. Kalau dah sayang, mesti ko nak bagi lebih dari tu kan. Dulu kalau mak suruh pergi kedai, aku akan stenbai lima posen untuk beli ikan bilis. Jumpa mana-mana kucing lalu depan mata, aku panggil dan aku bagi makan. Dulu mana ada pek makanan kucing macam sekarang ni ... so aku belasah je la kasi ikan bilis hehe. Tu je pun yang paling murah aku boleh beli time tu ....

Tak sangka anak-anak mengikut perangai aku yang satu ni ...haha. Penyayang dan tak geli nak pegang kucing jalanan. Tapi yang jenis berkurap atau sakit aku tak bagi sentuh, bagi makan takpa tapi jangan pegang dia. Lepas pegang kucing tangan jangan sentuh muka atau mulut, kena basuh bersih-bersih.

Kakak paling penyayang dengan kucing. Boleh dikatakan dia pencinta kucing! Walaupun dia garang ngan adiknya ...hehe .. tapi dia sayang kucing. Dia cukup 'lemah' kalau jumpa kucing comel atau anak kucing. Korang jangan tak tau ... dia ada kucing 'angkat' kat sekolah tau, nama Miko hahaha. Waktu rehat, waktu balik sekolah dia akan main-main dan bagi makan si Miko. Tapi sekarang, cikgu diaorang dah tak kasi kacau kucing tu hehehe ....




Balik sekolah, dia akan cerita kat aku perkembangan Miko. Miko makan ke dak ... Miko sakit ke dak ... Miko hilang berapa hari ... siapa culik Miko. Ada satu hari tu, dia kata Miko kena culik ngan 'hantu'! Esok pagi tengok Miko tengah jenjalan amik angin kat tepi pagar sekolah ....hahaha adehhh!

Alkisahnya .... hari tu masuk Speedmart, dia amik 1 pek makanan kucing atas rak. Takpe bu .. kakak bayar pakai duit sendiri ... Aku diamkan aje. Keluar dari Speedmart, kucing comel ni dah stenbai. Baru bangkit tidoq ... perut lapar kan hehehe. 




Si Mira pun sayang ke kucing, tapi tak fanatik kucing macam kakak dia haha. Dia penyegan (malas) sikit kalau kena basuh tangan, so lebih baik dia tak pegang langsung ... katanyaaaaaaa! 




Beria kucing tu makan!  Sebenarnya kan ..aku tengok pun aku rasa 'geram' kat kucing ni ..comel, manja dan bulunya cantik! Macam model kucing kat pek Whiskas pun ada ... tapi sayangnya belum tiba masanya lagi aku nak membela ...

Kakak dok merayu nak bela kucing ... walaupun dia dah tahu jawapan aku huhu. Aku dulu pun start bela kucing darjah 5, dan masa tu pun jenuh aku nak yakinkan abah aku yang aku boleh jaga kucing-kucing tu dengan baik. Ko kena pastikan kucing-kucing tu tak 'memancut' kat dinding atau barang elektrik, kena mandikan dia seminggu sekali, kalau sakit kena bagi makan ubat, ada kutu kena cari ... macam-macam lagi la! Tapi disebabkan aku terlampau suka pada kucing, maka aku sanggup buat tu semua! Lagipun aku sunyi sebab takda adik kecik nak ajak bermain ...so abah bagi la hehe ....

Buat masa ni ... biarlah kakak curahkan kasih sayangnya pada kucing di jalanan dulu. Bukan aku tak percaya kat dia nak jaga kucing tu, cuma belum masanya lagi nak membela. Subuh dah keluar rumah, dah nak maghrib baru sampai umah ... masa bilanya nak uruskan kucing tu nanti? Kesian dia ..terbiar pulak nanti ...

6 comments:

  1. sayang sungguh kak mira dengan kucing kan..bagusnya,kecil2 dah tanamkan sifat penyanyang ni pada ciptaan Allah.

    ReplyDelete
  2. siapa dia yang dimaksudkan itu

    ReplyDelete
  3. ye kn.. sibuk dgn urusan harian.. kesian pulak nnt kucing tu..

    ReplyDelete
  4. sgt sokong tu Nim. nanti kalu terbiar, kucing tu x terbela, nanti jatuh plak hukum berdosa kita ni.
    sampai time nanti, bela la.

    ReplyDelete

Apa kata korang?