[VIDEO] Jean Claude Van Damme Puji Rasulullah S.A.W!

Wednesday, May 11, 2016


Assalamualaikum!


Siapa tak kenal ikon filem aksi tahun 90an, Jean Claude Van Damme! Beliau adalah antara pelakon filem aksi yang popular sekitar tahun dan masih dikenali sehingga kini. Yang seangkatan dengan beliau ialah Sylvester Stallone, Arnold Shwarzenegger, Bruce Willis dan lain-lain. Semua yang aku sebut ni memang nama-nama yang tak asing dalam dunia filem Barat satu ketika dulu dan mereka masih popular sehingga sekarang ni.

Last aku tengok Van Damme berlakon ialah dalam filem The Expendables 2 arahan Sylvester Stallone tu. Filem tu memang dah lama la haha tapi walaupun masing-masing dah lanjut usia, lakonan diaorang mantop giler giler! 




Jean Claude Van Damme Puji Rasulullah S.A.W


Di sebalik kebencian yang tersebar luas terhadap agamaku (Islam) dan keperibadian Nabi tercinta yang dikasihi lagi dirindui, Muhammad (sallahualaihiwassalam) yang sering dihina, masih ada non-muslim yang berani memberikan pendapat ikhlas lagi mengakui akan kebijaksanaan dan keindahan cara hidup Baginda walaupun tidak pernah bertentang mata.

Salah seorangnya, Jean Claude Van Damme ....




"Baca ...kamu akan temui muslim (Islam). Terlalu banyak perkara baik (mengenainya). Nabi Muhammad (sallallahualaihiwassalam) sangat bijak. Baginda tahu apa yang baik untuk masa depan, tentang tubuh badan (manusia). Justeru lihatlah itu. Jangan tanya saya dan percayalah (sunnah Nabi) ada apa yang anda perlukan,” kata beliau 

Menurut artikel tersebut, Jean Claude Van Damme berkata demikian dalam satu temubual di tv mengenai cara hidup yang sihat dan beliau mengambil amalan pemakanan sunnah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w sebagai contoh yang terbaik dan patut dijadikan panduan oleh semua.

Subhanallah ... terasa hinanya diri ini bila mendengar pandangan jujur seorang non-muslim yang barangkali tidak pernah mengenali Nabi Muhammad s.a.w sepertimana kita mengenali Baginda. Namun, masih mampu mengangkat kemuliaan seorang Nabi melalui cara hidup Baginda.

Kita pula bagaimana? Hurmm ...

You Might Also Like

3 pengomen comel

  1. Alhamdulillah andai benar bagai di kata dan ada keikhlasan pada tutur bicara beliau..bukan senang irg bukan islam nak memuji baginda rasulullah saw.alhamdulillah syukur..moga kita yg beragama islam ni akan sentiasa memuji akan keperibadian rasulullah saw dalam setiap detik hiduo kita..

    ReplyDelete
  2. speechless.. sesungguhnya hidayah dan petunjuk itu milik Allah dan Dia berhak beri kepada siapa yang Dia kehendakinya.

    Follow saya

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM