Breaking

Thursday, May 12, 2016

DRYPERS RAIKAN KEMPEN ‘MOMS OF MALAYSIA’ 2016 DAN PELANCARAN RASMI INISIATIF ‘SHARE A LITTLE COMFORT’


Assalamualaikum!


Drypers (jenama di bawah SCA Hygiene Malaysia Sdn Bhd) sekali lagi tampil menyerlahkan hubungan istimewa yang dikongsi ibu-ibu dengan anak mereka. Pelancaran rasmi kempen Moms of Malaysia 2016 diadakan di IOI City Mall, Putrajaya hari ini, di mana ibu bapa bersama-sama anak dan seisi keluarga bergembira menikmati sambutan dan aktiviti.




“Pelancaran sulung Mom of Malaysia 2015 adalah satu kejayaan membanggakan yang memberikan kami keyakinan untuk terus mengadakan kempen sebegini pada setiap tahun. Kami sungguh bersemangat dalam menyokong dan memperjuangkan hubungan semula jadi antara ibu dan anak di seluruh negara,” kata Evelyn Chan selaku Pengarah Pemasaran SCA Hygiene Marketing Malaysia Sdn Bhd.

“Sambutan Hari Ibu bakal menjelang tidak lama lagi, kami mahu mengingatkan ibu-ibu bahawa setiap hari ialah Hari Ibu dan inilah peluang untuk mengenali hubungan indah yang mengagumkan. Ia bukan hanya sekadar meraikan kejayaan besar, malahan dalam rutin harian dan tugas mendidik anak mereka dalam mencorakkan asas kepada hubungan unik antara ibu dan anak. Ia boleh juga sesuatu perkara yang dianggap tugasan remeh seperti menukar lampin, memandikan mereka atau saling ketawa dan berpandangan mata merupakan detik indah buat mereka. Nikmatilah setiap langkah berharga dalam perjalanan kehidupan ini dengan si kecil dan hayatilah pengalaman keibuan sepenuhnya. Hargailah detik-detik indah – itulah intipati kempen kami dan sentimen yang ditonjolkan dalam Drypers,” tambah Evelyn lagi.  




Menjelang majlis pelancaran yang bermula 5-8 Mei ini, ibu-ibu seluruh negara dijemput berkongsi foto mengenai detik istimewa dengan bayi-bayi mereka di Facebook atau Instagram. Sambutan ibu bapa sangat menggalakkan menerusi serahan ratusan foto yang menyentuh hati serta menonjolkan detik istimewa si ibu dan anak seperti sedang ketawa, keselesaan dan berkasih sayang. Tersentuh dengan kasih sayang yang dicurahkan, Drypers dengan bangga menayangkan semua foto tersebut di atas skrin LED untuk disaksikan semua hadirin sepanjang majlis. Ibu-ibu masih boleh terus menghantar foto sepanjang majlis berlangsung, menggunakan hashtag #momsofmalaysia dan tag Drypers Malaysia.



Dengan Share a Little Comfort, matlamat kami ialah mengubahsuai ruang rumah anak yatim yang dihuni kanak-kanak kurang bernasib baik itu. Drypers adalah tentang memberikan keselesaan dan kami percaya adalah penting untuk kanak-kanak itu tinggal dan membesar dalam persekitaran yang membuatkan mereka rasa seperti di rumah,” tambah Evelyn.

Drypers kini sudah siap mengubahsuai rumah pertama, iaitu Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin Kanchong Darat di Banting dengan bantuan ahli-ahli Drypers Baby Club, penyokong Moms of Malaysia, Elaine Daly, pihak-pihak penaja dan kakitangan SCA Hygiene Malaysia Sdn Bhd. Rumah anak yatim itu yang beroperasi sepenuhnya di bawah bantuan dana luar ialah kediaman kepada 120 kanak-kanak berumur 2-18 tahun.

Penambahbaikan kemudahan membabitkan kerja membaik pulih, mengecat dan menambah perpustakaan baru. Drypers turut membawa Akemi, Favorita dan Khind sebagai rakan kongsi bersama sepanjang inisiatif CSR tahun ini.










Ibu bapa pengasih juga digalakkan menyumbang kepada inisiatif ini dan menyertai pasukan Drypers dalam usaha menaik taraf tiga lagi rumah anak yatim sepanjang 2016. Ahli-ahli Drypers Baby Club boleh turut sama membantu dengan sumbangan mata ganjaran menerusi pembelian pek Drypers (dengan matlamat mencapat 1 juta mata ganjaran yang bersamaan RM100,000) atau menjadi sukarelawan dalam program ubah suai kediaman. Mata ganjaran boleh disumbangkan dalam jumlah 100, 300 atau 500 menerusi akaun online keahlian Drypers Baby Club dan setiap mata ganjaran akan dipadankan oleh Drypers.

Keluarga yang menghadiri acara ini turut boleh menyatakan sokongan terhadap inisiatif Share A Little Comfort dan Drypers akan menyumbangkan 10 mata ganjaran bagi pihak mereka. Terdapat juga ruang istimewa untuk ibu-ibu hamil mendapatkan sampel lampin
pakai buang Drypers Wee Wee Dry New Born dalam beg eksklusif Drypers Mommy, termasuk mengambil foto maternity percuma.

Semasa acara berlangsung, ibu bapa boleh mengajak si manja menyertai pelbagai permainan dan aktiviti menarik seperti bermain buih di kawasan khas unik dan menikmati sesi nyanyian dan bercerita. Ahli-ahli Drypers Baby Club dan anak-anak diberikan layanan khas, di mana si manja boleh menyertai aktiviti mewarna, melukis corak di muka sambil menikmati snek percuma.





Sebagai jenama lampin pakai buang pilihan ibu bapa Malaysia sejak lebih 16 tahun, Drypers berjaya mengumpul lebih 200,000 ibu bapa untuk menyertai komuniti onlinenya – Drypers Baby Club. Drypers bukan hanya menyediakan produk bayi bertaraf dunia, tetapi turut mendidik dan mempengaruhi ibu bapa menerusi platform online supaya dapat membantu mereka dalam memupuk hubungan ibu bapa-anak yang gembira dan harmoni. Ahli-ahli juga bermanfaat daripada program ganjaran menarik dan mudah - Drypers Point Shop, di mana ibu bapa boleh mengumpul mata ganjaran dan menebusnya untuk mendapatkan alat mainan yang seronok dan berbentuk pendidikan.

Untuk keterangan lanjut mengenai kempen Drypers Moms of Malaysia dan menjadi sukarelawan, sila layari laman Facebook Drypers Malaysia di https://www.facebook.com/DrypersMY. Untuk menderma mata ganjaran, ibu-ibu boleh layari http://bit.ly/1TCGkOE.


5 comments:

  1. bestkan dapat join kempen macam ni

    ReplyDelete
  2. Ceria sangat anak-anak dapat main. Seronok tengok.

    ReplyDelete
  3. Drypers nie antara jenama yang mahal... Saya pakai Baby Like jer...

    ReplyDelete
  4. Mmg setia dan anak-anak serasi dengan dryper...

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.