Khasiat Cendawan Susu Harimau - Khazanah Berharga Negara!

Tuesday, May 10, 2016


Assalamualaikum!


Penggunaan cendawan dalam kehidupan seharian bukanlah asing di kalangan orang Asia, khususnya di kalangan masyarakat tempatan hari ini. Cendawan bukan saja sinonim dalam penyediaan makanan dan bukan sekadar untuk melazatkan masakan, tapi ia juga mempunyai banyak khasiat dalam proses merawat dan memulih penyakit serta menyokong sistem imuniti badan.

Cendawan yang dimaksudkan ialah Cendawan Susu Harimau. Menariknya, Cendawan Susu Harimau ini boleh ditemui hanya dalam kawasan hutan hujan tropika di Asia Tenggara terutamanya di Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand & Papua New Guinea. Namun begitu, ianya sukar didapati kerana keluasan hutan yang semakin mengecil, menyebabkan pengeluaran cendawan herba ini kini terhad di Malaysia & Indonesia.





Cendawan Susu Harimau lebih sinonim bagi masyarakat orang asli, orang Cina dan orang-orang kampung yang memang biasa dengan penggunaan cendawan ini untuk perubatan dan kesihatan.

Legenda Cendawan Susu Harimau

Mengikut kepercayaan orang-orang tempatan, mereka berpendapat bahawa cendawan yang tumbuh ini adalah dari air susu ibu harimau yang jatuh ke tanah ketika hendak menyusukan anak. Takungan air susu yang terbentuk untuk beberapa tempoh akhirnya membentuk Cendawan Susu Harimau.




Cendawan Susu Harimau atau nama saintifiknya, Lignosus Rhinocerus adalah antara tumbuhan herba yang telah digunakan dalam perubatan oleh orang-orang asli sejak 400 tahun yang lalu. Bagi masyrakat tempatan dan orang asli, mereka menggelarnya Cendawan Susu Rimau.

Ia mampu merawat dan memulihkan penyakit seperti :
  • batuk, selsema dan masalah pernafasan
  • sakit-sakit sendi
  • memberi tenaga
  • menguatkan sistem imunisasi badan

Kehebatan Cendawan Susu Harimau turut direkodkan dalam jurnal Sir H. Ridley pada tahun 1890, orang yang bertanggungjawab memperkenalkan tanaman getah di Tanah Melayu ketika itu, menyatakan Cendawan Susu Harimau merupakan tumbuhan herba yang digunakan oleh masyarakat tempatan sebagai ubat.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai tumbuhan herba Cendawan Susu Harimau, aku dan rakan-rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari telah mengunjungi sendiri ibupejabat LiGNO Biotech Sdn Bhd di Balakong Jaya baru-baru ini.





LiGNO Biotech Sdn Bhd (LiGNO)
  • ditubuhkan pada tahun 2009, LiGNO merupakan syarikat penanaman cendawan bioteknologi yang pertama di dunia menghasilkan Cendawan Susu Harimau
  • turut mendapat pengiktirafan dalam The Malaysia Book of Record sebagai syarikat yang pertama menghasilkan Cendawan Susu Harimau. LiGNO juga mendapat sijil HALAL dari JAKIM dan organik dari Skim Organik Malaysia (SOM)
  • mendapat sokongan dari Kementerian Pertanian Malaysia, LiGNO bertanggungjawab dalam menghasilkan pelan pengeluaran untuk penanaman, mempromosi dan mengkomersialkan Cendawan Susu Harimau
  • misi LiGNO adalah untuk penanaman, penyelidikan dan membangunkan produk berasaskan Cendawan Susu Harimau yang boleh meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan manusia dan haiwan



Lawatan ke LiGNO Biotech Sdn Bhd

Taklimat ringkas mengenai Cendawan Susu Harimau disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LiGNO Biotech Sdn Bhd, Ng Szu Ting. Beliau mengongsikan inspirasi penubuhan LiGNO yang dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir melalui ucapannya di Konvensyen Bioteknologi pada tahun 2002, menggesa untuk melakukan penyelidikan secara serius ke atas Cendawan Susu Harimau.

Ini kerana, Tun pernah mengalami batuk teruk dan sebagai seorang doktor beliau tidak dapat menemukan ubat yang mampu melegakan batuknya. Namun, selepas diperkenalkan dengan Cendawan Susu Harimau oleh seorang kawan, batuknya semakin pulih.




Bermula dari situ, penyelidikan dibuat secara mendalam selama 8 tahun sehinggalah tertubuhnya LiGNO Biotech Sdn Bhd. Khasiat yang terkandung dalam Cendawan Susu Harimau dan keupayaannya merawat dan memulihkan penyakit menyebabkan ia tidak boleh dibazirkan begitu saja. Malah, khazanah negara yang berharga ini sepatutnya kita jaga dan kita pelihara untuk kegunaan generasi akan datang.

Untuk mendapatkan khasiat dari Cendawan Susu Harimau, mula-mula kita kenali anatomi cendawan itu dulu. Bahagian mana yang mengandungi khasiatnya dan bagaimana ia dihasilkan.




Kalau korang nak tahu, bahagian bawah cendawan atau Sclerotia itulah yang mengandungi banyak khasiat di dalamnya berbanding bahagian lain. Sebab itu, LiGNO memastikan penanaman Cendawan Susu Harimau dijalankan secara tertutup dan terkawal supaya kualiti dan khasiatnya terpelihara dan mampu dihasilkan dalam kuantiti yang banyak untuk penggunaan dan bekalan yang berterusan tanpa perlu bergantung kepada bekalan secara semulajadi dalam hutan.

Di sini, kami berpeluang melihat sendiri bagaimana proses penghasilan Cendawan Susu Harimau dijalankan dalam makmal. Memang teruja, kerana setiap langkah memerlukan prosedur dan sukatan yang betul untuk memastikan pertumbuhan cendawan mengikut piawaian yang ditetapkan.




video


Dr. Tan Chon Seng, pakar penyelidik dari MARDI antara yang bertanggungjawab dalam mengkaji dan membangunkan kaedah penanaman Cendawan Susu Harimau selama 8 tahun.








Sememangnya, proses penghasilan Cendawan Susu Harimau secara tertutup dan terkawal begini berbeza kualitinya dengan yang tumbuh secara semulajadi di dalam hutan. 






Beginilah rupanya Cendawan Susu Harimau yang terhasil. Berbeza dengan Cendawan Susu Harimau yang tumbuh secara semulajadi, cendawan ini akan diambil sebelum terbentuknya bahagian stem dan 'topi' untuk memastikan khasiatnya kekal di dalam Sclerotia.

Seterusnya, ia diproses dalam bentuk kapsul dan tablet untuk kegunaan harian.




Dr. Tan Chon Seng menunjukkan spesimen Cendawan Susu Harimau


Khasiat Cendawan Susu Harimau

Sejak zaman berzaman ia digunakan dalam perubatan oleh masyarakat tempatan dan orang asli, kini khasiatnya dibuktikan lagi melalui kajian saintifik dan teknologi.

Antara khasiat Cendawan Susu Harimau :
  • anti-radang
  • antioksidan
  • anti-tumor
  • immunomodulating

Ia juga terbukti merawat :

  • paru-paru & sistem pernafasan (eg. batuk, resdung, asma)
  • menguatkan sistem imunisasi (eg. mengurangkan kepenatan, menguatkan stamina)
  • meningkatkan kecergasan 
  • masalah alahan (eg. eczema)
  • sakit-sakit sendi dan bengkak



Produk TIGERUS dari LiGNO adalah hasil dari penanaman Cendawan Susu Harimau dan didatangkan dalam bentuk kapsul. Ianya selamat, halal digunakan dan tiada kesan sampingan.

Pengambilan TIGERUS

Dewasa - 2 kapsul setiap hari
Kanak-kanak (>2 tahun) - 1 kapsul setiap hari
Kanak-kanak (<2 tahun) - 1/2 kapsul setiap hari




Tablet TIGGY COCOA untuk kanak-kanak turut dihasilkan untuk mengatasi masalah penat dan kurang stamina serta menambah tenaga terutama mereka yang bersekolah. Rasanya pun sedap tau!




Selain itu, produk uncang teh dari Cendawan Susu Harimau juga ada dipasarkan. Untuk mereka yang suka minum teh, aku rekomenkan teh Cendawan Susu Harimau ni, boleh je tambahkan madu untuk rasa yang lebih enak. Nak minum macam tu saja tanpa gula pun ok, tak terlalu pahit.




Satu pengalaman yang berharga buat kami pada hari itu. Siapa sangka Cendawan Susu Harimau yang kita miliki begitu tinggi nilai dan khasiatnya dalam perubatan sejak dari dulu lagi. Syabas kepada LiGNO Biotech Sdn Bhd kerana merintis pembangunan Cendawan Susu Harimau di peringkat antarabangsa demi untuk memperkenalkan khazanah berharga ini kepada dunia.

Untuk mereka yang berminat nak jadi ejen, boleh hubungi atau layari :

Facebook : TigerusTMM
Laman Web : www.tigerus.com.my
Careline: 1700 818 242

You Might Also Like

31 pengomen comel

  1. Sedap tak rasa air dia kak hanim? Nak try...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap teh dia ...kalau ditambah ngan madu lagi best!

      Delete
  2. Bagus ni, bukan utk org yg tak sihat je .. yg sihat pun boleh terus kekalkan kesihatan kpd tahap yg terbaik. Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah ... yang sihat boleh amalkan sebagai suplemen. Bagus untuk beri tenaga dan kekalkan stamina :)

      Delete
  3. Serius baru 1st time dengar Khasiat Cendawan Susu Harimau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ... rupa2nya khasiat dia sangat banyak dan berjaya dibuktikan. Tak rugi mencuba :)

      Delete
  4. Subhanallah. Setiap penyakit pasti ada penawarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ... yang penting usaha dan cuba kan ;)

      Delete
  5. cendawan ini memang dari zaman dahulu lagi banyak kebaikkanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..tapi tak ramai yang tahu cendawan susu harimau ni ada dalam hutan hujan kita sejak beratus tahun yang lalu

      Delete
  6. wah.. tertarik dgn tablet utk kanak2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tertarik hehe ... sesuai bagi anak-anak kita yang bersekolah ni

      Delete
  7. Replies
    1. yang susunya nama dia je, tapi produk dihasilkan dalam bentuk teh hehe

      Delete
  8. Macam khasiat ye ..uncang teh pun ada menarik nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang suka minum teh herba atau teh biasa memang bagus ni. Tambahkan madu ..perghhh best!

      Delete
  9. selama ni ingat cendawan untuk buat sup, wat cendawan goreng.. rupanya ada khasiat lain... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita kak .. ingat cendawan untuk masak-masak tu je hehe

      Delete
  10. Boleh lah cuba utk mak nanti;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba la kak .. saya pun nak bagi abah saya cuba Tigerus tu :)

      Delete
  11. Pergh. Ganas betul nama cendawan ni ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ganas ..se'ganas' khasiat yang terkandung di dalamnya hehe

      Delete
  12. sedap tak ? teh tu mmg pure dari ubi cendawan tu ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kalau dicampurkan dengan madu. Kalau minum gitu saje tak berasa sangat hehe ... a'ah sclerotia tu yang diproses untuk dimakan

      Delete
  13. untuk budak pun ada... bgus kalau amalkan sedari kecil kan....

    ReplyDelete
  14. Memula ena ingat uri kering... Hahaha rupa2nya cendawan.. First tahu cendawan ni

    ReplyDelete
  15. Cendawan pon buat teh ..menarik jugak ni..bagus laa produk ni nim..banyak khasiat yang ada kat dlm tu kalau ikut pembacaan dan tulisan anim..blh la cuba nanti..

    ReplyDelete
  16. Berapa harga teh cendawan susu harimau??

    ReplyDelete
  17. Berapa harga teh cendawan harimau?

    ReplyDelete
  18. Kalau harga nk jual dia kire brat ke macam mane sbab sy ade dlm 7biji ni tpi saiz x sama, care nak jual dan harga,org ckp RM500.00 per kilo btul ke

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM