Korban 'keganasan' ...

Tuesday, May 03, 2016


Assalamualaikum!


Lama tak belek blog kesayanganku ini. Banyak benda berlaku beberapa hari ni, so memang takda mood nak update apa-apa cerita pun. Tapi insyaAllah nanti dah datang balik mood ni, aku ceritakan satu persatu. Buat masa ni, moh le baca entri santai-santai aku ni ha hehehe ....

Tu la ... hati ni memang terdetik jugak, tapi masih menaruh harapan ia akan dapat bertahan selama yang boleh. Apakan daya ... tak semua akan kekal lama huhu ...

Bila anak-anak start sekolah, banyak benda yang kita kena expect akan berlaku walaupun kita tak mahu ia berlaku hehe. Tertukar baju sekolah, tertukar kasut sekolah, hilang bekal makanan, terlupa bawa balik kaler pensil itu semua kebanyakan parents dah lalui dengan anak masing-masing kan.

Aku pun tak terkecuali ... hahaha!



Botol air ni ... baru je beli seminggu lepas. Kakak kaler hijau, adik kaler ungu. Setakat hari ini, adik punya botol air masih cukup sifat dan sempurna lagi. Tapi yang kakak punya .... lepas 48 jam ....


"botol air kakak jatuh pastu kawan kakak terlanggar ..."

Gitu laaaaaa kejadiannya .... maka pecah la sikit penutup botol tu. Ibu dah tak larat nak tukar botol air dah. Yang beli .. yang dapat free ... semua jadi 'korban' keganasan di sekolah hahaha ....

Hari tu kakak tertukar kasut sekolah agama dengan budak mana entah masa masuk pertandingan hafazan wakil sekolah. Kebetulan kasut ni sama ngan kasut dia yang sebenar, bila balik sekolah dia bagitau dia tertukar kasut ... hurmmm bertuah budak tu dapat kasut sekolah cantik kakak punya ... huhu. Maka terpaksalah kakak pakai kasut sekolah yang berlubang di bahagian tapak tu sehingga dibeli kasut baru (dah dibelikan pun) T_T

So, sehingga entri ini ditaip kakak masih gunakan botol air ni. Walau pun pecah sikit kat penutup tu, tapi masih boleh tutup rapat so gunakanlah ia selagi tak hilang hehehe ....

Expect the unexpected .... bersedia lah ibu untuk 'drama' seterusnya muehehehe :p

You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM