Breaking

Saturday, May 07, 2016

Galaxy Carboot Sale Subang Bestari!


Assalamualaikum!


Minggu lepas (30hb April & 1hb Mei) telah berlangsung dengan meriahnya event Carboot Sale di Subang Bestari. Tak seperti malam-malam minggu sebelumnya, event carboot sale kali ni siap ada aktiviti permainan untuk kanak-kanak, cabutan bertuah, pertunjukan buskers, pakaian beragam kanak-kanak, pameran auto-show, penampilan maskot ultraman dan macam-macam lagi la!

Sebenarnya kami baru dapat tahu malam tu ada event special carboot sale. Biasa kami datang nak meniaga, tak tahu pulak minggu tu ada event 'luar biasa' kat sana hehe. 



Kami pi Ahad malam Isnin tu. Isnin tu kan cuti umum Hari Buruh so, pagi tu dah meniaga kat Kota Damansara, malamnya kami pi la 'cuci-cuci mata' kat sana sambil layankan kakak main roller-blade. Kakak dah puas main baru kami masuk sini hehe ...


Dah la tu .. malas nak taip panjang, jom layan gambar-gambar yang sempat aku amik malam tu. Yang bergoyang blur tu sorry la ye ... sambil berjalan sambil 'menembak' la katakan haha :D







Pameran Auto-Show















Aktiviti di atas ni namanya mencari emas di dalam semak ... hehehe eh takde la, gurau je diknon! Kat atas ni sebenarnya situasi ajk carboot sale Subest sedang mengesan kelibat sang ular yang dipercayai berada dalam rumput tu. Terkejut kita .. tengah berjalan tetiba semua pakat kerumun tengok brader-brader ni cari 'sesuatu' di celah semak tu. Time ni kan cuaca panas, malam pulak tu ... buatnya 'dia' masuk dalam kereta, mau ada yang ikut balik kang hehe ...

Tapi akhirnya tak berjumpa kot ... huhu ...






Dua orang budak ni keje dia menge'pau' je la! Tapi bila terpandang buku-buku ni terus ibu tak jadi nak marah hahaa. 'Pau' buku takpe, jangan yang bukan-bukan ye! Sempat la kakak 'rembat' 2 buah buku cerita dan adik buku boboiboy hehe ...

Dah beli baca ye ... ibu suruh gak baca sampai habis baru boleh beli buku lain.




Pantang nampak perkataan 'blogger' hahaha ... belinya tidak.




Malam kami pergi tu ada nyanyian dari F.O.I Band yang menghiburkan pengunjung di sana. Sambil tengok-tengok barang membeli belah boleh dengar diaorang ni menyanyi.

Lepas tu sambung jalan-jalan 'cuci mata' dan aku terjumpa ni .... *tengokbawah*




Perghhh ini memangla kesukaan kakak ni! Dah la warnanya pun menarik, aku pula yang jadi berkenan hehe. Ok dah harga tu berbanding harga dalam kedai, tapi malam tu brader tu cakap dia jual RM150 dari RM180. Diskaun RM30 sekali ngan hand-guard & knee-guard. Topi kena beli lain tambah RM30 ngeeee ....

Paling aku suka, kasut roller blade ni boleh adjust saiz dia. Dari saiz S boleh adjust ke saiz M ... so anak-anak boleh pakai lama sikit walaupun kaki dah memanjang dan membesar. Padan sangat lah ngan harganya ... berbaloi! Ibu tunggu duit jatuh ke riba je kakak ... kalau jatuh ibu belikan ye hahaha :p




Ada jual scooter jugak, harga boleh tahan tak silap aku RM100+. Yang adik dah berharap sangat nak scooter tu hehe adehhh ....

Haaa meriah tak? Bagi kami meriah la tapi tak semeriah malam sebelumnya tu. Keep it up carboot Subest! Harap next time kami pulak dapat join carboot sale kat sini :)


6 comments:

  1. mesti happening kan anim berniaga kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berniaga pun malam tu kak, datang sekadar 'cuci mata' je hehe

      Delete
  2. Tudiaaaa! Meriah betul kereta ngelip ngelip tuuu.. Nampak sangat meriahh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha meriah kannn seronok tengok kereta modified macam tu ...

      Delete
  3. Wah meriah sungguh laaa..seronok laa kakak dan adik layan main2 kat situ

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.